BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni, saya sangat teruja dan berminat dengan fotografi. Apabila buat pertama kalinya saya ditugaskan sebagai jurukamera semasa Kem Tahunan Rejimen saya, saya mula mengambil gambar sana sini tidak kira la apa pun objek fotografi tersebut menggunakan compact digital camera saya. Saya sangat teruja melihat betapa cantiknya sesuatu itu apabila ditangkap gambarnya dengan betul. Selepas pertama kali menggunakan kamera DSLR milik kem, saya sangat teruja untuk memiliki DSLR sendiri.
Memandangkan saya masih baru ingin berjinak-jinak dengan DSLR, saya mencari sesuatu yang mampu saya beli memandangkan saya ni belum bekerja, yang mana saya boleh mempelajari teknik asas penggunaan DSLR. Dua jenis jenama yang menjadi pertimbangan saya adalah Nikon dan Canon. Tidak kisah pun tentang model apa (memandangkan saya tiada ilmu lagi tentang itu). Kena tanya dan cari lebih banyak maklumat mengenainya.
Hanya dalam tempoh sebulan mencari maklumat mengenai DSLR yang bakal dibeli, urghhhhh saya tidak tahan. Harus beli segera memandangkan minggu hadapan akan ke Brunei Darussalam!
Dan akhirnya, saya beli 2nd hand DSLR seperti di bawah...
Almost 2 days waiting for 'him'... Cant sleep dowh! Menyampah pun ade jugak! Hakhakhak! |
Wahhhhhhhhhhhh... Tak pecaya! Tak pecaya! Lens upgrade skit! Cost me RM2530.. Uhukkkk!!! Sekejap je melayang duit saya neh!
|
Finally... Wawawwawawawa.. Tak pecaye! Tak pecaye! Pecayelahhhhh!!! Ojinx, pecaye la! Sudah lama sy mengidamknnya... Lempeng, jgn jeles. Nda pa, nnt balik raya aji, puas la korg bergambar sakan! hak hak hak! 1 keping 50 sen! Aci ka tu?! Hahahahaha... He's finally come to mama. Suke! Suke! Sgt suke! Pasni jenuh nak belek dia punya manual lak ni. Nak g kursus asas photography, aduhhh, nnt dulu la. Belajar sendiri dulu. Ada banyak free tutorial dlm tenet. Cuma rajin x rajin je mau baca. Ni pun dok belek2 lagi ni! Pening baca manual. Drp pening baca manual dia ni, better siapkan keja2 yg bertimbun ni dulu... Tdur dlm senyuman ni! Hahhahaha...