follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, June 29, 2012

Ciri Suami Terbaik menurut Ustaz Azhar Idrus

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sambil melayan Al-Kuliyyah TV3 dengan topik Angin Ahmar, tangan dengan rajinnya ingin berkongsi artikel seperti tajuk di atas.

Wahai kaum Hawa yang masih bujang tu, ingat semua perkara berikut bila nak carik laki kelak! Kalau yang tengah bercintan cintun tu, atau yang dah bertunang tu, kalau pacar kau ataupun tunang kau tu tiada ciri-ciri asas berikut, baik putuskan saja dia! INGATTTTT!!!! Laki tu kelak boleh menyebabkan kau masuk syurga, juga boleh menyebabkan kau hanyut dengan dunia dan lupa akhirat dan seterusnya mengheret kau ke neraka kelak! Sendiri mau ingat la macam mana...

Wahai kaum Adam pulak (pesanan untuk yang bujang dan juga yang sudah berkahwin), kau jangan ingat muka kau dah hensem, dompet kau yang tebal, rumah kau yang besar, kereta kau yang Ferrari, gelaran kau yang Dato' dan segala yang terbaik di dunia ni milik kau, kau dah cukup sempurna. No! No! No! Sekiranya agama kau belum sempurna, maka kau masih belum cukup sifat.

Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi suami/lelaki yang terbaik!



So, antara ciri-ciri suami terbaik menurut Ustaz Azhar Idrus:
  1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
  2. Ada kerja gaji RM800-RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafka zahir boleh bagi, bukan nafkah batin aje...
  3. Ada kenderaan. Motor kapcai dah cantek! Honda EX5 orait sangat la tu dengan dua helmet. Basikal pun boleh, tapi penat lah sikit kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajid dengan betul apatah lagi mandi-mandi yang lain.
  5. Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba ta" samapi Surah Iqra'.
  6. Jenis lurus, baik dan baik hati, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi  pergi  mengorat jiran taman sebelah.
  7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain, sopan santun gitu.
  9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemmm... ramainya kawan lelaki kat opis. Jangan sampai lupa abang tau..."
  10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
  11. Kalau dia jenis diam, takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak cakap pun, takdelah dia samapi mengata-ngata orang lain.
  12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isya'.
  13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.
  14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  15. Jenis senyum sokmo.
  16. Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tan berapa nak cun. (Tak cun takpe, boleh tutup lampu).
Bak kata Prof Izzi, "renung-renungkan, dan selamat beramal...."


Sunday, June 24, 2012

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu - Syurga Membeli Belah Barangan Kraftangan & Mutiara Sabah


Assalamualaikum...

Pintu utama pasar kraftangan Kota Kinabalu. Gambar dipetik dari azuanzahdi.com

Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Ianya terletak di sepanjang jalan yang sama dengan Kota Kinabalu Waterfront dan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit berjalan kaki dari pusat bandaraya. Lokasi secara lebih spesifik, pasar tersebut terletak berhadapan dengan Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.

Pemandangan belakang bangunan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Gambar dipetik dari azuanzahdi.com 


Pasar Filipina dahulunya merupakan pusat transit bagi pelarian dari Filipina. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang berniaga di sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.




Bagi penggemar mutiara air tawar ataupun air masin, pasar ini adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkannya samada dalam bentuk rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.









Selain barangan kemas berasaskan mutiara, terdapat juga barangan kemas berasaskan manik. Pelbagai pilihan untuk setiap pengunjung yang datang ke pasar ini.







Bagi mereka yang sukakan ukiran kayu, pelbagai jenis ukiran kayu turut boleh didapati di sini termasuk topeng kayu eksotik, bingkai gambar, dan panel dinding yang menakjubkan. Juga terdapat pelbagai jenis bakul rotan dalam pelbagai bentuk dan saiz.




Bagi peminat rantai kunci (keychain) macam saya ni, atau mungkin magnet peti sejuk, anda telah datang ke tempat yang betul untuk melengkapkan koleksi keychain/fridge magnet anda, juga turut boleh dijadikan cenderamata buat keluarga dan sahabat yang sedang menanti kepulangan anda. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, bermula dari harga yang murah hingga ke mahal. Terpulang kepada budget masing-masing.






Tidak lupa juga, pelbagai T-Shirt dalam pelbagai warna dan corak, juga boleh dibeli di pasar ini.

Pastinya anda rambang mata melihat segala jenis cenderahati mengelilingi anda apabila masuk ke dalam Pasar Kraftangan ini. Yang pastinya, pasti ada sesuatu yang menarik untuk setiap pengunjung yang singgah di sini. Tip yang paling penting apabila berkunjung ke pasar ini, jangan lupa untuk tawar dan tawar dan tawar dan menawar semasa membeli. Pastikan anda membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu. Sekiranya anda mempunyai pemandu pelancong, rujuk kepada pemandu pelancong anda untuk tips membeli di pasar tersebut.

Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.


Saturday, June 16, 2012

Adab Semasa Bersalaman atau Berjabat Tangan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dibicarakan bahawa bersalaman atau berjabat tangan dalam Islam bukan sekadar adat tetapi juga sebagai satu ibadah.


Antara adab yang perlu kita jaga semasa bersalaman atau berjabat tangan dengan orang lain adalah:
  • TANGAN memegang erat, bukan hanya bersalaman dengan hujung jari.
  • MATA memandang tepat ke mata orang yang disalami.
  • BIBIR mengukirkan senyuman.
  • LIDAH melafazkan selawat.
  • HATI mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat orang yang disalami.

Turut dibincangkan bahawa, seandainya bersalaman itu diberi dengan 10 kebaikan, orang pertama yang melepaskan tangan akan mendapat 1 kebaikan manakala orang terakhir melepaskan tangan akan diberi 9 kebaikan.

Mari bersama amalkan untuk mendapatkan kebaikan itu.