BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Memandangkan cuti Raya Merdeka sudah pun tiba ke penghujungnya, yang di kampung pastinya sudah dan mungkin sedang dalam perjalanan balik ke bandar untuk mula bekerja pada besok pagi. Maka di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya petik daripada rangcangan Al-Kulliyyah (TV3) dengan topik Remeh Temeh Di Aidilfitri yang disiarkan pada 02/09/11 yang lepas.
Menurut salah seorang panel jemputan dalam rancangan tersebut, antara amalan sunat yang boleh diamalkan sebelum memulakan perjalanan yang jauh atau dalam erti kata lain ingin bermusafir adalah:
- Mendirikan Solat Sunat Musafir
- Membaca doa-doa berkaitan sebelum bermusafir
- Azan (merupakan sunnah Rasulullah sebelum bermusafir. Boleh dilakukan semasa di tangga rumah atau di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan)
Tujuan amalan-amalan sunat tersebut dilakukan sebelum bermusafir adalah agar ada keberkatan dalam perjalanan kerana perjalanan tersebut juga dikira sebagai satu ibadah kepada Allah.
Selain daripada itu, semasa melakukan perjalanan, jangan lupa untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang di jalan raya yang telah ditetapkan kerana menurut panel jemputan tersebut, peraturan boleh menjadi hukum dan undang-undang boleh menjadi hukum. Maksudnya di sini, sekiranya seseorang memandu dalam keadaan bahaya, yang boleh membahayakan nyawanya, keluarganya atau orang lain, sekiranya ada nyawa yang melayang akibat kecuaian (disebabkan tidak mematuhi peraturan/undang-undang di jalan raya) tersebut, maka andalah yang harus menjawabnya di akhirat nanti. Anda akan dipertanggungjawabkan di atas kehilangan nyawa tersebut di akhirat kelak.
Selain daripada pemandu, peringatan juga diberi kepada para pengembala-pengembala binatang ternakan seperti kambing, kerbau, lembu dsbg. Pastikan haiwan ternakan tersebut tidak dilepaskan tanpa pengawasan kerana dibimbangi haiwan tersebut akan naik ke atas jalan raya yang boleh membahayakan para pengguna jalan raya. Sekiranya berlaku kemalangan akibat haiwan tersebut yang membabitkan kehilangan nyawa, maka tuan punya haiwan tersebut akan menjawabnya di akhirat kelak.
Jadi pastikan semua orang mempunyai perasaan bertanggungjawab yang tinggi untuk memelihara nyawa sendiri, keluarga dan orang lain agar semuanya selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing. Sila patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan untuk kebaikan semua.
Jadi, selamat balik ke bandar semua orang! Besok keja! Besok keja!
3 comments:
huhu.. cuti sudah habis :'(
bgus..igtan bersame..:)
amplang paling best..
klu jiran pg sana..slalu pesan..sruh bli :)
Post a Comment