follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011... Selamat Datang 2012...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Entri yang pastinya cukup ringkas kali ni. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2012 kepada semua pembaca tegar/setia/senyap (dan yang sewaktu dengannya) blog ini. Terima kasih di atas kelapangan yang diberikan untuk berkunjung dan membaca entri-entri dalam blog ini. Kunjungan anda semua sangat saya hargai. Mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada yang kecik hati bila saya tak follow kembali ataupun ada komen yang tidak dijawab. Maaf sangat-sangat.

Okeh, mengenai azam 2011 saya. Adakah sudah tercapai?! Terus terang, setiap kali menjelang tahun baru, saya tak pernah pasang apa-apa azam. Ermmmmm... Memang itulah saya. Huhuhu... Apapun, my biggest achievement untuk tahun 2011 adalah my Master Degree. Tiada yang mampu terucap apabila segalanya selesai setelah terlalu banyak pahit getir perit yang terpaksa dilalui untuk menghabiskannya... Huk3! Sedih woo!

Anyway, sekali lagi SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2012. Semoga kesempatan masa hidup yang Allah beri pada kita ni, dapat digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Jemput makan... Sekadar selingan untuk penyeri entri! Kih3!

Tom Yam Kung Secret Recipe. RM16.95. Huk3!


Thursday, December 29, 2011

Penangan Drama "Tentang Dhia". Ini betul lawak punya!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh, saya admit malam ni tengok episod akhir drama Tentang Dhia sambil having my dinner, tersekat-sekat nasik nak turun ke kerongkong sebab menahan sebak tengok cerita tuh! Tak sangka lak sad ending.... Haishhhh... Tak follow pun cerita tu dari awal, dan ada banyak episod jugak yang ter'missed'. Layan waktu lapang jer...

Okeh, cut the crap. Nak kongsi cerita ni pulak. Jumpa kat Facebook, kawan share.


Hahahaha... Bijak gak dia ni buat conclusion... Lawak jer...


Saturday, December 24, 2011

Resepi Siakap Masak Masam Manis

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Baik, saya nak kongsi resepi siakap masam manis yang saya masak untuk lunch semalam. Resepi ni merupakan gabungan beberapa resepi yang saya tengok kat beberapa blog. Saya olah sendiri mengikut tekak saya. So, enjoy okeh bagi sesiapa yang ingin mencuba. Pada tekak saya, memang sedap. Dengan masam-masamnya, manis-manisnya, pedas-pedasnya... Yummy!




BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • Sedikit garam untuk dilumurkan pada ikan
  • Sedikit tepung jagung untuk disaluti pada ikan
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
  • 1 biji lemon (dihiris nipis untuk hiasan, selebihnya untuk diperah atas ikan)
  • 5 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu cili giling/kisar (ikut kepedasan masing-masing)
  • 1 tin nanas dalam tin (saya guna jenama Ayam Brand, boleh gantikan dengan nenas segar)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili Thai (saya guna jenama Maggi, boleh gantikan dengan sos cili biasa)
  • 1/2 biji bawang Holland (dihiris halus)
  • 1/2 biji cilli benggala (merah, hijau, kuning - bagi kaler2 sikit!)
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Sedikit bunga kobis (optional)
  • Sedikit lobak merah dipotong dadu (optional)
  • Sedikit timun dipotong dadu (optional)

CARA-CARA:

  1. Ikan yang telah dibersihkan dikelar-kelar kemudian rendamkan dalam air asam jawa sebentar.
  2. Toskan dan bubuh garam pada kesemua bahagian ikan kemudian lumurkan dengan tepung jagung.
  3. Goreng ikan dalam minyak yang betul-betul panas dan penuh dalam kuali. Toskan setelah ikan masak dan garing.
  4. Letak ikan dalam pinggan yang dihias dengan sedikit hirisan lemon. Perahkan jus lemon pada ikan, ketepikan.
  5. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam yang ditumbuk tadi menggunakan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
  6. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan air nenas dalam tin (saya masukkan kesemua air nenas dalam tin tersebut).
  8. Masukkan sos tomato dan sos cili Thai.
  9. Masukkan nanas dalam tin dan kesemua sayuran (tomato, cili benggala, timun, lobak, bunga kobis).
  10. Biarkan kuah pekat sedikit. (saya tak bubuh garam dan gula sebab rasa masam manis kesemuanya dah cukup dari sos).
  11. Bila rasa dah ok, curahkan di atas ikan.



Hidangkan panas-panas dengan nasi dan sayur campur. Perghhhhh!!! Memang mabeles! Saya guna separuh ikan saja, bahagian kepala sebab makan sorang.


