follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, August 24, 2011

Indahnya Sungkai dan Sahur di Kampung

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Alhamdulillah, sudah selamat tiba di Papar, Sabah dalam jam 7.00pm smlm. Pagi semalam waktu subuh di Kuala Selangor jam 6.00am, lepas tu berbuka puasa di Papar jam 6.30am, awal 1 jam dari orang lain... Hahahaha... Sekali pagi ni, azan Subuh berkumandang jam 4.50am, amik kau!

Kalau datang Sabah, pintu masuk mesti kena lalu kaunter imigresen. Sama macam di Sarawak. Kena tunjuk kad pengenalan ataupun pasport. Kalau bukan local, nanti engkau orang akan diberikan resit permit menetap di Sabah untuk tempoh 30 hari (kalau tak silap) dari tarikh mendarat.


 



Dalam perjalanan balik dari airport ke rumah semalam, sempat singgah kat bazar ramadhan  Kem Lok Kawi. Caittttt... Ingat nak cari makanan Sabah memandangkan dah sampai Sabah ni, sekali bila samapi di bazar ramadhan ni, kebanyakan peniaga di sini adalah dari semenanjung, maka makanan pun masing-masing makanan dari semenanjung. Biasalah kem tentera...






Hah, landasan keretapi di Sabah ni, tadak pagar-pagar macam kat semenanjung. Sebab keretapi Sabah adalah keretapi zaman perang dunia kedua yang menggunakan sumber kuasa dari arang. Bukan pakai elektrik, maka landasan keretapi tak terdedah kepada bahaya elektrik. Lagipun kekerapan keretapi lalu pun adalah rendah.

Waktu petang kalau kat kawasan penempatan, landasan ni menjadi tempat bersantai penduduk tempatan. Huhuhuhu...





Setibanya di rumah, bertemu dengan orang baru ni. Baru takdelah baru mana pun, dah nak setahun. Ni baru pertama kali jumpa anak buah saya yang sorang ni. Chubbynya kau ni Qisha!




10 comments:

Kancil 8349 said...

Selamat kembali ke Sabah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada Kancil di Tawau...:)

Oh Oeya said...

Wah! Happy nyer dah sampai kampung eikk Luna :)

Moga sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga :)

Azrin- Melaka said...

Salam Aidilfitri.untuk tuan punya blog dan seisi keluarga agar sentiasa di rahmati ALLAH.

LUNA LANUN said...

Kancil8349 - terima kasih... insyaAllah raya kedua akan berada di tawau pulak!

Oh Oeya - hik3! memang best! TQ.

Azrin-Melaka - mcm kenal jer... Melaka tu kt alor gajah ker?! hik3!

eliyaezlinalias said...

selamat hari raya!!!

KSWSK said...

Org semenanjung dah ramai yg duk Sabah tu sbb sbb makanan smenanjung pun byk kat sana

LUNA LANUN said...

eliya slmt hari raya juga... :)

KSWSK - tengok kawasan jugak... klu kwsn kem askar memang ramai...

Kancil 8349 said...

Wah...bolehlah jumpa nie kan...hehehehe...sayangnya Kancil berada di Semporna...ndak ada jodoh kita...

LUNA LANUN said...

kancil - pergi Tawau pun sehari ja. raya ke-3 dah blik papar semula...

Kancil 8349 said...

wah....kejap juga...apapun selamat datang ke Tawau nanti...jangan lupa makan buras dan ampalang...hehehe