follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, October 28, 2009

Mari Membuat Pasport


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Semalam seharian berurusan di Pejabat Imigresen Pahang yg terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Punyalah ramai org yg berurusan pada masa tu. Dengan abg-abg askar yang sibuk mau bikin pasport. Kata mereka, untuk ke Lubnan. Misi UNIFIL la tu. Selepas selesai mengisi borang permohonan, maka saya pun ambil la nombor giliran... Pada kertas tu tertera, angka giliran anda : 1120, angka giliran yg sedang dilayan : 1080... Huk huk huk... Mau 2 jam menunggu giliran. Then, boleh pulak terlepas angka giliran tu sebab pada masa tu urgent, harus ke toilet sebentar. Aduhhh!!!


Kaunter yang tidak mesra pelanggan sungguh. Sorry kerana terlalu berterus terang. Salah satu moto yang sempat saya lihat di kaunter-kaunter urusan pasport di sini ialah "Khidmat Dengan Senyuman", and I wonder, none of the staff di kaunter-kaunter itu yg senyum apabila berurusan dengan pelanggan mereka.

Semasa berurusan di kaunter, pegawai imigresen tu kata, dokumen cik tidak lengkap. Harus ada photostat IC dan surat beranak (untuk permohonan kali pertama). Pulak dah?! Luckily mesin photostat ada disediakan di bangunan tersebut. Kemudian harus sertakan 2 keping gambar berukuran pasport... Secara ringkasnya, berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan kali pertama...

Dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan (untuk pengesahan salinan)
- Sijil lahir (untuk pengesahan salinan)
- salinan kad pengenalan (2 salinan sekiranya permohonan dibuat bkn di negeri tempat lahir)
- salinan sijil lahir (2 salinan sekiranya permohonan dibuat bkn di negeri tempat lahir)
- 2 keping gambar (baju & tudung sekiranya bertudung, harus gelap) sila lihat gmbr di bawah untuk rujukan.
- borang permohonan (diisi di Pejabat Imigresen)

Baju: ok, sebab gelap.
Tudung: harus tudung yg gelap.

Gambar yg diterima.
Baju dan tudung, harus gelap.

Sudah bawa 2 keping gambar seperti gambar bertudung putih di atas, tapi tidak diterima kerana tudung cerah, katanya harus tudung gelap. So terpaksalah took another pic. Jangan risau, rasanya semua cawangan pejabat imigresen yg punya perkhidmatan membuat pasport pasti menyediakan perkhidmatan mengambil gambar ukuran pasport dan photostat. Mereka sedia maklum keperluan ni. Saya puji itu. It cost me RM10 utk 3 keping gambar seperti gambar bertudung gelap di atas menggunakan kiosk mengambil gambar ukuran pasport.

Setelah hampir 2 jam menunggu, ini hasilnya...
Kita perbesarkan lagi.. Pls see below...


Aduhhh... Kena tunggu lagi 5 hari untuk prosess my pasport. Oleh sebab sy ni warganegeri Sabah, and currently sy ingin proses pasport di Pahang, mereka harus merujuk ke Imigresen Sabah sebelum proses my pasport. Menurut pegawai imigresen tu, urusan dengan imigresen Sabah lambat sikit kalau compare dengan Sarawak. Terbantut la pulak. Kalau buat di negeri sendiri, proses memakan masa plus minus 2 hrs only. Harus proceed juga di sini. So harus menunggu....


Saturday, October 24, 2009

Hobi Baru - Online Shopping


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Mula-mula shopping benda-benda yg diperlukan sahaja. Lepas tu tengok kt YouTube cara-cara pakai mekap yang betul, terasa lak nak try. Then, g la shopping make up. Mau sebulan jugak asyik berfikir dan bercakap tentang mekap... Tidak mampu untuk dapatkan M.A.C di Kuantan ni, terjumpa pula STAGE outlet di East Coast Mall ni. Mula-mula dalam fikiran cuma ingin membeli eye shadow, tapi setelah dimekapkn dan setelah dipujuk rayu oleh salesgirl di situ, akhirnya RM500 burn mcm tu jer beli mekap! Ishhhkkkk menyesal gak!