Sunday, December 18, 2011

"Telur Berdiri" Susulan Fenomena Gerhana Bulan 10 Disember 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Gambar-gambar gerhana bulan berikut saya ambil secara rawak dalam laman Facebook yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat... Diharap kepada yang empunya gambar dapat memberi keizinan di atas paparan gambar-gambar berikut. Kalau tak boleh, just inform me ok.

Berikut merupakan gambar gerhana bulan yang berlaku pada 10 Disember 2011 yang lepas. Sayangnya pada masa kejadian, cuaca di tempat saya kurang mengizinkan untuk saya menikmati fenomena tersebut. Hujan... Bukan rezeki. Kena tunggu gerhana bulan berikutnya yang dijangka berlaku pada 2014 pula la nampaknya. Kalau umur panjang dan keadaan cuaca mengizinkan.



Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah yang diperlihatkan kepada kita di muka bumi ni. Benarlah firman Allah yang beberapa kali disebutkan dalam Surah Ar-Rahman yang bermaksud:

"Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?"

Tidakkah kita rasa fenomena tersebut sebagai nikmat yang tidak mampu disangkal lagi?!

Okeh, berbalik kepada tajuk "telur berdiri" di atas... Saksikan sendiri gambar-gambar berikut yang dikongsikan oleh sahabat saya Shaiful Azman di laman Facebook pada hari kejadian.




Gambar-gambar "telur berdiri" di atas ni diambil dalam jam 11.00 pm ke atas (tak berapa pasti waktu sebenar), namun sesudah berlalunya gerhana penuh sehingga ke jam 1.00 am. Tiada sebarang tipu helah ataupun magis yang digunakan okeh. Bukan juga gambar yang diedit!

Apa yang berlaku tersebut adalah disebabkan oleh tarikan graviti bulan pada masa tu, tentunya dengan keizinan Allah. Saya ada juga cuba melakukan eksperimen tersebut, namun setelah mencuba hampir 2 jam, arghhhh... Mengalah! Telur-telur tu tak berdiri jugak! Jeles sangat tengok sahabat lain boleh buat. Menurut sahabat saya ni, dia mengambil masa kurang dari seminit untuk membuatkan telur tersebut berdiri. Katanya lagi, semasa dia tahan telur tersebut sebelum lepaskan ia berdiri sendiri, kita akan dapat rasakan telur tersebut stabil. Arghhhh... Serius jeles okeh! Keadaan cuaca pada masa tu di tempat sahabat saya ni (Kuantan) pun pada masa tu adalah hujan. Tapi dia boleh pulak buat! Haishhhhh...

Pembaca yang lain, siapa yang ada cuba eksperimen ni juga pada malam tersebut?! Jadi tak?!


Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Ini adalah entri salin & tampal dari blog cthoney. Sumber asal artikel adalah dari Utusan Malaysia Online. Sekadar untuk berkongsi maklumat...

Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.

Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.


"Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.

"Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

"Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar," jelas kenyataan itu lagi.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

"Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi," jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.


Video simulasi gerhana bulan penuh 10 Disember 2011.


Thursday, December 08, 2011

Beberapa Fakta Tentang Jin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Berikut merupakan sedikit inti pati kuliah Jin daripada Ustaz Haji Ismail Kamus.

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah S.W.T memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah S.W.T melaknat dan memerintahkannya turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3. Makanan jin terdiri daripada api (asap). Sebab itulah orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka kepada asap yang busuk. Namun orang-orang Melayu ni degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok tu, adik-beradik jin lah tu. (Hahahahha, sapa yang terkena?!)

4. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC? terkena lagi!), tandas dan kubur.

5. Beliau menasihati apabila ingin buang air dalam perjalanan (contohnya, di jalan raya), perlu baca, "SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil'alamin". Mengikut sirahnya, Jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu pulak, suka sangat baca ucapan, "Ampun Datuk, anak cucu tumpang lalu". Masa bila pulak jin dapat pangkat Datuk?! Dan masa bila pula kita jadi cucu cicit jin?! (Terkena lagi?! Hahahaha...)

6. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib... Pembohong la dia tu!!!! Sirahnya, apabila Nabi Sulaiman memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pin jin tidak perasan/tahu. Masa tu, Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu, manakala jin tekun membuat kerja di hadapan Nabi Sulaiman. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah jin perasan/tahu bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu malam. Jin suka mandi di situ pada waktu-waktu begitu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum diduduki lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk di rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai... orang Melayu suka sangat menepung tawar!!!

9. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya), menurut pengalaman beliau.