follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, August 14, 2011

SIHIR Part 4 - Rawatan Untuk Orang Yang Terkena Sihir

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Artikel Part akhir ini merupakan sambungan kepada entri-entri berikut:
  1. SIHIR Part 1 - Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir
  2. SIHIR Part 2 - Antara Tanda-Tanda Terkena Sihir
  3. SIHIR Part 3 - Cara Menghindari Sihir

Berikut merupakan satu kaedah untuk merawat orang yang terkena sihir yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa dalam kelas beliau.

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini digunakan semasa memandikan mayat dan jin takut pada daun bidara), ditumbuk/digiling (perbuatan simbolik untuk menghancurkan perbuatan jin).

2. Sambil menumbuk/menggiling daun-daun bidara ini, baca surah-surah dan ayat-ayat berikut:

  • Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah, ayat 255)


"Allah, tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melaikan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah menkehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."

  • Surah Al-Kafirun


"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak akan menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."

  • Surah Al-Ikhlas


"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah itu satu. Allah tempat meminta. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang serupa denganNya."

  • Surah Al-Falaq


"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Daripada kejahatan makhluk yang diciptakanNya. Dan daripada kejahatan gelap (malam) apabila ia masuk. Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk (tukang sihir) yang menghembus-hembus pada simpulan tali. Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya."

  • Surah An-Nas


"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara manusia. Raja kepada manusia. Tuhan kepada manusia. Daripada kejahatan was-was syaitan yang meragukan. Yang membisik-bisikkan dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia."

  • Surah Yunus, ayat 81


"Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya; sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan."

  • Surah A'Raf, ayat 120-121


"Dan ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud. Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam."

  • Surah Thaahaa, ayat 69 mulai "Wala yuflihus..."


"Dan ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan di mana saja dia berada."

2. Campurkan daun yang telah digiling/ditumbuk tadi ke dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Lakukannya semasa masuk waktu Maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Lakukan 41 hari secara berturut-turut adalah lebih digalakkan. Namun jika selang sehari dua juga boleh, cuma jangan sampai selang seminggu.

6. Sekiranya masih belum sembuh, ulangi langkah sama selama 41 hari lagi. Berkemungkinan ianya adalah sihir yang kuat.

7. Selain mandi, "kaedah kering" juga boleh dilakukan dengan membaca surah-surah dan ayat-ayat di atas sambil menyapu kepala pesakit.

Sekian, Wallahu a'lam.

p/s: Sekiranya anda ingin print out atau save artikel ini, saya cadangkan anda menggunakan Print Friendly & PDF. Cuma perlu masukkan url etri ini, kemudian anda boleh convert ke PDF atau terus print out. Lebih kemas. :)


8 comments:

Nurhasliza Nordin said...

Bagusnya entry ni. Terima kasih. =)

Fadzli Amir said...

Salam kenal...info yang baik...

Marina said...

info yg berguna...takutla sihir2 ni...

Qaseh Dalia said...

mintak dijauhkan

Ain Atika Zailani said...

thanks for sharing!!=)

budoxe said...

semua telah di baca~ tq 4 sharing

Adamssein said...

Assalam, bener-bener manfaat,
saya juga menukil masalah dunia pelet ini simak http://www.adamsains.us/2011/08/trik-menghilangkan-pengaruh-ilmu-pelet.html

Zay said...

thank you for sharing! amat bermanfaat. thank you sangat2! :)