BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Tentunya kebanyakan umat Islam pada masa ini sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan Hari Raya AidilAdha yang insyaAllah bakal diraikan pada hari esok. Tak kiralah yang mana sedang bersiap-siap untuk balik kampung, berhati-hati memandu ye... Jangan lupa
amalan sunat apabila ingin melakukan perjalanan yang jauh... Yang sedang memasak untuk juadah hari raya tu, jangan banyak main lak. Satg hangit pulak masakan tu...
Saya pulak?! Memandangkan sekarang sedang berada jauh beribu batu dari keluarga, dan dipisahkan oleh Laut China Selatan, hanya mampu mengirimkan doa saja. Terliur pula apabila mengenangkan juadah raya yang biasa dimasak oleh ibu tercinta (masakan ibu tetap best in the world) apabila tiba hari raya. Nak tau tak antara juadah yang sering menjadi juadah raya bagi masyarakat Bugis adalah seperti berikut...
|
Buras yang siap dibungkus dan diikat sebelum dimasak. |
|
Buras yang siap dimasak (kalau dalam bahasa Bugis, Burasa') |
Buras ni diperbuat daripada beras (biasanya menggunakan beras wangi) yang dimasak dengan santan, kemudian dimasak dengan cara mengukus sehingga separuh masak. Beras bersantan yang separuh masak ini akan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan diikat dengan kemas untuk mengelakkannya pecah ketika dimasak/direbus. Yang ni memang makanan wajib setiap kali hari raya (aidilfitri mahupun aidiladha).
|
Ayam cina/bandar masak lengkuas. |
|
Ayam kampung masak lengkuas |
Menu wajib kedua adalah ayam masak lengkuas. Cara memasak menu ni agak complicated. Dah beberapa kali cuba untuk mendapatkan resepi dari mak, namun setiap kali raya, mesti mak yang akan masak sebab anak-anak perempuan dia semua ni masih belum boleh dipercayai untuk memasak menu ini. Hu3! Bila mintak resepi kat mak, masa nak tanya sukatan untuk bahan-bahan masakan, semua jawapannya pastilah, 'secukup rasa'. Haiyyak!
|
Lengkuas yang dihiris dan dimayang halus, direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pedasnya. |
Bagi ayam masak lengkuas ni, ayam kampung adalah lebih sedap digunakan berbanding ayam bandar. Mungkin masa memasak menu ini yang agak lama membuatkan ayam bandar yang lebih lembut dagingnya cepat masak dan mudah hancur jika dibandingkan dengan ayam kampung yang lebih liat dagingnya. Daripada pemerhatian saya bila mak nak masak menu ni, bahan utama yang digunakan adalah lengkuas yang dihiris dan dimayang halus. Kemudian akan direbus selama sejam lebih untuk mengurangkan rasa pedas lengkuas tersebut sebelum dimasak dengan kunyit dan asam jawa serta beberapa bahan lain yang saya sendiri dah lupa! Hu3!
|
Ayam masak merah versi masyarakat Bugis. |
Selain ayam masak lengkuas, ayam masak merah juga merupakan menu yang wajib pada pagi raya! Huarghhhh terliur sebentar melihat gambar di atas sambil membayangkan rasanya! Maaflah, tak dapat nak bagi resepi sebab tak reti nak masak. Namun apa yang saya perasan, ayam (menggunakan ayam bandar, ayam kampung kurang sesuai untuk menu ini) tersebut akan digoreng terlebih dahulu dan diasingkan sebelum dimasak bersama-sama dengan kuah masak merah. Masa makan tu, akan rasa rangup-rangup sikit. Sedapnya.....
|
Tumbu' pulut hitam |
Cara membuat dan memasak tumbu' adalah sama dengan buras. Bezanya hanya pada beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat tumbu'. Menu ni pula, jarang sekali mak buat. Menu alternatif la kiranya. Gambar di atas ni pun ambil masa makan kat rumah mak saudara raya puasa yang lepas. Ada lagi satu menu iaitu dipanggil sawa'. Bezanya dengan tumbu' adalah, sawa' akan dibungkus menggunakan daun kelapa yang muda. Sawa' jarang dihidangkan sebagai menu raya, tetapi lebih kepada menu semasa aqiqah.
|
Tapai pulut hitam dan putih |
Tapai pulut hitam dan putih ni dah lama mak tak buat. Susah gak nak buat ni. Biarpun bahan-bahannya hanyalah pulut yang telah dimasak kemudian digaul dengan ragi. Bila salah sukatan ragi, mesti tak jadi. Nak menunggu jadi atau tak tapai ni pun ambil masa jugak. Sebab lepas digaul dengan ragi, pulut yang telah dibentuk bulat-bulat seperti gambar di atas akan diperam (untuk menjalani proses penapaian) dalam periuk yang dibungkus dengan kain selama beberapa hari. 3-5 hari ada kot... Kalau tak menjadi, biasanya rasa tapai akan tawar dan kurang manis. Jangan risau, tapai ni tak pernah lagi bikin mabuk okeh!
|
Soto makassar |
Menu soto makassar ni pula agak baru buat menu hari raya dalam keluarga kami. Jika menu-menu yang lain di atas menjadi menu turun-temurun, soto makassar ni pula baru 2/3 tahun lepas menjadi hidangan di hari rasa. Biasanya mak hanya masak bihun sup saja. Apa yang menjadikan soto makassar ini lain daripada soto/sup yang lain adalah pada kuahnya, yang mana kuah sup soto makassar ini akan dicampur dengan kacang tanah yang telah digoreng, dibuang kulit dan dikisar sebelum dicampurkan ke dalam kuah sup. Perghhhhhh!!!! Marvelous bila dimakan panas-panas dan pedas-pedas!
Begitulah sedikit pengenalan mengenai makanan Bugis yang menjadi hidangan wajib pada hari raya. Maaflah, tak dapat nak kongsi resepi sebab saya sendiri tak reti lagi nak masak menu-menu di atas. Cuci mata je la ye...