follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, November 30, 2011

Amar Ma'ruf itu Sedekah, Nahi Mungkar itu Sedekah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Ini entri yang sangat pendek dan direct to the point. Namun entri pendek ini la yang akan memberi kesan jangka panjang sehingga ke alam akhirat nanti. Maka panjangkanlah akal anda untuk menilainya...

Syaqiq Al-Balhi berkata: "Aku mencari 5 perkara dan aku mendapatkannya dalam 5 perkara juga..."

  1. Aku mencari berkat dalam rezeki, aku dapatkannya dalam solat Dhuha.
  2. Aku mencari lampu untuk menerangi kubur, aku dapatkannya dalam solat malam.
  3. Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir, aku dapatkannya di dalam membaca Al-Quran.
  4. Aku mencari tongkat sebagai alat menyeberangi siratal mustaqim, aku dapatkannya di dalam puasa dan sedekah.
  5. Aku mencari perlindungan di bawah Arasy, aku dapatkannya di dalam beribadah di tempat sunyi.

Semoga baik ilmu ni untuk kita semua amalkan. Amin...


Saturday, November 26, 2011

Salam 1 Muharram 1433 Hijrah - Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

DOA AKHIR TAHUN


Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."



DOA AWAL TAHUN


Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."



Salam Maal Hijrah buat semua pembaca setia blog LUNA LANUN. Terima kasih di atas sokongan anda semua!


Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Pasukan Harimau Muda A - Hentikanlah Caci Mencaci Sesama Rumpun

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Semalam masuk tidur dengan senyuman, pagi ni bangun dari tidur pun masih lagi tak lekang sengih dari bibir ni. Begitulah penangan keputusan pertembungan akhir acara bola sepak dalam Sukan SEA Ke-26 yang mana kemenagan lebih memihak kepada pasukan Harimau Muda A. Indonesia terpaksa akur untuk menyaksikan pemain-pemain dan pegawai-pegawai pengiring Malaysia dikalungkan pingat emas di Stadium Gelora Bung Karno. Biarpun pasukan lawan pahit menerima kenyataan dimalukan di hadapan lebih dari 100 ribu penyokong sendiri, namun menjadi sangat manis buat pemain dan penyokong Malaysia di seluruh tanah air setelah pelbagai provokasi yang diterima daripada penyokong lawan. Kita berjaya buktikan, siapa yang ganyang siapa!

Sumber: bharian.com.my

Sumber: bharian.com.my

Skuad bola sepak dah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit. 
Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.
petikan berita dari bharian.com.my

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Tahniah sekali lagi.

Hero kesayangan!

Di sebalik keghairahan kita sebagai penyokong Harimau Muda meraikan kemenangan pingat emas tersebut, ramai yang lalai, ramai yang terlanjur, ramai yang terlupa. Pelbagai kata-kata kesat, keji mengeji, hina menghina yang berlaku di antara kedua-dua penyokong. Saya salin semula status yang saya update di wall Facebook saya malam tadi:

"..tak payah la pgi layan ketidakpuasan hati mereka, tak kisah la dr segi kata2 mahupun gambar2 yang menghina dan menyakitkan hati seluruh rakyat malaysia... jika kita sebagai rakyat malaysia menganggap rakyat kita bertamadun, tidak perlu keluar segala macam kata2 keji, kesat dan yang sewaktu dengannya terhadap mereka. Ingat, kita ni serumpun. ingat, agama kita juga tak mengajar kita utk mencaci, mengeji, menghina org lain kan?! jd, muhasabah diri je la... buktikan yang bangsa kita bangsa yang punya rasa hormat terhadap bangsa lain!" 

Apa perlunya semua kata-kata kesat tersebut. Ya, saya sendiri akui, betapa sakitnya hati melihat bendera kita dihina dan dibakar, lagu kita diejek, dan pelbagai macam provokasi dalam kempen "Ganyang Maling Sial" yang ditimbulkan oleh penyokong fanatik Indonesia. Namun sekali lagi saya ajukan soalan ini, apa perlunya kita membalas dengan perkara serupa?! Hanya akan menunjukkan bangsa kita juga punya nilai moral yang rendah, tidak punya perasaan hormat, dan tidak profesional. Adat la dalam perlawanan. Ada yang menang, ada yang kalah.

