follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, April 25, 2011

Amalan Seharian Terbaik Dalam Hidup

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
Assalamualaikum... Baiklah. Untuk tazkirah pagi Isnin ni, saya ingin berkongsi mengenai beberapa amalan terbaik yang biasa diamalkan oleh Rasulullah, dan kita seharusnya mengamalkannya juga. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.
  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 
  8. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  9. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - Ahmad.
  10. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  11. Uthman bin Affan meriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, baginda membasahi janggutnya - Tirmizi
  12. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya jika tidak suka baginda tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  13. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) - Muslim. Jarang sekali baginda makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
  14. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  15. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  16. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
  17. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  18. Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan memudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  21. Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) untuk mengepam darah.
  24. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  25. Ketika Nabi hendak tidur, baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
  26. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  27. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  28. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  29. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari
  30. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  31. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  32. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  33. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari
  34. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  35. Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, baginda meletakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
  36. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  37. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
  38. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah dan amat menghargainya - Bukhari.
  39. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  40. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu dan jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
  41. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
  42. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  43. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur seorang hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud.
  44. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  45. Beri salam sehingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) baginda akan memberi salam sehingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, baginda akan beredar.
  46. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  47. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
  48. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


Sunday, April 24, 2011

The 333rd Follower : Syera Irah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
Assalamualaikum...
 
Baiklah seperti yang telah saya janjikan pada entri lepas mengenai promosi blog buat follower ke-333, maka dengan ini saya ingi promosikan follower ke-333 saya seperti di bawah... Nasib baik tidak terlepas untuk printscreen angka 333 tersebut.. :)


Dan follower bertuah adalah adik syerah irah kita yang comel ni... :) Menurut profile adik kita ni, dia masih bersekolah di Sekolah Menegah Arab Jaim Assyakirin, Selandar, Melaka.

Okeh mari kita jalan-jalan melawat blog adik comel kita yg diberi nama Wanita Perindu Syurga dengan klik banner beliau di bawah ni.
 


*psssstttt.. menunggu untuk mempromosikan blog follower yang ke-400 dan ke-444. Siapa agak-agaknya?! Tunggguuuuuu....


'Kami tak minum arak' - Que Haidar & Linda Jasmine

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas heboh diperkatakan bahawa Que Haidar dan Linda Jasmine minum arak semasa bersukaria di sebuah kelab malam melalui penyebaran gambar mereka dalam beberapa laman web. Hari ini mereka telah tampil membuat kenyataan kepada akhbar untuk menafikan mengenai dakwaan tersebut. Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari Harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.


Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.



“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.



“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.


Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.


“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.
Harian Metro, 24 April 2011

Hmmm... Saya tidak berminat untuk mengulas apa-apa sama ada mengenai gambar-gambar tersebut ataupun kenyataan akhbar mereka. Tepuk dada tanya iman.


pssstttt... kalau dah jejak kaki ke tempat maksiat tu, dosa tetap dosa kan?!


Cikgu Shida dari Parit!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

Hahhhh tu dia!!!! Kuat sungguh aura Chikgu Shida ni! Satu Malaya dah tau siapa Cikgu Shida! Mau orang tak kenal, cerita mengenainya pernah menghiasi muka depan akhbar tabloid Bahasa Melayu No. 1 di Malaysia (Harian Metro), cerita dalam Majalah Wanita, masuk HotFM, masuk beberapa rancangan bual bicara TV, gara-gara ke'meletop'an video klip miming Kalau Berpacaran nyanyian asal Ana Rafali, SMH dan Altimet yang mencecah lebih dari 1 juta* view di YouTube. *saat entri ini ditulis

Lepas menubuhkan Fan Page di Facebook, kini Cikgu Shida berjinak-jinak pula dengan blog! Murahnya rezeki beliau. Klik banner di bawah untuk terjah blog Cikgu Shida!



psttttt... tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa orang yang tau?! Allah sudah tetapkan rezeki masing-masing tidak kira cepat atau lambat rezeki itu tiba.


Platform Online Menjana Trafik Dengan Mudah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

Semua blogger mesti berlumba-lumba dan sentiasa berusaha bagi meningkatkan trafik blog masing-masing kerana peningkatan trafik ke blog anda secara teorinya berkadar langsung dengan peningkatan RM yang dijana bukan?!

Yesss!!! Saya setuju dan mengaku bahawa peningkatan trafik blog berkadar terus dengan peningkatan pendapatan blog, menurut pengalaman saya juga.

Sebelum ni saya pernah post entri bagaimana untuk menjana trafik melalui 2 jenis platform. Hari ini saya ingin berkongsi 2 lagi platform tambahan untuk menjana trafik ke blog anda yang dikongsi di laman blog Awan Fantasia.

Selamat mencuba! Semoga kita sama-sama dapat rezeki tersebut. :) Amin...