follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, August 06, 2012

Nasihat Kubur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hanya perlu luangkan waktu tidak sampai 3 minit untuk membacanya...




1. Aku adalah tempat yg paling GELAP di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJJUD.

2. Aku adalah tempat yang paling SEMPIT, maka luaskan aku dengan berSILATURRAHIM.

3. Aku adalah tempat yang paling SEPI, maka ramaikanlah aku dengan perbanyak BACA AL-QUR'AN.

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan, maka racunilah ia dengan SEDEKAH.

5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak Solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)


Sunday, August 05, 2012

Lee Chong Wei, Kau Tetap Wira Di hati Rakyat Malaysia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum....

Sedih?! Bohonglah kalau tak sedih... Sebab Impian Emas Olimpik Malaysia yang disandarkan kepada pemain perseorangan badminton negara, Dato' Lee Chong Wei nampaknya punah di tangan Lin Dan.


Keputusan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012:
  • SET 1 : Lee Chong Wei 21-15 Lin Dan
  • SET 2 : Lee Chong Wei 10-21 Lin Dan
  • SET 3 : Lee Chong Wei 19-21 Lin Dan


*mood : aku berhenti berharap untuk makan eskrem Baskin-Robbins for free this wednesday... Hukhukhuk!


Thursday, August 02, 2012

3 Stories Sandwich (Sandwich 3 Tingkat)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Selamat menjamu selera berbuka puasa semua readers... Cuma ingin kongsi menu berbuka puasa yang simple tapi cukup mengenyangkan, menyihatkan, nutrisi lengkap dalam satu hidangan. Ada sumber karbohidrat dari roti untuk menggantikan nasi untuk membekalkan tenaga. Ada sayur, ada lauk, tidak berminyak, bla... bla... bla... Dalam satu pinggan.

Waweeee... Meleleh air liur tengok lelehan sos dan mayonis itu...

Saje je bagi nama sandwich 3 tingkat sebab saya guna 3 keping roti sandwich. Keh3... Baiklah, menu ni senang je nak sediakan. Main susun bertingkat-tingkat jer... Okeh, mari tengok susunan bahan-bahan menu di atas... Bermula dari tingkat bawah ke tingkat atas okeh...


  • roti sandwich
  • helaian sayur kobis (boleh gantikan dengan daun salad)
  • daging burger yang digrill menggunakan non-stick pan (ayam/daging ikut suka tekak engkau org)
  • keju keping
  • sos cili dan mayonis
  • roti sandwich
  • helaian sayur kobis (boleh gantikan dengan daun salad)
  • telur mata kerbau
  • sos cili dan mayonis
  • roti sandwich

Daging burger tu saya masak atas non-stick pan untuk mengelakkan penggunaan minyak. Tapi kalau rasa kering sangat, leh buh minyak zaitun sikit. Pastu tabur lada hitam atas daging tuh!

Nak modified untuk tambah menatang lain pun boleh, janji kena dengan tekak engkau orang. Selalunya saya buat dua tingkat je macam gambar kat bawah ni... Tapi mungkin sebab nafsu/lapar, tu yang buat sampai 3 tingkat. Masa nak makan tu, engkau orang nganga la seluas-luasnya. Hahahaha... Serius sangat mengenyangkan!



Jemput makan...


Wednesday, August 01, 2012

Rahsia Trafik Blog Naik Sehingga 2500 Unique Visitors Sehari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Analytics from Nuffnang untuk seminggu sehingga semalam...

Apa macam?! Mabeles kan?! Boleh bandingkan sendiri UV dalam masa seminggu ni dengan semalam! Tiba-tiba mencanak sampai berkali2 ganda! Empunya blog Luna Lanun ni pun terperanjat beruk sebentar dibuatnya!

Punca trafik datangnya dari artikel yang menjadi bak goreng pisang panas itu semalam adalah:


Apa sebenarnya yang berlaku?! Dari mana datangnya UV yang tiba-tiba sahaja membanjiri artikel/entri tersebut?! Mari lihat analytics from Nuffnang berikut...