Saya pinjam kata-kata dari status Facebook seorang sahabat, agar kita semua sama-sama dapat muhasabah diri.

"Kebanyakan komen di wall rakan-rakan saya adalah komen 'membalas dendam' atas kelakuan penyokong pasukan Indonesia yang kita sedia maklum. Komen-komen tersebut, di sisi 1Malaysia berbunyi Patriotisma. Di sisi 1Akhirat, ia adalah Asabiyyah ...yang dicela Allah SWT.
Biar pun sakit hati sebelum-sebelum ini, lupakah kita kepada janji Allah:
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" [Fussilat 41: 34] - 
Credit to Ustaz Hasrizal....."


Banyakkan beristigfar kepada siapa-siapa yang telah terlanjur kata tu...


Saturday, November 19, 2011

Friday, November 18, 2011

Januari 2008 - November 2011, Segalanya Berakhir Jua...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Hereby, confirmed that I have checked and reviewed and satisfied the student have made all corrections and achieved as proposed by Panel of Examiners and I recommended the above student is awarded a Master's Degree." - Signed by Assoc. Prof. Maksudur Rahman Khan.


Alhamdulillah... Tiada yang mampu terucap di saat Internal Examiner akhirnya menurunkan tandangan pada borang Pengesahan Semakan Pembetulan Tesis saya ni. Setelah menunggu selama seminggu untuk mendapatkan tandantangan beliau. Uwaaaaa serius dia ni cerewet dan sangat terperinci orangnya...


"Congratulation..."

Itulah kata-kata terakhir beliau saat menyerahkan semula salinan tesis yang telah dibuat pembetulan beserta borang di atas ni.

"Thank you so much Dr."

Serius dah takde kata-kata yang mampu terucap saat tu. Sambil tersenyum sampi ke telingan, saya melangkah keluar dari bilik beliau. Saat berada di luar bilik beliau, rasa macam nak berguling jer turun tangga! Hahahaha! Perasaan serius sangat gembira.

Benarlah kata orang, kejayaan yang kita kecapi hari ini hasil daripada segala pengorbanan yang tidak mengira tempat dan waktu adalah yang paling manis!

3 bulan lalu saat selesainya viva voce untuk master ni, kepala yang dah 'jam' selama 3 tahun lebih akhirnya ringan sebentar. Tempoh 3 bulan diberikan untuk melakukan minor correction untuk tesis akhirnya berakhir juga.


Selesai mendapatkan pengesahan pembetulan, kerja-kerja printing untuk hard-bound thesis pun bermula. Nak print untuk 6 salinan tesis, perghhhhh!!!! Dari jam 9.00pm sampai ke 3.00am jugak baru selesai. Nak berhati-hati punya pasal, sebab tak nak silap print. Membazir ink dan kertas jer kalau silap print! Kesemua 6 salinan saya print. Tak nak hantar kedai untuk fotostat sebab kualiti gambar dalam tesis yang di'print' dan fotostat adalah jauh beza. Kualiti gambar yang di'print' lebih baik daripada yang fotostat sebab semua gambar perlu dalam greyscale color.


Nah, ini dia 6 salinan yang dihantar untuk hard-bound! Banyaknya sampai 6 salinan. Pecahannya adalah seperti berikut:

4 salinan untuk diserahkan kepada PPS (Pusat Pengajian Siswazah)
- 1 salinan untuk simpanan Pusat Pengajian Siswazah
- 1 salinan untuk simpanan Fakulti
- 1 salinan untuk simpanan Perpustakaan
- 1 salinan untuk diserahkan kepada Penyelia Pelajar

1 salinan untuk diserahkan kepada MOSTI sebab saya penerima Hadiah Biasiswa National Science Fellowship dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Salah satu syarat dalam perjanjian dengan MOSTI adalah menyerahkan satu salinan tesis hard cover setelah habis pengajian.

1 salinan lagi adalah untuk simpanan saya.

Setelah dihantar ke kedai untuk buat hard-bound, hu3...

RM30 x 6 buah = RM180... Bukan setakat jumlah itu sebenarnya untuk penghasilan tesis akhir ni. Serius, sangat banyak yang saya perlu berkorban. Namun semua itu rasa berbaloi apabila segalanya akhirnya tiba di penghujungnya...




