follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, January 14, 2012

Jalang Kot*e(tuttttttttttt...) Agak lucah untuk ditaip sebagai tajuk entri!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Sukar untuk diterima oleh sesetengah orang, namun itulah nama resepi yang saya nak kongsikan dalam entri ni. Resepi kuih ni merupakan resepi kuih muih kaum Bugis. My mom yang ajar. Resepi sangat mudah dan sangat sedap pada tekak saya. Tetiba lak nak makan hujung minggu ni.

Oklah, nama resepi ni kalau dalam masyarakat Bugis dipanggil 'Jalang Kotae'... Agak lucah kedengarannya. Namun itulah nama resepi tersebut. Namun kat sini saya gelar resepi ni sebagai 'Karipap Megi', sebab luarannya kuih ni kelihatan seperti karipap dan intinya adalah megi goreng.


RESEPI KARIPAP MEGI




BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan inti:
  • 4 keping mi kering atau blh digantikan dengan 2 bungkus mi Maggi
  • Sayur kobis yang dihiris nipis-nipis
  • 2 biji bawang merah dihiris nipis
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis


Bahan-bahan doh:
  • 300g tepung gandum
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu mentega
  • sedikit garam
  • 1 cawan air sejuk (lebih kurang)


Bahan-bahan pencicah:
  • 10 biji cili padi (bergantung kepada pedas kesukaan anda)
  • Limau kasturi


CARA-CARA:

Untuk inti:
  1. Rebus megi dalam air mendidih kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak di atas kuali. Tumis bawang merah yang telah dihiris nipis-nipis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sayur kobis dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan megi yang telah direbus dan ditoskan tadi.
  5. Tambahkan lada sulah, garam dan ajinimoto secukup rasa.
  6. Siap! Angkat megi goreng tersebut dan sejukkan.


Untuk doh:
  1. Gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  2. Masukkan sedikit garam dan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.


Seterusnya:
  1. Ambil sedikit doh kemudian canai di atas permukaan yang bertepung.
  2. Ambil doh yang telah dicanai dan masukkan inti megi di atas.
  3. Kelim bahagian tepi. Nak mudah, guna acuan karipap. Saya elakkan untuk guna acuan karipap tu sebab mudah terbuka bila digoreng kelak.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.


Untuk pencicah:
  1. Tumbuk cili padi sehingga lumat.
  2. Perah dengan jus limau kasturi.
  3. Bubuh garam dan ajinimoto secukup rasa.

Okeh siap semuanya untuk dimakan! Cara nak makan, kih3 ade cara jugak nak makan rupanya. Untuk betul-betul menikmati kesedapannya, gigit salah satu hujung karipap, pastu bubuh asam pencicah dalam karipap tu. Kalau makan masa panas-panas, dengan pedas-pedas, perghhhh!!! Memang berpeluh! Cubalah...

Siap untuk digoreng. Yang ni saya bubuh dalam peti ais untuk digoreng kemudian sebab dah makan banyak sangat! Hu3!
Selamat mencuba!


15 comments:

Cik Lia Lomi said...

wah, macam sedap jer..memang agak lucah..

Fella Ferina said...

nampak sedapp..
tapi namanya agak tak sopan gitu..
hehehhe.
em ada nama lain tak?
hihi

LUNA LANUN said...

Cik Lia Lomi - huk3! tak dpt dielakkan... memang tu la nama dia! huk3!

si pena ♥ said...

saya terer buat kuih nie sbb saya biasa jual nie kuih. mak saya ajar. Sedap kan kuih nie. Well, saya anak bugis. Mmg padan la tau kuih nie. :)

LUNA LANUN said...

Fella Ferina - pgil karipap megi je la... hu3...

si pena - ari tu pnah bg kawan cuba, dia bilang tak sedap pun... hu3... bugis je kot yg suka.. sama lah macam budu, org pntai timur bkn main lg kata sedap, tp bg saya... x sedap punn... ikut tekak masing2 gk...

El said...

sesungguhnya rupa karipap ni menakutkan sungguh. mau sakit jantung mak bedah bila gigit karipap ni nampak mee yg disangkakan ulat.


tak karipap-karipap cinta langsung la camni.

Elfrida Chania said...

hey nice blog! I love your header!! :)



http://elfridachania-words.blogspot.com

~Filzati Zulkepli~ said...

karipap maggi ! wahh, nak kena try ni sbb nampak gambar pun dah sedap. muehehehe

si pena ♥ said...

eya betul tu...ikut selera masing juga la kan.. ada suka ada tak suka.. hehe.. ba boleh la kak luna menjual kuih nie.. :)

LUNA LANUN said...

Filzati Zulkepli - try la... tp x jamin tau samada blh diterima oleh tekak anda ataupun x.. lain org lain citarasanya.. :P

si pena - hu3... buat utk mkn sndri sja...

ctie anis said...

kite panggil epok-epok..:D

Wawa Tasliman said...

hurmm nampak menarik dan sedap...

anitadiana said...

luna 1st time dengar ne....nampak menarik...nanti kak ita nak cuba lah..

crunchycookies said...

cm sedap jer karipap nie..mesti besh..:)

Marlina said...

mmg sedap..sy pon suka jalan kote nie.. ;p