BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dalam 10 Ramadhan yang terakhir inilah dikatakan akan berlakunya malam qadar. Maka carilah malam itu pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan ini. Alangkah ruginya manusia apabila malam-malam terakhir ini, yang dicari hanyalah kuih rayanya, baju rayanya, perabot rayanya, langsir rayanya dan segala yang berkaitan dengan rayanya sahaja.
Assalamualaikum... Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan usia untuk menyempurnakan ibadah sehingga malam ke-21 dalam fasa ketiga Ramadhan ini. Sebagaimana yang umum kita ketahui bulan Ramadhan dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
- Fasa pertama : 10 Ramadhan yang pertama adalah rahmat.
- Fasa kedua : 10 Ramadhan yang kedua adalah keampunan.
- Fasa ketiga : 10 Ramadhan yang terakhir adalah pembebasan dari api neraka.
Dalam 10 Ramadhan yang terakhir inilah dikatakan akan berlakunya malam qadar. Maka carilah malam itu pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan ini. Alangkah ruginya manusia apabila malam-malam terakhir ini, yang dicari hanyalah kuih rayanya, baju rayanya, perabot rayanya, langsir rayanya dan segala yang berkaitan dengan rayanya sahaja.
Pada hari Khamis yang lepas sempat menonton rancangan Semanis Kurma di TV9 dengan tajuk Rebut Kasih Ramadhan. Salah seorang tetamu jemputan dalam rancangan itu ialah Dato’ Abu Hassan Din, seorang pendakwah yang tidak asing lagi di Malaysia. Menurut beliau, tiada hadis yang menyatakan tanda-tanda bila berlakunya malam qadar dengan tepat. Hanya hadis mengatakan bahawa, carilah malam qadar tersebut pada malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan. Tanda-tanda berlakunya malam qadar hanya boleh dilihat pada keesokan harinya yang mana apabila terbit matahari, cahayanya lemah sehingga ke tengahari. Waktu malam qadar adalah bermula dari masuk waktu Maghrib sehingga ke waktu Subuh.
Manurut beliau lagi, tanda-tanda berikut yang biasa dimomokkan dalam masyarakat Melayu kita mengenai malam qadar adalah ‘cerita kartun’ semata-mata. Antaranya:
- Pokok-pokok semuanya sujud ke tanah.
- Air menjadi beku.
- Angin berhenti bertiup.
- Udara menjadi sejuk
Ianya tidak bersandarkan kepada mana-mana hadis. Tanda-tanda yang pertama tu memang saya dah biasa dengar dan baca dari zaman sekolah rendah lagi. Rupanya ianya hanya auta semata-mata. Caitttt....
Selepas solat tarawikh dan witir di masjid ni tadi, diadakan satu sesi ceramah Ramadhan. Ustaz yang bagi ceramah tu ada menyebutkan bahawa, menurut pandangan Imam Al-Ghazali, Sekiranya puasa jatuh pada hari Isnin, maka malam qadar akan berlaku pada malam 21 Ramadhan iaitu pada malam ni. Namun ada juga pandangan yang mengatakan malam qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan.
Kesimpulannya, bila pun malam qadar itu ditakdirkan berlaku, sebagai hamba Allah yang bersungguh-sungguh ingin merebut malam tersebut perlu sentiasa mempersiapkan diri bermula dari awal Ramadhan lagi. Dan memperkuatkan lagi amalan ibadah kita di 10 malam terakhir ramadhan ini. Maka perbanyakkanlah membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat serta berzikir mengingati Allah. Banyakkan berdoa semoga Allah sentiasa memberikat kesihatan dan kekuatan kepada kita untuk melakukan yang terbaik untuk merebut segala ganjaran yang telah dijanjikan buat kita. Jangan pernah kata, takpelah, tahun depan ka nada lagi. Ya memang, tahun depan memang ada lagi, namun sejauh mana kita yakin bahawa kita masih hidup sehingga Ramadhan akan datang?! Fikir-fikirkanlah…
Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam-malam yang akhir ini.
p/s: artikel ni sepatutnya saya publish semalam lepas solat terawikh kat masjid tu, tp memandangkan wi-fi dalam masjid tu kejap ada kejap takde, tu yang tak ter'publish' semalam.
Okeh tambahan sedikit memandangkan ada yang bertanya... Yang ni pun saya ambil dari petikan-petikan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dalam beberapa rancangan tv mengenai soal jawab agama sepanjang bulan Ramadhan ni. Baiklah, pasti akan timbul persoalan mengenai amalan bagi wanita yang tidak boleh berpuasa sama ada yang sedang dalam haid ataupun nifas. Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah membezakan hamba-hamba-Nya dalam pemberian pahala. Terpulang kepada hamba-hamba-Nya sama ada ingin merebut pahala tersebut atau hanya membiarkannya sahaja. Perlu diketahui bahawa, ganjaran pahala untuk setiap perkara kebaikan yang dilakukan pada malam qadar itu menyamai pahala melakukannya selama 1000 bulan. Jadi persoalannya, adakah wanita yang tidak boleh berpuasa itu, tidak boleh melakukan kebaikan?! Antara amalan yang boleh dilakukan oleh golongan wanita seperti ini antaranya memperbanyakkan zikir (Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar, walaahaula walaaquwwata illabillah). Basahkanlah lidahmu dengan zikrillah...

8 comments:
info yg berguna..
marilah sama-sama kita rebut kasih ramadan..
subhanallah
Ohh yeke ? hurmm tp kalau yg period cmner eh ? kita tiap2 thn time lailatul qadar mesti period . erkk . terbatas sikit lah kan ...
susah nak cari.. masih lagi mencuba..:-)
Thx sharing Luna :)
alhamdulillah..smoga Allah berikan hidayah buat kita..di bulan berkat ni.
bagus entri neh..:)..
memang betul la ada auta bab2 awk kata pokok2 semuanya sujud ke tanah dan bla bla bla..
sesiapa yang mengejar malam lailatuqadar sememangnya insan yang bertuah..:)..coz rahmat pahala begitu besar sekali..
terbaekkkkkk
Post a Comment