follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, April 20, 2012

AURAT - MENUTUP atau MEMBALUT?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum wahai penghulu segala hari... Jumaat begini elok bagi input yang positif buat santapan rohani... Sama-sama kita perbaiki diri. Sama-sama sebarkan kebaikan. Sama-sama dapat manfaatnya. InsyaAllah!



Fesyen tudung menyerupai rahib wanita kristian



Berfesyen itu boleh. Tapi jangan sampai menimbulkan fitnah dan membawa kepada dosa. Fesyen muslimah?! Muslimah sekarang ni dah kebanyakannya jadi mangsa fesyen...


Wednesday, April 18, 2012

Terung Bakar - My another favourite Bugis dish..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Terung Bakar - Antara makanan Bugis yang menjadi kegemaran tekak ni...

Ni la dia antara makanan Bugis yang biasa menjadi hidangan kegemaran. Terung bakar! Yummy! I'm not sure kalau kaum lain pun ada makanan ni. Sonang yo buek! Kih3...

Bakar terung (biasanya saya bakar atas dapur gas je, guna api kecil) sampai kulit terung tu jadi hitam (senang nak kopek kulit terung tu nanti). Lepas dah masak, buang kulit terung. Kemudian ketepikan.

Untuk kuah lak. Just air asam jawa (biar pekat-pekat, sedap sikit). Buh garam dan cili secukup rasa. Then, lenyekkan terung yang telah dibuang kulit tadi dalam kuah air asam tu.

Tadaaaaa!!! As simple as that! Jemput makan...


Monday, April 16, 2012

Ronda Ronda Sekitar Pusat Bandar Tawau, Sabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Okeh, last entry cerita pasal borong amplang di Pasar Tanjung, Tawau. Terlanjur dah keluar gi pusat bandar Tawau, meh la jeling-jeling sikit bandar Tawau ni... Sorry la, tak banyak info yang saya tau pasal bandar Tawau ni... Tengok gambar je la ok. Kot-kot ada yang bakal bertugas di Tawau ni. Bolehlah tarik nafas lega bila tengok gambar-gambar ni yang menunjukkan bandar Tawau ni bukan bandar 'ulu' sebab bandar ni di tepi laut. Huk3!










Boleh tahan gak besar public library Tawau ni...

Bangunan Wisma Persekutuan, Tawau. Bangunan ni kat mana-mana tempat kt Malaysia ni, aku tengok sama patern je semua.

Bandar Tawau ni terletak di pantai timur Sabah (boleh rujuk Google Map okeh). Kalau menggunakan kenderaan darat dari Kota Kinabalu ke Tawau (sama ada menggunakan bas atau drive sendiri), mau naik kematu gak montot sebab kena amik masa sampai 12 jam.

Owh jangan risau, kalau tak nak naik pengangkutan darat, udara pun boleh maaa... Taken only 50 minutes from KKIA or KKIA T2 to Tawau Airport. Tawau ada airport okeh!

Lapangan Terbang Tawau...

Kalau dari Kota Kinabalu, boleh pilih nak naik MAS ke Air Asia... Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pun ada jugak. Kalau malas nak transit kat Kota Kinabalu.

Ikut bajet masing-masing... Masa perjalanan sama je...

Okeh, happy sekarang?! So, welcome to Tawau!