follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, August 09, 2011

Duit Raya Buat Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Wahai sekalian penjawat awam dan juga sekalian pesara kerajaan, silakan senyum sampai ke telingan kerana kamu sekalian bakal menerima habuan duit raya setengah bulan gaji atau minimum RM500 pada pertengahan bulan ini! Hahahahhaa... Wang besar! Wang besar! Alhamdulillah...

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber: Bernama


8 comments:

azam said...

jelesnya......hehehe

azu said...

sgt beruntung kan!gunakan duit sebaik2 nya! jom singgah!
http://azumie.blogspot.com/2011/08/nak-buat-apa-dengan-bonus-raya.html

'mitchie' yusoff said...

perghh ... leh mntak baju raya lebih ni...

KuNanGKuNanG said...

wah bestnye..kite keje swasta so nk korek duit dr mane ye.he3

damha said...

yahooo dpt duit raya...he333..
tq kerajaan yg prihatin...

wanmus said...

wahh masing-masing dah berkira nak habiskan duit raya tu kat mana nampaknya..hoho bilerlah boss nak bagi bonus ni

cIk PikA said...

wahhh.. byk2.. boley la cik luna blnje ek.. hehehe

LUNA LANUN said...

PikA - halamak... salah org la nk mntk kt saya... poket berabuk jer... tak berduit.. sbb sy tak koje lagi... huk3!