Maka, untuk Ijazah Sarjana sudah selesai... Selepas ini apa?! Sementara semangat mahu belajar ni masih ada, baik diteruskan dengan peringkat PhD pula. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lanjar semasa pengajian PhD nanti. Amin.


Saturday, November 12, 2011

9 Siti Yang Patut Dijadikan Contoh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



1. SITI KHADIJAH

  • merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan sentiasa menyokong Rasulullah walaupun saat ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik. Menghantarkan makanan kepada Rasulullah ketika baginda beribadat di Gua Hira'.


2. SITI FATIMAH

  • anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Ali walaupun hidup miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang kala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, aku tidak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3. SITI AISHAH

  • isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4. SITI HAJAR

  • isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. Contoh pengorbanan seorang ibu mithali.


5. SITI MARYAM

  • wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa.


6. SITI ASIAH

  • isteri firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan seksaan yang dihadapinya daripada firaun laknatullah.


7. SITI AMINAH

  • wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan yang mulia.


8. SITI MUTI'AH

  • isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati. Berhias dengan cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja.


9. SITI ZUBAIDAH

  • wanita kaya dermawan yang menjadi isteri khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah.


9 Siti di atas merupakan petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalah rancangan Halaqah TV9 dengan topik 'SITI IMPIAN'. Masih wujudkah lagi Siti tersebut dalam wanita akhir zaman masa kini?!


Tuesday, November 08, 2011

Tanda-tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sekadar ingatan untuk diri sendiri agar sentiasa memperbaiki amalan dan bersedia melengkapkan diri untuk menghadapinya...



Saturday, November 05, 2011

Makanan Masyarakat Bugis Pada Hari Raya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Tentunya kebanyakan umat Islam pada masa ini sedang giat melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan Hari Raya AidilAdha yang insyaAllah bakal diraikan pada hari esok. Tak kiralah yang mana sedang bersiap-siap untuk balik kampung, berhati-hati memandu ye... Jangan lupa amalan sunat apabila ingin melakukan perjalanan yang jauh... Yang sedang memasak untuk juadah hari raya tu, jangan banyak main lak. Satg hangit pulak masakan tu...

Saya pulak?! Memandangkan sekarang sedang berada jauh beribu batu dari keluarga, dan dipisahkan oleh Laut China Selatan, hanya mampu mengirimkan doa saja. Terliur pula apabila mengenangkan juadah raya yang  biasa dimasak oleh ibu tercinta (masakan ibu tetap best in the world) apabila tiba hari raya. Nak tau tak antara juadah yang sering menjadi juadah raya bagi masyarakat Bugis adalah seperti berikut...

Buras yang siap dibungkus dan diikat sebelum dimasak.

Buras yang siap dimasak (kalau dalam bahasa Bugis, Burasa')

Buras ni diperbuat daripada beras (biasanya menggunakan beras wangi) yang dimasak dengan santan, kemudian dimasak dengan cara mengukus sehingga separuh masak. Beras bersantan yang separuh masak ini akan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan diikat dengan kemas untuk mengelakkannya pecah ketika dimasak/direbus. Yang ni memang makanan wajib setiap kali hari raya (aidilfitri mahupun aidiladha).


Ayam cina/bandar masak lengkuas.

Ayam kampung masak lengkuas

Menu wajib kedua adalah ayam masak lengkuas. Cara memasak menu ni agak complicated. Dah beberapa kali cuba untuk mendapatkan resepi dari mak, namun setiap kali raya, mesti mak yang akan masak sebab anak-anak perempuan dia semua ni masih belum boleh dipercayai untuk memasak menu ini. Hu3! Bila mintak resepi kat mak, masa nak tanya sukatan untuk bahan-bahan masakan, semua jawapannya pastilah, 'secukup rasa'. Haiyyak!

Lengkuas yang dihiris dan dimayang halus, direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pedasnya.

Bagi ayam masak lengkuas ni, ayam kampung adalah lebih sedap digunakan berbanding ayam bandar. Mungkin masa memasak menu ini yang agak lama membuatkan ayam bandar yang lebih lembut dagingnya cepat masak dan mudah hancur jika dibandingkan dengan ayam kampung yang lebih liat dagingnya. Daripada pemerhatian saya bila mak nak masak menu ni, bahan utama yang digunakan adalah lengkuas yang dihiris dan dimayang halus. Kemudian akan direbus selama sejam lebih untuk mengurangkan rasa pedas lengkuas tersebut sebelum dimasak dengan kunyit dan asam jawa serta beberapa bahan lain yang saya sendiri dah lupa! Hu3!

