follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, September 25, 2011

Ekstrak Daun Betik Sebagai Penawar Denggi (Terbukti Berdasarkan Pengalaman Sendiri)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Semasa bulan Ramadhan yang lepas, adik saya telah dijangkiti demam denggi. Setelah dimasukkan ke wad hospital, saya lihat tiada sebarang ubat yang diberikan oleh doktor melainkan adik dimasukkan beberapa plastik air garam. Menurut penjelasan yang diberikan oleh doktor yang merawat adik, bagi pesakit denggi, sehingga ke hari ini (merujuk kepada tarikh 28 Ogos 2011 lepas) masih tiada sebarang ubat/antivirus yang khusus untuk merawat pesakit denggi. Tujuan dimasukkan ke dalam wad hanyalah untuk membuat pemantauan terhadap keadaan pesakit just incase sekiranya berlaku sebarang kecemasan, tindakan segera boleh diambil dibandingkan jika pesakit tinggal di rumah.

Perkara yang paling penting semasa pemantauan pesakit denggi adalah bacaan kandungan platlet dalam darah pesakit. Bacaan tersebut akan diambil setiap hari sebagai salah satu proses pemantauan. Bagi pesakit denggi, kandungan platlet darah akan berkurang daripada orang yang sihat.

Platlet merupakan struktur-seperti-sel (cell-like structures) yang paling kecil dalam darah dan adalah penting dalam proses pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah yang rosak. Kandungan normal adalah diantara 150,000 hingga 400,000 platlet dalam setiap microliter darah (150 - 400 x 109 per liter) (sumber: MedicineNet.com). Sebagai contoh fungsi platlet tersebut, sekiranya seorang pesakit denggi mengalami luka yang menyebabkan keluar darah, kekurangan platlet tersebut akan menyebabkan pendarahan yang berterusan.

Keadaan adik di wad semasa hari ke-3. Tak nampak macam orang sakit pun, Katanya bosan sungguh duduk di wad, dia nak balik rumah sebab keesokan harinya adalah 1 Syawal. Dia tak nak beraya di hospital. Katil pesakit denggi akan ditutup dengan kelambu untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan nyamuk aedes tersebut kepada pesakit lain.

Fogging di dalam dan sekitar rumah daripada Kementerian Kesihatan (Hospital Papar) pada hari ke-2 setelah adik dimasukkan ke wad hospital Papar.


Bukan setakat rumah kami yang di'fogging', rumah-rumah lain sekitar rumah kami juga turut di'fogging' sama.

Okeh berbalik kepada adik saya, pada hari ke-3 ditahan di wad, kandungan platlet darahnya telah turun sehingga ke paras <80,000/mm3 darah. Dan bacaannya sentiasa turun dari sehari ke sehari sehingga mencecah ke paras <24,000/mm3 darah pada hari ke-5. Cadangan dari beberapa orang sahabat sebagai kaedah altenatif untuk merawat penyakit tersebut adalah dengan makan sup ketam dan minum air karbonat 100 Plus 2 liter sehari. Setelah diamalkan untuk 2 hari, tiada perubahan yang berlaku. Bacaan platlet tetap turun. Disebabkan kebimbangan daripada ahli keluarga, maka saya pun cuba Google sekiranya terdapat cara lain dan inilah yang saya temui:

Ekstrak daun betik untuk meningkatkan kandungan platlet dalam darah. Saya baca dalam beberapa website/journal/blog/forum kesihatan mengenai penyakit demam denggi. Dan menurut komen-komen responden dalam beberapa forum menyatakan keberkesanan ekstrak daun betik tersebut dalam meningkatkan kandungan platlet darah bagi pesakit denggi. Maka kami pun mencuba kaedah tersebut. 

Daun betik sebagai penawar alternatif bagi pesakit denggi.


Resepinya adalah sangat mudah dah sudah tentunya percuma kerana kita bertuah menjadi penduduk di bumi Malaysia yang mana daun betik sangat mudah diperolehi di mana-mana sahaja termasuklah di bandar besar.

Kaedah:
  1. Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
  2. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
  3. Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
  4. Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.
  5. Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
  6. Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
  7. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

Selain daun betik, daun pegaga juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama dalam mengubati penyakit denggi. Jadi sekiranya susah untuk mendapatkan daun betik, bolehlah cuba dengan daun pegaga dengan kaedah yang sama diterangkan di atas.

Setelah mengamalkan petua di atas selama 5 hari, perbezaan bacaan kandungan platlet dalam darah adik pada hari ke-10 jika dibandingkan dengan bacaan pada hari ke-5 setelah mengalami demam denggi adalah jauh berbeza. Peningkatan drastik tersebut adalah dari 24,000 pada hari ke-5 kepada 280,000 per mikroliter darah pada hari ke-10. Dalam tempoh 5 hari tersebut, adik tidak pernah melakukan pemeriksaan bacaan platlet darahnya walaupun doktor telah pesan untuk melakukannya setiap hari kerana kami sedang bercuti ke Tawau dalam tempoh tersebut.
Jadi begitulah sedikit perkongsian ilmu melalui pengalaman yang pernah kami lalui sendiri. Kita hanya berikhtiar, namun kesembuhan penyakit tu Allah sahaja yang menentukan. InsyaAllah.

*kepada pengamal perubatan, sila betulkan saya sekiranya terdapat fakta yang salah/kurang tepat dalam artikel di atas. Terima kasih di atas perhatian anda.


15 comments:

ayano shirahata said...

butul itu!!!

zatul effa said...

owhh bru tau..setakat nie yg tau makan sup ketam..tu dari pengalaman kawan..pastu masa saya kat jogja classmate cakap minum jus jambu merah..nnt akan naik trombosit..:)

eliyaezlinalias said...

wahhh! useful info neh...
nak share bule tak???

LUNA LANUN said...

eliyaezlinalias - boleh... ilmu yg baik dan bermanfaat, elok dipanjang-panjangkan... :)

lieynanilaz said...

yg saya dengar makan sup ketam...ini ada lagi alternatif yg mudah n murah...bolehlah share...:)

lieynanilaz said...

yg saya dengar makan sup ketam...ini ada lagi alternatif yg mudah n murah...bolehlah share...:)

Ekmi Rabat said...

Salam, very nice info. InsyaAllah kena ingat ni in case nak kena guna.

saya dah follow awak, nice blog!

Oh Oeya said...

dap nyerrr ulam pucuk betik heheh..

damha said...

daun betik mmg berkhasiat..pucuknya leh wat ulam bila dicelur...begitu juga bunga betik jantan..leh dicelur n buat kerabu campur kerisik n bawang besar n cili..n campur isi kerang rebus...

Princess Emma said...

wow , i blaja something yg baru :) follow mine ya :)

Harun Ar said...

Kami menyebutnya "Daun Kates"
Terima kasih atas infonya, akan ku simpan sebagai resep obat...

yanie said...

pernah mengalami demam denggi yg tahun 2008..hari-3 minum esktrak daun betik ni dlm 3sudu hari ke-4 pn sama..Alhamdulillah kesihatan b'ansur pulih pd hari ke-5

Anonymous said...

Memang betul...yg salah cuma 100 plus tu je..gula putih sangat tinggi dalam minuman isotonic berkarbonat. ..mineral nya pula adalah mineral tiruan...
Teruskan penggunaan ubat formulasi Allah...jauhi dadah

Anonymous said...

Daun betik tak perlu kos yg mahal berbanding ketam...

NOORHAYATI ABD AZIZ said...

Good info, terima kasih