follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, August 17, 2011

Meriahnya Suasana Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum.... Sedang bersiaran secara langsung dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Oh ya, masjid ini menyediakan perkhidmatan wireless secara percuma yang hanya boleh diaccess dari dalam masjid.

Okeh berbalik kepada perkara tajuk, jika anda mengunjungi bandar Kuantan pada bulan Ramadhan, ingin mencari bazar ramadhan, ingin berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang cukup-cukup santai dan relaks seperti suasana berkelah, maka saya syorkan anda berbuka di Padang MPK yang terletak bersebelahan dengan masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah.




Padang ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di sekitar bandar Kuantan, malah juga dari luar bandar Kuantan setiap kali bulan Ramadhan. Ia disebabkan oleh kedudukannya yang sangat strategik. Selain kawasannya yang sangat luas, bazar ramadhan dan masjid negeri juga terletak bersebelahan dengan padang ini, yang akan memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka, seterusnya menunaikan solat Maghrib selepas berbuka di padang berkenaan. Maka, anda tidak perlu terkejar-kejar mencari masjid atau surau selepas berbuka.

Deretan gerai-gerai bazar ramadhan yang boleh dilihat dalam gambar berikut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum duduk di atas padang menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka puasa.






Anda boleh melihat padang yang dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa berlatar belakangkan Masjid Sultan Ahmad Shah pada gambar-gambar di bawah.








Tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama  keluarga dan juga rakan-rakan. Anda boleh saksikan sendiri ada yang membentangkan tikar. Tidak kurang mereka yang membawa juadah sendiri dari rumah. Menjadikan suasana di sini tidak ubah seperti sebuah kawasan perkelahan.






Owh, jika anda bercadang untuk makan directly menggunakan tangan, sila sediakan air basuhan tangan okeh. Melainkan kalau anda rasa anda sanggup ke tandas awam ataupun masuk ke dalam masjid semata-mata untuk membasuh tangan sebelum makan.








Amacam?! Seronok kan?! Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merasai suasana seperti di atas, bolehlah mengunjungi Padang MPK tersebut.


13 comments:

Umedia Network said...

Wah!!! Serius best !!! Tapi jauh pula nak pergi. huhu. Lepas buka je trus tarawih. huhu. Masjid dkt. :)

Mimie. said...

Last week bbuka kt situ.serius ramai gila n jam sgt2.takpernah ktn jam smpai mcmtu.hihi :P

cik najihah said...

baru je tadi berbuke kat sini..saaangat ramai..hohoh mcm semut

damha said...

bestnyer suasana berbuka posa yg semacam nie...tentu meriah kan...*_*

Ibu Ya @ Aspen said...

eh seronoknya...macam dkt masjid putrajaya dan masjid negeri kat shah alam...tapi bukan atas padang la

Oh Oeya said...

Wahhh! Best! Meriah!

ahm ahmad said...

best..best..azan straight masuk telinga..nak solat pun dekat..

Adzriel @ Liza AB said...

meriahnya... rindu kuantan

ciEk NiENa said...

oh, serius rindu kuantan., hurm, sem ni cuti 4 bulan sampai pas raya, xdapat la nak bukak pose ngn kawan3 kt padang mpk.. urm..

syieda_joy said...

bestnya..dpt mkn rmai2...^_^

aizat nasri said...

Tak best pun. Sesak. lepas tu bercampur lelaki perempuan. kadang2 ada yg lepas buka balik terus. haish. Harap mereka berubah insyaAllah.

Anonymous said...

kalau berbuka ramai2 tu bersama famili xpe la, ada bagusnya, mengeratkan sillaturrahim..tapi kalau ramai2 tu campur budak2 muda laki ppuan duduk sama bergaul, x manis la plak dipandang kan..

Anonymous said...

masjid penuh tak lepas buka puasa? xde gambar suasana solat maghrib beramai-ramai lepas berbuka? masjid dekat sangat kan?