follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, October 17, 2011

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Kita Setelah Kita Mati?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Entri ini adalah berdasarkan video yang dikongsi oleh seorang sahabat di Facebook beberapa hari sebelum ni... Diharap empunya video dapat menghalalkan isi kandungan video tersebut yang saya kongsikan di sini kerana saya terlupa untuk mengambil link untuk dijadikan sebagai rujukan...




Baiklah, pernahkah kita terfikir apa akan terjadi kepada akaun Facebook kita setelah kita mati suatu hari nanti?! 

Koleksi gambar-gambar 'cute' lelaki dan wanita di Facebook...

Jika suatu hari nanti kita mati, sekiranya akaun Facebook kita itu hanya kita seorang yang tahu password akaun kita, hanya kita seorang yang boleh access akaun kita...

Dan selepas kita mati, apa yang akan jadi pada akaun Facebook kita?!

Mungkin ada yang akan mengucapkan takziah pada wall kita, mungkin ada yang sentiasa menjenguk bagi mengubat kerinduan...

Tetapi...

Sedarkah kita bahawa gambar-gambar kita akan membuatkan kita sentiasa terseksa di alam kubur?!

Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?!

Lelaki ajnabi akan terus-terusan melihat gambar tersebut, dalam masa yang sama tiada siapa yang boleh tolong deletekan gambar kita...

Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya kita mati, gambar tersebut terus ditatapi oleh mereka...

Macam mana?!

Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah tudung singkat yang kita pakai itu akan selamatkan kita di alam kubur nanti?!

Suatu hari nanti, kita akan pergi buat selama-lamanya tanpa ada sebarang amaran... Pada bila-bila saat yang Allah kehendaki...

Jadi, bersediakah kita?

Facebook hanya sebagai satu contoh. Laman-laman sosial lain seperti blog, video-video yang kita post dalam YouTube dan sebagainya, adakah kita yakin bahawa isi kandungannya pada suatu hari nanti apabila kita sudah tiada lagi di dunia ni, akan menyelamatkan atau menyeksa kita di alam kubur nanti?! Fikirkanlah... Adakah kita sudah bersedia?!

Rasanya entri ini boleh dikaitkan juga dengan entri sebelum ini, 10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat.


11 comments:

Unknown said...

sukar meresap dihati andai tidak berasa takut @ gerun dgn azab neraka.

Oh Oeya said...

Terima kasih Luna :)

adanaberkat said...

Assalam.itulah bila kita bercadang nak buka akaun fasebok ..isilh benda yang elok2,yang senonoh skit,usah jaja aurat2 kalian... kenyang mata2 orang yang melihatnya dgn dosa..paparkan benda yang bawa faedah,manfaat..mcm akak kita ni.. supaya bila kita mati nnti dapat menjadi jariah yg baik dan pencen kubor kita dak gitu :>)..jgn jadikn fb kita sebagai tempat sarang Maksiat jariah minta dijauhkanlah yak..

lily's flower said...

salam...ye sy suka dgn entry ni...kita patut sedar tentang itu..lg2 plak bg wanita...

Anonymous said...

masyaallah tak pernah terfikir ke situ.

Naz said...

Nak share kat blog saya ye..

Anonymous said...

em.kepada wanita yg ad gambar yg tidak mnutup aurat 2 tak kira dlam facebook,myspace,blog and etc delete lah sebelum terlambat.Jika anda tidak delete gmbar anda yg tidak menutup aurat,jika tidak delete betapa banyaknya dosa yg dapat.Cuba bayangkan kalau 1000 org lihat gambar anda yg tidak menutup aurat???betapa banyaknya dosa yg dapat.Cuba bayangkan klau gambar sebegitu dilihat tiap2 hari oleh orang lain???emm.So,delete lah gambar yg tidak menutup aurat kerana gmbar sebegitu tidak sesuai untuk tatapan umum.Renung2 kan lah.

Kayu Manis said...

salam,saya singgah sini..

atiqa aris said...

entri penuh kesedaran.trime kaseh:)

Unknown said...

mohon share. syukran..

LUNA LANUN said...

jom beramal - silakan... ilmu yg baik elok dipanjangkan...