follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, April 14, 2011

Datuk F Kasi Nasehat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Okeh, tazkirah pagi ni...

Tatacara Sebelum Tidur Malam
  • Sebelum tidur, kamu maafkanlah semua orang, jgn dikira siapa mereka. InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kamu mau (doa yg baik2 saja okeh!), otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kamu akan work towards it (ada semangat) pada keesokan harinya.
Tatacara Makan & Minum
  • Makan buah-buahan SEBELUM sarapan, makan tgh dan makan malam adalah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Melakukan perkara sunnah, maksudnya dapat pahala kan?! Menurut pakar pemakanan, vitamin C yg dtg dari buah2an yg dimakan SELEPAS sarapan, makan tgh ataupun makan malam yang akan diperolehi oleh badan kita adalah approaching 0%. 
  • Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan, makan tgh dan makan malam). Minum air 15-30 minit selepas selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut sekurang-kurangnya 10 saat kemudian baru telan. Teguk kedua dan seterusnya boleh ditelan terus. Air liur yg dibawa oleh air pada tegukan pertama mengandungi enzim yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, dan seterusnya
  • Sebaiknya makan malam diambil sebelum maghrib yg menurut sunnah Rasulullah S.A.W kecuali pada bulan Ramadhan iaitu pada waktu maghrib. Kenapa sblm maghrib?! Bagi seseorang yg sdg belajar, otak akan berfungsi dgn baiknya (senang mau hadam ilmu yg dipelajari) sekurang-kurangnya 2 jam selepas pengambilan makan malam. Contohnya: sekiranya kamu makan malam pada jam 8.30 pm, maka sekitar 10.30 pm baru mau start belajar and most propably hanya boleh bertahan sehingga jam 12.00 tgh mlm. So, tdk byk ilmu yg blh dihadam jika dibandingkan kamu ambil makan malam kamu pada pukul 6.30 pm. Itu juga blh mengelakkan kamu tidur dlm kekenyangan yg mn boleh menyebabkan kamu malas mau bangun utk buat solat malam.
Tatacara Dalam Bilik Air
  • Selepas buang air kecil, berdehem sebanyak 3 kali (teran sikit). Ini boleh mengelakkan kamu mendapat menyakit batu karang, insyaAllah.
  • Semasa buang air besar, mengiring ke kiri sedikit (menurut sunnah Rasulullah S.A.W). Dengan cara ini, perut akan menekan bladder dan menyebabkan kamu senang untuk buang air besar, insyaAllah.
Tatacara Mendidik Anak
  • Antara tips untuk mendapat anak yg bijak/genius, biasakan mengajar anak (bayi) untuk tidur dalam keadaan mengiring ke kanan kerna jantung yg terletak di sebelah kiri akan lebih "lapang/lega" dan berdegub dgn baiknya (perjalanan darah akan menjadi lancar). InsyaAllah, otak anak akan develop excellently.
  • Bagi anak2 yg azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau seboleh-bolehnya jangan pakaikan pakaian berwarna orange kerna warna ini boleh merangsang keaktifan tindak tanduk anak2 kamu.
Tatacara Mendidik Diri Sendiri
  • Rasulullah S.A.W bersabda yg membawa pengertian bahawa sesuatu amalan yg dilakukan selama 21-30 hari secara berterusan tanpa putus akan menjadi tabiat, jika tidak maka amalan (ilmu) itu akan mati.
  • Buang segala perasaan hasad dengki, dendam dan semua perasaan negatif. Emosi2 ini akan menyebabkan otak melepaskan hormon adrenaline, cortisone dan toxine yg berlebihan yg boleh membawa kepada beberapa penyakit sperti cepat letih, proses penuaan menjadi cepat (tua sebelum waktu), kerap sakit perut dsb.
3 Kategori Manusia
  1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
  2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
  3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Datuk Dr. Mohd. fadzilah Kamsah

No comments: