BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Kata kakak sebelum ni due adalah pada 12 September 2011, tapi tengahari semalam dah contraction. Mulanya hantar dia ke hospital untuk tujuan scan saja, sekali kena tahan terus dan masuk labor room terus. Kesian kat kakak, suami dia tak sempat nak sampai sini memandangkan dia masih lagi dalam perjalanan dari Kuching, Sarawak ke sini (Papar, Sabah) memandu kereta. Lokasi petang tadi semasa kakak dah nak bersalin, katanya baru sampai Bintulu, Sarawak.
Pesan abang ipar kepada saya, "Nanti kakak masuk dalam bilik bersalin, kau temankan dia ya sebab kau saja tu yang berani. Yang lain-lain semuanya nda berani tu. Jangan lupa kasi tau tu doktor, suruh inject ubat epidural untuk kurangkan rasa sakit masa dia bersalin nanti." Sekali nurse tak kasik masuk daaaa... Maka tercongok saja la kat luar.
Baru setahun lebih, dah dapat adik. Sian kat Qisha. Masih belum puas nak bermanja dengan ibu dia. Budak ni terkebil-kebil saja tengok ibu dia menahan sakit sewaktu ibunya ditolak dengan wheelchair masuk ke bilik bersalin. Biasanya bila tengok ibu dia, dia mesti nak minta dukung.
Penat sangat bermain. Akhirnya ketiduran dalam kereta. Terpaksa hantar dia balik rumah dulu.
Lebih kurang jam 4pm, maka lahirlah si kecil ni. Nasib baik tak lama. Lebatnya rambut dia. Muka lebih kurang macam anak buah yang pertama masa lahir dulu. Tapi menurut mak, wajah 'orang baru' ni tak ubah macam muka kakak dia, baby Qisha.
Semalam merupakan malam yang pertama baby Qisha tak tidur dengan ibu dia. Punyalah susah kami nak tidurkan dia. Sedih je dia tengok orang-orang yang nak menidurkan dia tu bukan ibu dia. Dah la ayah dia pun tak sampai rumah lagi. Dari jam 9.30pm cuba memujuk dia untuk tidur. Macam-macam cara kami buat, dia tetap tak boleh nak tidur. Walaupun dia boleh nak pergi dan bermain dengan sesiapa saja, namun waktu tidur malamnya harus ditemankan oleh ibunya.
Namun mungkin dek keletihan, akhirnya saya berjaya pujuk dia tidur pada jam 11.00pm. Urghhhh... Susah gak nak pujuk dia tidur.

Terpaksa tidur bukak lampu. Sebab dia nangis kalau tutup lampu.
3 comments:
tahniah luna ! wahh comel gila anak sedara luna ! :D
alo..tomeynye... ^^
die takut kot gelap sgt hehe.. comel anak buah luna tu :)
Post a Comment