follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, July 21, 2012

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Salam 1 Ramadhan 1433H semua pembaca blog LUNA LANUN... Sempena bulan yang mulia ni, marilah kita rebut semua ganjaran yang ada di dalamnya.


Banyak kan?! Cuma terpulang pada kita sama ada nak rebut atau nak biarkan ia berlalu begitu saja. Atau nak tunggu Ramadhan tahun depan pula baru nak rebut?! Seyakin mana kita akan masih hidup sehingga Ramadhan seterusnya?!


Friday, July 20, 2012

Welcome Ramadhan 1433H

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh-Nya sehingga ke hari ini dan semoga sentiasa dipanjangkan umur untuk bertemu dan bersama Ramadhan 1433H hingga ke penghujungnya. Amin.


Semoga Allah berikan kekuatan fizikal dan mental buat kita untuk meningkatkan saham akhirat dengan melakukan segala ibadah-ibadah sunat yang dianjurkan untuk melakukannya di sepanjang penghulu segala bulan ini. Amin.

Mungkinkah kita akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya?! Atau mungkin inikah Ramadhan terakhir buat kita?! Semua jawapan ada pada-Nya. Maka, rebutlah segala peluang untuk menambah pahala.

Mesej ringkas dari empunya blog LUNA LANUN,

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Tuesday, July 17, 2012

Follower Ke-3131 - Norfatiha

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hah! Dapat jugak akhirnya captured best follower no. ni... 3131, that is not the 4D no okeh! jangan nak mengada gi tikam kat kaunter 4D tu! Haremmmm!

Okeh, okeh, shut the crap! This lucky no goes to..... Jeng! Jeng! Jeng!




Adik Norfatiha... Mau jalan-jalan di blog beliau?! Boleh klik banner blog yang comel kat bawah ni...



Okeh, sedikit komen ye buat adik Norfatiha kita ni... Kak Luna Lanun nak bagi komen ikhlas ni setelah meninjau blog adik tu. Cuma pendapat dan pandangan kak Luna saja... Terpulang pada empunya blog untuk menerimanya bagaimana. No heart feeling okeh!

Untuk menjadikan blog kita mesra pengunjung, segala perkara yang tak perlu letak dalam blog, rasanya tak perlu letak. Bukan apa, ianya akan melambatkan loading page blog. Bila ada pengunjung datang untuk menjenguk blog kita, masuk je blog kita, loading nye lembab bagai siput ba alif ba ya. Belum sempat habis loading, pengunjung tu dah close your page. Hilang mood nak jalan-jalan kat blog trus.

Melainkan kita da mencapai tahap blogger selebriti yang mempunyai puluhan ribu follower di mana pengunjung akan sentiasa membanjiri blog kita walau apa "makhluk" sekalipun yang kita letak dalam blog kita. Ianya tetap tidak menjejaskan kehadiran pengunjung ke blog. Namun bagi blogger yang masih baru, jangan "syiok sendiri" kalau rasa kita nak blog kita dikunjungi oleh blogger lain.

Mungkin artikel ini boleh membantu sedikit... Unsur "JANGAN DIBUAT" Pada Blog Untuk Menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG".

Again, no heart feeling ye. Itu cuma pendapat kak Luna yang dah menjadi blogger sejak 2008.


Monday, July 16, 2012

Jesselton Point Waterfront

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


MENARIK SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
  1. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
  2. Pasar Malam Filipino
  3. Menara Pemerhati Bukit Bendera
  4. Menara Jam Atkinson
  5. Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
  6. Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah


Assalamualaikum...

Sebelum ini dikenali sebagai Terminal Ferri Kota Kinabalu sebelum penjenamaan semula sebagai Jesselton Point Waterfront setelah penswastaannya pada Februari 2006. Tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati semasa berada di bandaraya Kota Kinabalu. Kenapa?!


Pintu gerbang utama Jesselton Point Waterfront.

Berlatarbelakangkan pintu gerbang yang diambil dari dalam kawasan Jesselton Point




Terletak di bahagian utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, berada di Jesselton Point Waterfront tentunya memberi sedikit sentuhan sejarah awal bandaraya Kota Kinabalu kepada anda. Terdapat beberapa potret-potret lama bandaraya Kota Kinabalu (dahulu dikenali sebagai Jesselton) yang terpapar di dinding-dinding bangunan  di sepanjang laluan pejalan kaki. Juga terdapat 2 buah pondok telefon vintaj Inggeris berwarna merah. Bukan kat Genting  Highland je leh jumpa pondok tepon tu. Kih3...