Ayam masak merah versi masyarakat Bugis.

Selain ayam masak lengkuas, ayam masak merah juga merupakan menu yang wajib pada pagi raya! Huarghhhh terliur sebentar melihat gambar di atas sambil membayangkan rasanya! Maaflah, tak dapat nak bagi resepi sebab tak reti nak masak. Namun apa yang saya perasan, ayam (menggunakan ayam bandar, ayam kampung kurang sesuai untuk menu ini) tersebut akan digoreng terlebih dahulu dan diasingkan sebelum dimasak bersama-sama dengan kuah masak merah. Masa makan tu, akan rasa rangup-rangup sikit. Sedapnya.....

Tumbu' pulut hitam

Cara membuat dan memasak tumbu' adalah sama dengan buras. Bezanya hanya pada beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat tumbu'. Menu ni pula, jarang sekali mak buat. Menu alternatif la kiranya. Gambar di atas ni pun ambil masa makan kat rumah mak saudara raya puasa yang lepas. Ada lagi satu menu iaitu dipanggil sawa'. Bezanya dengan tumbu' adalah, sawa' akan dibungkus menggunakan daun kelapa yang muda. Sawa' jarang dihidangkan sebagai menu raya, tetapi lebih kepada menu semasa aqiqah.

Tapai pulut hitam dan putih

Tapai pulut hitam dan putih ni dah lama mak tak buat. Susah gak nak buat ni. Biarpun bahan-bahannya hanyalah pulut yang telah dimasak kemudian digaul dengan ragi. Bila salah sukatan ragi, mesti tak jadi. Nak menunggu jadi atau tak tapai ni pun ambil masa jugak. Sebab lepas digaul dengan ragi, pulut yang telah dibentuk bulat-bulat seperti gambar di atas akan diperam (untuk menjalani proses penapaian) dalam periuk yang dibungkus dengan kain selama beberapa hari. 3-5 hari ada kot... Kalau tak menjadi, biasanya rasa tapai akan tawar dan kurang manis. Jangan risau, tapai ni tak pernah lagi bikin mabuk okeh!

Soto makassar

Menu soto makassar ni pula agak baru buat menu hari raya dalam keluarga kami. Jika menu-menu yang lain di atas menjadi menu turun-temurun, soto makassar ni pula baru 2/3 tahun lepas menjadi hidangan di hari rasa. Biasanya mak hanya masak bihun sup saja. Apa yang menjadikan soto makassar ini lain daripada soto/sup yang lain adalah pada kuahnya, yang mana kuah sup soto makassar ini akan dicampur dengan kacang tanah yang telah digoreng, dibuang kulit dan dikisar sebelum dicampurkan ke dalam kuah sup. Perghhhhhh!!!! Marvelous bila dimakan panas-panas dan pedas-pedas!

Begitulah sedikit pengenalan mengenai makanan Bugis yang menjadi hidangan wajib pada hari raya. Maaflah, tak dapat nak kongsi resepi sebab saya sendiri tak reti lagi nak masak menu-menu di atas. Cuci mata je la ye...


Wednesday, November 02, 2011

Gebunya dia ni...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh, entri berikut dibuat atas permintaan seorang sahabat untuk mempromosikan gambar anak buahnya untuk satu contest dalam Facebook ni. Sila lihat gambar berikut...


Nama saya MYA IMAN HUMAYRA BINTI MOHD HAFIZAN... Comel tak Mya?! Gebu tak Mya?! Kalau comel, kalau gebu, nak mintak tolong kat untie2 dan uncle2 semua boleh tak?! Nak mintak tolong kat untie2 dan uncle2 semua tolong 'like' gambar Mya kat satu contest dalam Facebook ni, Baby Hippo Contest. Untie2 dan uncle2 semua cuma perlu klik pada gambar Mya kat atas ni untuk pautan ke Facebook. Kemudian, untie2 dan uncle2 semua klik 'like' je pada gambar saya tu. Jasa untie2 dan uncle2 semua sangat Mya hargai... Muahhhhhhhhhh kat untie2 dan uncle2 yang sudi 'like' tu.