BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Gambar-gambar gerhana bulan berikut saya ambil secara rawak dalam laman Facebook yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat... Diharap kepada yang empunya gambar dapat memberi keizinan di atas paparan gambar-gambar berikut. Kalau tak boleh, just inform me ok.
Berikut merupakan gambar gerhana bulan yang berlaku pada 10 Disember 2011 yang lepas. Sayangnya pada masa kejadian, cuaca di tempat saya kurang mengizinkan untuk saya menikmati fenomena tersebut. Hujan... Bukan rezeki. Kena tunggu gerhana bulan berikutnya yang dijangka berlaku pada 2014 pula la nampaknya. Kalau umur panjang dan keadaan cuaca mengizinkan.
Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah yang diperlihatkan kepada kita di muka bumi ni. Benarlah firman Allah yang beberapa kali disebutkan dalam Surah Ar-Rahman yang bermaksud:
"Maka yang mana satu nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?"
Tidakkah kita rasa fenomena tersebut sebagai nikmat yang tidak mampu disangkal lagi?!
Okeh, berbalik kepada tajuk "telur berdiri" di atas... Saksikan sendiri gambar-gambar berikut yang dikongsikan oleh sahabat saya Shaiful Azman di laman Facebook pada hari kejadian.
Gambar-gambar "telur berdiri" di atas ni diambil dalam jam 11.00 pm ke atas (tak berapa pasti waktu sebenar), namun sesudah berlalunya gerhana penuh sehingga ke jam 1.00 am. Tiada sebarang tipu helah ataupun magis yang digunakan okeh. Bukan juga gambar yang diedit!
Apa yang berlaku tersebut adalah disebabkan oleh tarikan graviti bulan pada masa tu, tentunya dengan keizinan Allah. Saya ada juga cuba melakukan eksperimen tersebut, namun setelah mencuba hampir 2 jam, arghhhh... Mengalah! Telur-telur tu tak berdiri jugak! Jeles sangat tengok sahabat lain boleh buat. Menurut sahabat saya ni, dia mengambil masa kurang dari seminit untuk membuatkan telur tersebut berdiri. Katanya lagi, semasa dia tahan telur tersebut sebelum lepaskan ia berdiri sendiri, kita akan dapat rasakan telur tersebut stabil. Arghhhh... Serius jeles okeh! Keadaan cuaca pada masa tu di tempat sahabat saya ni (Kuantan) pun pada masa tu adalah hujan. Tapi dia boleh pulak buat! Haishhhhh...
Pembaca yang lain, siapa yang ada cuba eksperimen ni juga pada malam tersebut?! Jadi tak?!
6 comments:
Wahhh... Hebat larrhh... lg2 gerhana bulan tuu... gmbar dia nmpak jelass... Cantikk...!!!!
kalau bleh follow saya yaa.. http://putericool.blogspot.com
Hey !! Nak mintak tolong boleh x ? Tolong klick ni erkk . http://www.churpchurp.com/Nurkiasatina/share/optimak5-launch
follow awak...
http://jejari-niza.blogspot.com/
tak cuba pun. tak tau le klau x mesti cuba. tapi dapat tgk gerhana tu..cantik..kat sini nampak real..
Err, biar betul telur tu berdiri. Macam tak percaya walaupun gambar tu ada sebagai bukti
Post a Comment