follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, September 12, 2012

Penyebaran Lagu Oppa Gangnam Style Hina Islam Ialah Satu Penipuan Bodoh Daripada Orang Melayu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... 

Sekarang ni lagu PSY - Oppa Gangnam Style bukan main lagi meletup-letup kat Malaysia ni kan?! Tarian dalam lagu tu pun dah jadi fenomena, sama macam tarian Nobody oleh Wonder Girl dulu. Sampaikan DJ-DJ Fly FM pun siap buat videoklip pakai lagu tu, cuma lirik ditukar dan disesuaikan dengan resepi orang Malaysia jadi Super Kampung Style.




Anyway, pernah tak baru-baru ni anda semua terbaca, terlihat, terdengar atau yang sewaktu dengannya yang menyatakan bahawa PENYEBARAN LAGU OPPA GANGNAM STYLE MENGHINA ISLAM?! Saya sendiri baru 2 atau 3 hari kebelakangan ni baca kenyataan seperti di bawah ni, yang dikongsi oleh seorang sahabat kat wall Facebook saya.




Then petang ni, saya terbaca artikel dari website beautifulnara.com seperti tajuk entri di atas. Saya konsikan sedikit berkenaan artikel tersebut:

Abang Nara tak tahu apa dah jadi dengan mentaliti orang kita ini. Asalkan sesuatu benda itu popular dan femes, mesti menghina Islam. Banyak kali dah kejadian seperti ini terjadi. Yang peliknya tuduhan mengarut ini cepat pula tersebar dan diterima pakai oleh mereka yang rendah tahap pemikirannya. Memang ajaib sungguh.
Kadang-kadang rasa malu dengan orang Melayu yang bukannya nak fikir macam mana nak berjaya seperti PSY dengan lagu Oppa Gangnam Stylenya. Sepatutnya kita belajar teknik promosi yang digunakan oleh PSY sehingga lagunya yang sebenarnya tak adalah menarik sangat boleh ditonton sehingga ratus juta manusia. Ini tak pasal-pasal dikaitkan dengan binatang burooq dan hina Nabi. Ada yang Abang Nara baca siap cakap maksud “Oppa Gangnam Style” itu ialah “Saya Ingin Menjadi Yahudi”.

Untuk baca artikel penuh, boleh ke laman web beautifulnara.com ni. My comment, ermmm saya taknak komen apa-apa sebab saya tak tahu apa-apa dan tiada apa-apa bukti untuk menyokong komen saya, so better saya simpan aje la komen saya untuk kegunaan akal waras saya ni. Hahaha...


5 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

saya tak sokong dan tak kutuk oppa ni... terpulang kpd pemikiran masing.. :)

eton said...

itu la, pelik org sekarang.. klu x suka x payah la dgr lagu tu kan.. yg salahnya sapa? huhuhu

Unknown said...

yup..btol tu...minat bole..asl xtlalu fanatik

Anonymous said...

kok di Indonesia belum ada yang posting tentang ini ya? Belum heboh kalau Gangnam Style hina Islam maksudnya.
Saya tadi iseng2 ketik di google dengan keyword : Gangnam Style Islam, , yang keluar dari google semuanya blog postingan dari teman2 Malaysia. Mungkin orang2 Indonesia belum tahu ya tentang "Hina Islam" ini

rizal said...

Tak elok layan lagu gangnam ni..tgk pompuan seksi bg lelaki ishk tak elok..lagunya boleh melalaikan.