follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, May 03, 2011

Gambar Mayat Osama Bin Laden Disahkan Palsu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Assalamualaikum...
 
 
Macam mana gambar ni boleh disebarkan dan didakwa sebagai mayat Osama Bin Laden? Gambar ni dikhabarkan dikeluarkan oleh sebuah stesen tv Pakistan, sedangkan dari pihak Amerika menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendedahkan apa-apa gambar atau video berkaitan dengan mayat Osama.

Malam ni tengok Buletin Utama, memberitakan bahawa gambar tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan Pakistan. Namun ABC News melaporkan kemungkinan mereka akan mendedahkan gambar mayat Osama serta video pengkebumian bekas pemimpin al-Qaida tersebut. 
Sejak pengumuman presiden Obama mengenai kematian Osama bin Laden semalam, belum sampai dua hari mengenai berita tersebut, sudah macam-macam cerita dan berita yang berlegar di internet membincangkan isu yang berkaitan dengan kematian tersebut. Macam-macam reaksi yang boleh dilihat dari seluruh dunia.
 
Apapun sebenarnya yang berlaku, sama ada betul atau sekadar satu lagi propaganda barat, Dia juga yang Maha mengetahuinya...
 
Sangat lawak, bukan sahaja stesen berita Fox News yang tersalah menyebut Obama sebagai telah mati, petang semalam, berita semasa di TV2 juga menyebut nama yang sama dan pagi tadi sedang dengar radio, berita radio pun menyebut Obama jugak! Berapa ramai dah yang men'doa'kan Obama mati... Huhuhuhu... No comment!


Pikachu Ni Haiwan Jenis Apa Sebenarnya?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Assalamualaikum...

Okeh, tau tak watak Pikachu dalam citer katun Pokemon tuh?! Kalau tak tau Pokemon tu apa, sila Google okeh.. :p Sapa tau Pikachu ni menatang apa?! Sila angkat tangan dan sila jawab!

Ni la si Pikachu tu...

Mungkin kah Pikachu ini merupakan haiwan-haiwan di bawah?!

Kucingkah?!
 
Tikus kah?!
Arnab kah?!
Ini menatang apa ini?!
Ni tidak termasuk dalam kategori menatang okeh! Tp comelnya dia... :P
Comelnya?! :P
Terlalu obses dengan katun tuh. Siap dengan bas sekali di'transform' menjadi Pikachu... :P
Setakat itu saja sajian petang ni.. :D


Senaman Muka Buat Menghilangkan Mengantuk

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...
  • Sudah 4 hari tak update blog.
  • Promosi untuk follower ke-400 tak sempat nak buat coz bukak2 je blog dah 430 follower.
  • Tunggu untuk follower ke-444 lak untuk promosikan blog follower tu.
Baiklah, tengahari buta ni (tengahari tak buta okeh! mata2 manusia yang sedang kekenyangan ni saja yg mula untuk membuta), mesti ramai yang mengantuk kan?! Okeh saya mau kongsi satu senaman muka untuk menghilangkan mengantuk.

Boleh buat ini macam....


Ini Mr. Bean yang ajar. Cubalah try test! Buat ramai2 senaman muka ni, ajak satu ofis. Kalau boleh, ajak bos skali. Confirm satu ofis tak mengantuk sampai ke malam. Hahahhaha...

* aduhhhh pening2 lalat, sangat mengantuk!!!