follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, March 26, 2011

Lindungi Diri Anda Dari Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum readers... Baiklah, entri kali ni khas buat kaum Hawa kerna kanser pangkal rahim itu hanya berlaku kepada golongan wanita, namun kaum Adam pun blh mengambil tahu tentang informasi berikut dan disampaikan kepada golongan wanita yg berada di sekeliling mereka.
Okeh, entri ni berdasarkan fakta okeh! Tadak main copy paste dr sumber2 yg tidak diketahui kesahihannya. Sebetulnya, artikel dalam entri ni dapat dari risalah percuma yang sy ambil dari Pusat Kesihatan Pelajar UMP semasa mendapatkan rawatan tempoh hari. So, rasanya ini bukanlah copyrighted material. Sebab itu sy mau kongsi dgn kamu semua.

Background text tu pun pkai kaler pink. Pink kan sinonim dgn wanita. Ya ka?!

Beginilah ayatnya.... Kalau dlm gambar di atas x berapa mau kelihatan utk dibaca.

Ada dua versi bahasa dalam risalah tu, BM dan English. So, sy prefer ambil bahasa kebangsaan saja okeh! Semangat cintakan negara dlm diri ni sgt tinggi tau! Tapi kalau ajak tengok wayang, maaf sy tidak layan cerita Melayu lebih2 lagi cerita yg karut marut (cerita hantu, cerita cinta, cerita yg konon2 lawak) kecuali filem epik seperti Puteri Gunung Ledang dgn Hikayat Merong Mahawangsa kerna anda boleh lihat perbezaan kualitinya filem2 tersebut. Owhhh no offence okeh, itu cuma pendapat peribadi sy. Haishhhh melalut pergi bercerita tentang filem pulak kamu ini Luna.

Baiklah teruskan kepada perkara tajuk!

FAKTA PENTING TENTANG KANSER PANGKAL RAHIM DI MALAYSIA:
  • Kanser pangkal rahim ialah kanser kedua paling kerap yang dialami oleh wanita di Malaysia, selepas kanser payu dara (National Cancer registry, 2003).
  • Pada 2002, kanser pangkal rahim meliputi 12.9 % drp semua kanser wanita di Malaysia  (National Cancer registry, 2003).
  • Hampir setiap wanita menghadapi risiko kanser pangkal rahim, tanpa mengira usia atau gaya hidup (McIntosh, 2000; Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005; Gravit and Jamshidi, 2005).
S : Apakah Kanser Pangkal Rahim?
J : Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.


S : Apakah HPV (Human papillomavirus @ Virus papiloma manusia)? 
J : Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

S : Apakah hubung kait antara HPV dan kanser pangkal rahim?
J : Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Jangkitan oleh HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Tetapi dalam kes tertentu, jangkita akan berterusan, menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah penting.

S : Bagaimana HPV disebarkan?
J : HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan. Oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan (McIntosh, 2000).

Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks (Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005).

S : Adakah saya masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
J : Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80 % daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka (Baseman and Koutsky, 2005).

S : Apakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
J : Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya (McIntosh, 2000). Sepanjang hayat setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim (McIntosh, 2000; Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005; Gravit and Jamshidi, 2005).

S : Apakah Pap smear?
J : Pap smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim. Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

S : Bolehkah kanser pangkal rahim dicegah?
J : Sehingga baru-baru ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap smear dari semasa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit. Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.

Berbincanglah dengan doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan awam yang dibawakan kepada anda oleh

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (3277-U)
8th Floor, Menara Lien Hoe, No. 8, Persiaran Tropicana,
47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (603) 7801 6400   Fax: (603) 7806 5912 




Rujukan :
  • De Villers EM, et al. Virology 2004; 324: 17-24
  • McIntosh N. JHPIEGO strategy paper No. 8, May 2000. Available at http://www.reproline.jhu.edu/english/3cc/3refman/sphpv214.pdf - Last accessed 20 September 2007
  • Baseman JG, Koutsky LA. J Clin Virol 2005; 32S: S16-S24
  • Ho GYF, et al. N Engl J Med 1998; 338:423-8
  • Brown DR, et al. J Infect Dis 2005; 191:182-92
  • 2nd report of the National Cancer Registry; Cancer incidences in Malaysia, 2003
  • Gravitt PE and Jamshidi R. Infect Dis Clin North Am. 2005 Jun; 19(2):439-58
  • Bosh FX et al. J Clin Pathol 2002; 55:244-65
  • Burd EM. Clin Microbiol Rev 2003; 16: 1-17


1 comment:

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….