STAGE East Coat Mall Kuantan

Sudah jemu dengan mekap, beralih pulak kepada shopping baju. Bermula dengan hanya melihat-lihat di online store, kemudian mula membeli dan membeli, kemudian addicted! Aduhhh!! Beli yang mahal-mahal pulak tuh! Boleh cepat kering duit saya dlm Maybank account tu nanti! Harus dikawal semua itu!




Kemudian, lately minat terhadap photography semakin menjadi-jadi. Bermula dengan compact digital camera, kemudian tiba-tiba rasa taksub pula dgn DSLR.. Aduhhhhhh!!! Pening terus kalau berterusan begini.


Thursday, October 22, 2009

Saya Sudah Ketagih?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Assalamualaikum...
 
Ketagih?! Owhhhhh.... No! No! No! Apa sudah jadi ni?! Semakin menjadi-jadi pula. Lately, saya sangat suka browse gambar-gambar baju yg jual online (Juicee Fashion, Johor Joyous, River Yorshini, Shopping Roll, Arnie's Style) dan beberapa online shop yg lain. Sekadar menyenaraikan sebahagian sahaja... Setakat ni sudah membeli 2 pasang baju from Zara Cute Wear and Juicee Fashion. Tidak tahu macam mana boleh terjebak. Adussss!!! Harus dibendung! Saya memang sangat suka shopping. Hobi baru, tu pun sebab ada duit. Memandangkan saya terlalu sibuk untuk shopping ke mall, maka saya beralih ke online shopping. Segala-galanya di hujung jari. Ya ka tu?

Sudah agak lama aku perhatikan baju ni di Facebook, tapi masih berkira-kira untuk membelinya... Sabar Luna! Kau harus sabar! Ikut nafsu sangat, nnt lesu...



Kemudian baju-baju ini jugak menarik minatku... Sekadar minat, belum terniat untuk membelinya.. Kamu rasa bagaimana? Cantik kah?!
I'm addicted with purple... Pantang melihat kaler purple, mesti mata terpukau seketika.











Dan utk dress yang labuh.. Berikut yg menurutku sangat cute. Anda rasa bagaimana?


Terpikat dengan sandal model ini... :P
 


Baru tadi meng'order' items berikut dr Ruver Yorshini... Pre-order, bayaran sudah selesai, sedang menunggu penghantaran sahaja...
Long Sleeve Dress
Material : France Fluff
Color : Red
Price : RM 59.00
Size : Free Size
Measurement : Length 71cm, Bust 92cm

Begs
Material : Artificial Leather
Color : Purple
Price : RM 59.00

Sungguh tidak sabar untuk memakainya..


Saturday, October 17, 2009

New Dress...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


SPECS:
Price : RM 85.00
Color : Purple
Length : 88cm
Bust : 77cm
Waist : 68cm

Sy sudah mula addicted dgn online shopping! Oh no! Can't ignore it. Can't avoid it! Macam mana ini? Just received this dress few days ago. Masih sedang berfikir, mau dipadankan dengan apa ya?! Yang pasti, mau dipadankan dgn cardigan again, dan untuk kaki, maybe legging or skinny trousers? Ngam ka tu? Tudung? Hmmmmmmm.... Bagaimana kalau dipadankan dengan bawal? Kerana baju ni sudah bercorak, so tudung harus yg plain. We'll see. Itu bermaksud, i've to do some more shopping?! Aduhhh!! Habis duit!


Thursday, October 15, 2009

Linda + Robin Wedding @ Temerloh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Confused!!!! Satu majlis, beberapa pasangan pengantin.. Hahahaha... Siapalah agaknya yg empunya gerangan. Kamu semua ingin tahu?! Mari kita lihat...


Ni pasangan pengantin yg sebenar... Robin dan Linda...


Sy yg baru mau belajar menepung tawar.

Kemudian, setelah pasangan pengantin ni meninggalkan pelamin mereka utk majlis makan beradat, apa lagi? Sahabat-sahabat ni mula la utk mem'posing'kan diri masing-masing di atas pelamin. Mari kita lihat calon-calonnya...


Sedondon baju! Owh tidak! Jangan ada gossip liar okeh! Hahaha... Sahar begitu seronok menjadi pengapit! Azwa buat muka mengantuk! Saiful Azman pulak dengan muka yg selebet itu!


