follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, October 10, 2011

10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Jangan setakat direnung, mari kita sama-sama periksa diri sendiri, kita sebarkan kepada saudara-saudara kita terutama sekali buat sang AYAH, SUAMI, SAUDARA LELAKI dan ANAK LELAKI. Kerana andalah golongan yang akan ditarik ke neraka oleh ANAK PEREMPUAN, ISTERI, SAUDARA PEREMPUAN dan IBU kamu seandainya tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada kamu, kamu abaikan.

Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!
  • Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
  • Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...
  • Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
  • Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
  • Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
  • Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
  • Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
  • Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
  • Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lapak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus,  tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
  • Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Islam itu mudah. Islam itu indah. Jangan jadi manusia yang bodoh sombong kepada Tuhannya...


9 comments:

Cikgu Ma said...

assalamualaikum..jengah kembali penganjur segmen mari menambah follower..follower mendadak naik dari segmen awak( walaupun tak la riban2) =)

nice entry...saya ada juga buat entry pasal ni...

LUNA LANUN said...

CikGu Ma waalaikumussalam... alhamdulillah... ada jugak yg menerima faedahnya... :)

Ana Farhana said...

nice.. mengingatkn kami :)

Marliyana Mk said...

manusia..mmg byk alasannya..

uhmm..kita doakan je supaya mrk dpt hidayah :)

gilaweb said...

kena ajar la orang yg pemainkan hukum tuhan

Anonymous said...

Bertaubatlah sebelum terlambat.Bagi saya sebaiknya sebarkan hal ini kepada org ramai terutama untuk orang perempuan,sekiranya anda meyebarkan hal ini dan memyebabkan ramai orang yg insaf dan bertaubat.Betapa banyak pahala yg akan dapat.Insyallah.

keysheera '', said...

hahaa, makan cili terasa pedas.. mmg dorang SUKE sgt cakap cam tu . ta larat nk nasihat.

Unknown said...

mohon share. syukran

LUNA LANUN said...

jom beramal - silakan... ilmu yg baik elok dipanjangkan...