Punca trafik untuk hari ini... Yang semalam punya tak sempat nak captured!

Punca trafik semalam juga adalah dari laman yang sama seperti berikut:

Terima kasih banyak-banyak buat penulis blog-blog di atas (rasanya penulis yang sama untuk semua blog tu), sebab tolong beri trafik yang banyak itu kepada blog saya.

Namun, setelah melihat sendiri entri-entri yang dipautkan (backlink) ke entri dalam blog ini seperti yang dinyatakan di atas, cuma ini komen balas saya...

Penggunaan gambar-gambar dalam entri tersebut terang-terangan cuba MENGAIBKAN dan MENFITNAH penulis (Luna Lanun) serta sahabat-sahabat penulis yang terbabit dalam gambar-gambar tersebut, sedang melakukan pesta maksiat, PERGAULAN BEBAS TANPA BATASAN antara lelaki dan wanita bukan muhrim, tak solat dan lain-lain tuduhan negatif, di waktu berbuka puasa.

Tindakan tersebut sangat TIDAK PROFESIONAL dan TIDAK BERETIKA buat seorang penulis blog.

Saya bukan tidak setuju 100% dengan pendapat yang saudara utarakan dalam penulisan saudara. Ya mungkin ada benarnya, mungkin berlaku, atau memang berlaku, namun saudara tidak seharusnya menjadikannya sebagai asas untuk melabelkan kesemua pengunjung yang berbuka puasa di padang itu sedang melakukan maksiat. Kalau pun ingin menggambarkan suasana maksiat yang berlaku di padang tersebut, sepatutnya penulis blog tersebut mengambil gambar sendiri (gambar-gambar yang menunjukkan maksiat berlaku, PERGAULAN BEBAS antara lelaki dan wanita, tak menutup aurat, pasangan yang bercumbuan dsb), dan bukannya menjadikan gambar-gambar dari blog Luna Lanun tersebut sebagai rujukan untuk menggambarkan keadaan tidak senonoh itu.

Sebagai seorang penulis blog yang PROFESIONAL dan BERETIKA, walaupun anda mengambil gambar sendiri yang menunjukkan keadaan maksiat tersebut, gambar-gmbar tersebut sepatutnya di'blur'kan pada bahagian muka untuk tujuan TIDAK MENGAIBKAN MANA-MANA PIHAK. Sebagai seorang yang beragama ISLAM, ditambah pula dibulan yang mulia ini, tentunya saudara sudah maklum, bukankah agama kita melarang kita membuka aib orang lain?! Ingin menegur, ingin mengutarakan pendapat melalui penulisan blog, tidak salah, namun biarlah mengikut landasan yang betul.

Selain MENGAIBKAN penulis dan rakan-rakan penulis yang terlibat dalam gambar-gambar tersebut, saudara juga sedang menyebarkan fitnah terhadap kami, takut sia-sia puasa Ramadhan saudara nanti...

Di bulan yang mulia ini, penulis blog Luna Lanun (tidak termasuk rakan-rakan yang terlibat dalam gambar-gambar berkenaan) MEMAAFKAN saudara atas tindakan itu, namun TIDAK MENGHALALKAN penggunaan gambar-gambar tersebut dijadikan sebagai rujukan saudara untuk menggambarkan keadaan maksiat yang ingin saudara utarakan dalam penulisan saudara.

Mohon kerjasama dari pihak saudara untuk menurunkan kesemua gambar-gambar dan juga link-link entri serta artikel yang ditampalkan dalam beberapa buah forum demi menjaga maruah sahabat-sahabat penulis yang tidak bersalah sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

Sekian terima kasih.

Kepada semua pembaca yang membaca entri tersebut dan entri dalam blog Luna Lanun yang dikaitkan dengan pesta maksiat tersebut, sila guna akal waras anda untuk menilaikannya sendiri.