follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Pasukan Harimau Muda A - Hentikanlah Caci Mencaci Sesama Rumpun

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Semalam masuk tidur dengan senyuman, pagi ni bangun dari tidur pun masih lagi tak lekang sengih dari bibir ni. Begitulah penangan keputusan pertembungan akhir acara bola sepak dalam Sukan SEA Ke-26 yang mana kemenagan lebih memihak kepada pasukan Harimau Muda A. Indonesia terpaksa akur untuk menyaksikan pemain-pemain dan pegawai-pegawai pengiring Malaysia dikalungkan pingat emas di Stadium Gelora Bung Karno. Biarpun pasukan lawan pahit menerima kenyataan dimalukan di hadapan lebih dari 100 ribu penyokong sendiri, namun menjadi sangat manis buat pemain dan penyokong Malaysia di seluruh tanah air setelah pelbagai provokasi yang diterima daripada penyokong lawan. Kita berjaya buktikan, siapa yang ganyang siapa!

Sumber: bharian.com.my

Sumber: bharian.com.my

Skuad bola sepak dah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit. 
Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.
petikan berita dari bharian.com.my

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Tahniah sekali lagi.

Hero kesayangan!

Di sebalik keghairahan kita sebagai penyokong Harimau Muda meraikan kemenangan pingat emas tersebut, ramai yang lalai, ramai yang terlanjur, ramai yang terlupa. Pelbagai kata-kata kesat, keji mengeji, hina menghina yang berlaku di antara kedua-dua penyokong. Saya salin semula status yang saya update di wall Facebook saya malam tadi:

"..tak payah la pgi layan ketidakpuasan hati mereka, tak kisah la dr segi kata2 mahupun gambar2 yang menghina dan menyakitkan hati seluruh rakyat malaysia... jika kita sebagai rakyat malaysia menganggap rakyat kita bertamadun, tidak perlu keluar segala macam kata2 keji, kesat dan yang sewaktu dengannya terhadap mereka. Ingat, kita ni serumpun. ingat, agama kita juga tak mengajar kita utk mencaci, mengeji, menghina org lain kan?! jd, muhasabah diri je la... buktikan yang bangsa kita bangsa yang punya rasa hormat terhadap bangsa lain!" 

Apa perlunya semua kata-kata kesat tersebut. Ya, saya sendiri akui, betapa sakitnya hati melihat bendera kita dihina dan dibakar, lagu kita diejek, dan pelbagai macam provokasi dalam kempen "Ganyang Maling Sial" yang ditimbulkan oleh penyokong fanatik Indonesia. Namun sekali lagi saya ajukan soalan ini, apa perlunya kita membalas dengan perkara serupa?! Hanya akan menunjukkan bangsa kita juga punya nilai moral yang rendah, tidak punya perasaan hormat, dan tidak profesional. Adat la dalam perlawanan. Ada yang menang, ada yang kalah.

Saya pinjam kata-kata dari status Facebook seorang sahabat, agar kita semua sama-sama dapat muhasabah diri.

"Kebanyakan komen di wall rakan-rakan saya adalah komen 'membalas dendam' atas kelakuan penyokong pasukan Indonesia yang kita sedia maklum. Komen-komen tersebut, di sisi 1Malaysia berbunyi Patriotisma. Di sisi 1Akhirat, ia adalah Asabiyyah ...yang dicela Allah SWT.
Biar pun sakit hati sebelum-sebelum ini, lupakah kita kepada janji Allah:
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" [Fussilat 41: 34] - 
Credit to Ustaz Hasrizal....."


Banyakkan beristigfar kepada siapa-siapa yang telah terlanjur kata tu...


7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tahniah harimau muda!

a i m z said...

veri good advice.
akan ku cuba praktikkan.

Unknown said...

mungkin ade d antare mrk xde niat nk mbalas dendam..skdar melepas perasaan ke atas rakyat Indonesia (**sbb Indonesia slalu kutuk Msia kaw2 munye...penghinaan paling teruk, ble bakar bendera & yg tbaru jadikan bendera sbg menutup kemaluannye)...mmg kite serumpun...tp xsebulu...huhu...kte sbg rakyat Malaysia tau kn pkare tuh..pape pun, tahniah Harimau Muda... (^_^)

Jones said...

yang penting, bola menyatukan malaysia..

farmys said...

nak menjadi juara ditempat orang bukan mudah.. mental mesti kuat kena kutuk..

Apa pun tahnih Harimau Muda..

wakgelas said...

wak pon sukakkk.. eee wak dah datang nihh nak komen komennnn..........

Hasbullah Hamzah said...

tahinah harimau muda (HM)...
bolehlani.blogspot.com