Azwa dan Sahar... Kemudian Nod dan Yusuf mengambil peranan sebagai pengapit. Ishhkkk!!!


Yang ni sangat confused! Pasangan yg sangat ganjil. Hahahaha...


Kemudian Salimah dan Sahar. Hampir sama dah tu nama. Sangat baik ini pengantin! Sangat bersopan santun lorrr....

Punah pelamin org kami kerjakan... Nasib tak roboh jer. Tetamu lain hanya geleng kepala dan gelak jer melihat telatah kami.


Keluarga baru... Hahaha.. Anak siapalah yg kami pinjam ni. Tapi budak ni sangat comel. Pantang org sua kamera kat dia, mesti dia senyum. Bestnye kalau dapat anak comel-comel macam ni. Ni yg buat tak sabar nak kawin jugak ni!


Buat sahabat ku Linda + Robin, sy doakan semoga berkekalan la jodoh u all. Dapat baby yg comel-comel. Bahagia ke anak cucu. Next, siapa pula?!


Saturday, October 03, 2009

Majlis Konvokesyen Ke-4 UMP


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Congratulation to all graduates... Terasa kehangatan suasana konvo kali ini. Nampak sungguh meriah. Dulu, sy pun pernah merasakan suasana konvo di UMP, namun tidak semeriah pada kali ini. Merupakan kali pertama diadakan di UMP Kampus Gambang. 3 event konvo sebelum ini diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di Jalan Teluk Sisek, Kuantan. Yang mana kemudahan parkir sangat terhad, dengan jalan yang sempit yg menyebabkan kesesakan sepanjang jalan, kawasan dewan yang sempit yg menghadkan jumlah peniaga-peniaga makanan mahupun cenderahati konvo. Sangat cemburu dengan junior-junior, fresh graduates ni... Beruntung u all dapat konvo di UMP. Sekurang-kurangnya segala kemudahan lengkap, family pun berpeluang untuk melihat-lihat universiti tempat u all belajar dulu. But its ok, insyaAllah tahun depan, tunggu my master punya konvo. InsyaAllah, ianya tidak akan mengecewakan.


Friday, October 02, 2009

Ceritera Raya 2009


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua...

Begitu lama blog ni bercuti sempena raya.. Ada broadband pun tak boleh pakai di kampung kerana sangat slow. Raya sudah 2 minggu berlalu, baru mau berceritera tentang raya.. Raya tahun ini tidak begitu terasa kemeriahannya bagi sy. Well, last puasa da 'bendera merah', tidak boleh untuk pergi ke masjid keesokan harinya untuk bersolat sunat aidilfitri. Kemudian, minggu raya terpaksa siapkan paper conference, tidak dapat untuk berfoya-foya, jejak kasih di rumah kawan2 seperjuangan semasa sekolah menengah. Arghhhh!! Frust jugak rasanya. Tidak mengapa, 1st thing come 1st.

Here some photo raya yang sempat diupload...

Some of the family members. Posing di Papar Taxi Stand pun jadilah. Baru pulang dari solat sunat aidilfitri di Masjid Papar. Jangan persoal kenapa sy tiada di dlm foto ini...

Datuk (ayah kpd ayah), sudah sgt tua nampaknya dia. Tidak berkesempatan untuk bersalaman dengannya ketika itu...

Shira yang cengeng.. Sepupu sekali sy yg plg bongsu. Sangat cerewet dan sangat manja. Anak bongsu la katakan...

Mengapa si kecik posing sungguh comel dengan babannya ini?!

Si comel sangat comel memakai tudung...

Si comel begitu gembira mendapat duit raya dari nenek...

Si comel bersama ibu dan ayah ingin ke rumah nenek (sebelah ayahnya)...

Bakal pengantin baru... Aminnn...

Perghhh!!! Tetamu yg bertamu di rumah dihidangkan dgn float..

Akhirnya, Raya ke-5 keluar jugak meronggeng ke rumah kawan-kawan lama.
Dari kiri:
Itu Saya, Muis, Napi, Amat, Sujairi, Yazli, Diyana
(Mereka semua sahabat seperjuangan di S.M. St. Joseph, Papar)