BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Sapa tengok Buletin Utama malam ni, ada laporan tentang kejadian ribut magnet yang akan melanda bumi pada bila-bila masa yang terdekat ni. Ia dikatakan yang terburuk dalam tempoh 6 tahun akibat daripada aktiviti matahari. Maklumat lanjut, saya kongsikan artikel dari penulis blog Its All About Journey.
Ribut Magnet atau lebih dikenali sebagai Geomagnetic Storm bakal melanda bumi pada bila-bila masa (sejak entry ini dipublish) Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil.
Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)
Macam mana terjadi?
Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!
Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita
Apakah kesannya?
Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat
Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan
Meminimumkan kesan
Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?
Kat Malaysia?
Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah sementara. Jangan duk komplen kat TNB pulak ye depa tak buat kerja
Berdoalah supaya kita terus selamat. Nak tengok live update, klik sini.