follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, October 28, 2009

Mari Membuat Pasport


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Semalam seharian berurusan di Pejabat Imigresen Pahang yg terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Punyalah ramai org yg berurusan pada masa tu. Dengan abg-abg askar yang sibuk mau bikin pasport. Kata mereka, untuk ke Lubnan. Misi UNIFIL la tu. Selepas selesai mengisi borang permohonan, maka saya pun ambil la nombor giliran... Pada kertas tu tertera, angka giliran anda : 1120, angka giliran yg sedang dilayan : 1080... Huk huk huk... Mau 2 jam menunggu giliran. Then, boleh pulak terlepas angka giliran tu sebab pada masa tu urgent, harus ke toilet sebentar. Aduhhh!!!


Kaunter yang tidak mesra pelanggan sungguh. Sorry kerana terlalu berterus terang. Salah satu moto yang sempat saya lihat di kaunter-kaunter urusan pasport di sini ialah "Khidmat Dengan Senyuman", and I wonder, none of the staff di kaunter-kaunter itu yg senyum apabila berurusan dengan pelanggan mereka.

Semasa berurusan di kaunter, pegawai imigresen tu kata, dokumen cik tidak lengkap. Harus ada photostat IC dan surat beranak (untuk permohonan kali pertama). Pulak dah?! Luckily mesin photostat ada disediakan di bangunan tersebut. Kemudian harus sertakan 2 keping gambar berukuran pasport... Secara ringkasnya, berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan kali pertama...

Dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan (untuk pengesahan salinan)
- Sijil lahir (untuk pengesahan salinan)
- salinan kad pengenalan (2 salinan sekiranya permohonan dibuat bkn di negeri tempat lahir)
- salinan sijil lahir (2 salinan sekiranya permohonan dibuat bkn di negeri tempat lahir)
- 2 keping gambar (baju & tudung sekiranya bertudung, harus gelap) sila lihat gmbr di bawah untuk rujukan.
- borang permohonan (diisi di Pejabat Imigresen)

Baju: ok, sebab gelap.
Tudung: harus tudung yg gelap.

Gambar yg diterima.
Baju dan tudung, harus gelap.

Sudah bawa 2 keping gambar seperti gambar bertudung putih di atas, tapi tidak diterima kerana tudung cerah, katanya harus tudung gelap. So terpaksalah took another pic. Jangan risau, rasanya semua cawangan pejabat imigresen yg punya perkhidmatan membuat pasport pasti menyediakan perkhidmatan mengambil gambar ukuran pasport dan photostat. Mereka sedia maklum keperluan ni. Saya puji itu. It cost me RM10 utk 3 keping gambar seperti gambar bertudung gelap di atas menggunakan kiosk mengambil gambar ukuran pasport.

Setelah hampir 2 jam menunggu, ini hasilnya...
Kita perbesarkan lagi.. Pls see below...


Aduhhh... Kena tunggu lagi 5 hari untuk prosess my pasport. Oleh sebab sy ni warganegeri Sabah, and currently sy ingin proses pasport di Pahang, mereka harus merujuk ke Imigresen Sabah sebelum proses my pasport. Menurut pegawai imigresen tu, urusan dengan imigresen Sabah lambat sikit kalau compare dengan Sarawak. Terbantut la pulak. Kalau buat di negeri sendiri, proses memakan masa plus minus 2 hrs only. Harus proceed juga di sini. So harus menunggu....


2 comments:

Aujinz said...

huish....kenape passport aku sejam jer dah siap.....:P

Luna said...

sbb dia bilang aku buat bkn kt negeri tmpt lahir aku...