Potret lama bandaraya Kota Kinabalu dipaparkan di dinding bangunan. Adapted from Sabah Tourism

Antara potret lama bandaraya Kota Kinabalu yang terdapat di sini.

Ingat kt Genting Highland je ke ada pondok tepon ni? KK pun ada maaa... Adapted from Sabah Tourism


Jesselton Point Waterfront berfungsi sebagai satu-satunya terminal ferri penumpang untuk laluan air terus dari Kota Kinabalu ke Labuan. (Laluan alternatif kalau nak ke Labuan, boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Terminal Ferri Menumbok selain menaiki kapal terbang). Untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman dan Pulau Gayana, juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot penumpang di sini.


Kaunter tiket ferri dan bot penumpang.  Adapted from Sabah Tourism

Platform untuk menaiki bot penumpang ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman

Gambar diambil dari atas bot sekembalinya kami dari pulau-pulau Taman Laut Tunku Abdurahman


Selain berfungsi sebagai terminal ferri dan bot penumpang, Jesselton Point Waterfront juga menawarkan tempat makan yang bersifat santai dan riadah dengan deretan gerai/kedai F&B, gerai-gerai kraftangan serta pusat futsal empat gelanggang.


Gerai kraftangan yg menawarkan pelbagai hasil kraftangan tempatan. Adapted from Sabah Tourism 

Adapted from Sabah Tourism







Bagi kaki pancing pula, anda turut dialu-alukan untuk menghabiskan masa memancing di jeti yang terdapat di sini yang dibuka dari jam 6.00 pm hingga 6.00 am dengan bayaran RM10 sekali masuk (bayaran boleh dibuat di Suria Futsal Center). Walaubagaimanapun, peralatan memancing tidak disediakan, maka anda perlu membawa peralatan memancing anda sendiri.





Alang-alang berada di sini setelah penat bersuka ria seharian di Taman Laut Tunku Abdurahman, apa kata anda nikmati pemandangan matahari terbenam di sini?! Sangat.... Sangat... Sangat... Subhanallah cantik, indah dan menenangkan! Ditambah dengan bayu laut petang yang menyamankan setelah seharian berpanasan di pulau. Pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan berada di sini!





Jesselton Point Waterfront dibuka setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 2.00 am, manakala terminal ferri pula beroperasi setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 6.00 pm.

Proud to be Sabahan! There are so much things to explore! Jom melawat Sabah! Kih kih kih... Tak menyesal wa cakap lu... :D


Friday, July 06, 2012

Al-Fatihah Buat Sahabat, Nurzahida Mohd Zaid

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum...

Masih sebak dan masih terasa pilu di hati saat menulis entri ini. 05 Julai 2012, jam lebih kurang 12.30 tgh, dalam usia 29 tahun, sahabat ini telah dijemput mengadap Ilahi. Arwah meninggal akibat leukimia di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya. Innalillahiwainnailahirajiun... Allah lebih menyayangi arwah.

In memory of Nurzahida Mohd Zaid.

Sentap seketika semalam, baru beberapa km bertolak dari Sabak Bernam, niat untuk melawat arwah, namun tiada rezeki untuk melihat arwah semalam. Sebak dada bila terima sms dari seorang sahabat yang kebetulan dalam perjalanan dari Kemaman ke KL juga untuk melawat arwah, yang menyatakan arwah telah pun pergi meninggalkan dunia.

Masih segar dalam ingatan sewaktu arwah belanja makan bihun kari kt Hentian Rehat Gambang last year, one of her favourite spot untuk pekena mee kari, arwah ada mengadu sakit kepala dan sakit-sakit sendi. Arwah juga ada menyatakan untuk tunggu saya belanja arwah bihun kari pulak lepas ni. Allahuakbar, tak sempat pun untuk tu semua, arwah dah pergi dulu. (mood: sedang menitiskan air mata ni... :( )

Bila layan lagu ni pulak, lagilah syahdu... Bergenang air mata... Masih terngiang-ngiang celoteh arwah semasa sama-sama duduk dalam bilik postgraduate kt UMP dulu. Gelak tawa arwah, buatkan hati betul-betul tak mampu untuk menahan sebak.




Takziah buat suami dan anak arwah serta seluruh keluarga. Tabahlah menerima ujian Allah ini.