follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, December 20, 2010

CONTEST - Bilangan Paling RAMAI Dalam Satu Gambar by fat+ha+ka

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum & Howdy! bloggers! Selamat pagi dunia! Okeh terus kepada tajuk entri okeh! Saya mau join itu contest... This is my 1st time mau join blogger contest ni. Terikut-ikut adik saya la ni yg juga merupakan blogger tegar! Si Cekgu Irah.

Sebenarnya sudah semalam godek-godek itu contest, hari ini baru terlintas untuk merajinkan diri menyertainya. Ini pun salah satu cara mau merapatkan silaturrahim antara blogger... Haitttt!!!! Baiklah! Tujuan utama bkn utk menang, tapi kalau menang, itu satu nilai tambah buat saya... *wink*

Okeh berikut kandungan contest itu...

Contest - Bilangan Paling RAMAI dalam Satu Gambar by fat+ha+ka


Syarat-Syarat Contest
  1. first, mstila korang ni (blogger) b'wrgangra m'sia only... xkesah sma ada laki ke prmpuan,, korang ley join contest ni...
  2. korang mstila mnjadik follower kpd tuan pnye contest ni dlu... " fathaka "... ley la korang tgok spe pmenang y b'tuah n snang gak tok urusan aku... ;)
  3. korang crikla gambar mne2 yg sesuai, n b'kenaan dgn contest ni,, mne2 gambar yang m'punyai bilangan teramai dlm satu gambar, die lah dianggap pemenang!
  4. buatla entry pasal contest ini.. n suka ati korang la nk cerita pasal gambar korang n sertakan sekali berapa bilangan yg ada dlm gambar tersebut... semuanya akan diadili ;)
  5. gambar tersebut mstilah b'kenaan dengan korang,, bukan la korang ambil dri mne2 sumber2 lain... contohnya (gambar atlet malaysia ke ghuang zhou)
  6. lepas korang da setlle,, korang post kan la link entry korang kat comment bwh ni...
  7. pling pnting,, korang jgn lupa amek banner kt ats ni n pada sidebar blog korang... make sure ok, link kan ke entry contest ni....
  8. tarikh tutup contest ni pada: 1 januari 2011.. segala perubahan tarikh akan dimklumkn segera...
  9. hadiah wang tunai bakal menanti anda... segala urusan wang tunai, akan di "bank in" kn ke akaun pemenang....
  10. segala urusan tersebut,, akan diuruskn personal dgn pihak pemenang... sprti butir2 peribadi n number akaun bank.. (maybank,cimb bank & bsn sahaja)
  11. tag la 3 or lebih mmber2 korang tok sertai contest ni,, lgi rmay lgi bgus... ;)
  12. n last,, sebarang pertnyaan... bley la korang mninggalkan jejak n persoalan dlm comment di bwh ni... syukran ats pnglibatan anda...

Baiklah, setelah digodek2 segala photo album in my lappy, maka sebulat hati (hati bulat ka?!) dan sebulat suara dengan rela hatinya menyerahkan gambar ini utk dimasukkan ke dlm contest ini.

Strength = 73 participants (excluded MB Pahang and those TUDM Kuantan base personnels)
"22-26 May 2009, a four-days expedition, which is being led by the Commanding Officer of the Third Battalion of 505 Regiment, Lt-Col Dato' IR Thong Kok Sing. The team which consist of 73 officers and men were flagged off by Menteri Besar Datuk Seri Adnan Bin Yaakob at the Royal Malaysian Air Force base, Kuantan."

Ini sebagai bukti bahawa saya juga terlibat dalam kejadian dalam gambar di atas okeh!
Mau jugak ensyen dgn Pesawat Charlie milik TUDM itu. :P

Semalam semasa sesi mengodek2 komen entri psl contest ni di blog fat+ha+ka itu, ada la jugak jenguk2 blogger lain yg sudah join contest ni... Daripada gambar-gambar yg mereka pertaruhkan, setakat yg saya lihat semalam, paling ramai adalah 10,000 org utk aktiviti silat cekak hanafi tu. Tapi tak sure la sama ada gambar itu diterima atau tak kerna tajuk contest ini juga sudah terang mengatakan bahawa, "bilangan paling ramai dalam SATU gambar" dan bknnya jumlah peserta yg mengikuti sesuatu aktiviti di dalam gambar itu. Ini pandangan saya saja okeh! Keputusan mutlak adalah di tangan Tuan Penganjur Contets. Hik3!

Saya Tag Ini Orangs

Sekian terima kasih... ;)


Thursday, December 16, 2010

...dan kemalangan itu membunuhku (titik!)

Masa : 02:36 pm
Tarikh : seperti tarikh entri...
Tempat : ...di bilik ini...




Arghhhhhhhhh...




Bukan sekarang!




Dan saya sgt bz okeh!




......dan kemalangan itu btul2 membunuh semangat ini!




Haishhhhhh....





Apakah?!





Apakah?!





Apakah?!






Inilah! Inilah! Inilah!

    ...dan senarai mereka2 yg terlibat di dalam kemalangan itu...
  1. Journals
  2. Calculator
  3. Log book
  4. Notebook
  5. Handphone (sudah dialihkan....)
....dan mangsa ini masih hidup! Nasib baik! (Fuhhhhhh...) Jika tidak, tentu perlu mencari yg baru! Ahhhh!!!

Banjiro banjiro! ...mangsa ini selamat dikebumikan di dalam tong sampah itu... (haishhhh... perlu print yg baru!)

...dan kamu lah puncanya bukan?!
Dari penuh menjadi separuh!

....dan bilik ini menjadi sangat manis oleh kemanisan teh ais itu! Aduhhhh... Dan saja kemalangan dulu berulang kembali...


Tuesday, December 14, 2010

Baby Qaireen

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum n Howdy! readers... Sepatutnya entri ni post malam tadi, cumanya tdk berkesempatan memandangkan ada 'unfinished business' yg perlu dikerjakan. Apakah?! Biar saya saja yg tau okeh! Jgn cuba utk sibuk okeh! Haha!

Baby Qaireen datang melawat Untie Luna pg semalam... Hik3! Sepatutnya Untie Luna yg dtg melawat Baby Qaireen. Tidak mengapa, anggap itu sebagai lawatan balas kerna Untie Luna sudah melawat kamu semasa kamu baru lahir bukan?! Maaf Untie Luna tiada hadiah buat kamu sayang, tunggu ulangtahun kelahiran kamu okeh! (Alasan... :P). Kesian umi harus terkedek-kedek memanjat tangga hingga ke tingkat 4 naik ke bilik Untie Luna. Bagi umi exercise sket kan?! Hahaha...

Okeh, ini entri buat kamu ye Baby Qaireen...

"Saya sudah mandi dan saya sudah kenyang..." Owh senyuman itu akan buat Untie Luna rindu sama kamu! Be a good girl okeh dear!

Main cak-cak sama Untie Luna eh?! Kamu sgt shomel! Dan kamu sgt baik sama Untie Luna.
Psssttt... Abaikan kerusi milik JHEPA UMP itu...

Sangat suka main sama Untie Luna ye?! Nanti lain kali kita jumpa lagi okeh!

Haishhhhhh... Dari dulu asyik bermain dgn baby org lain saja. Bila mau main sama baby sendiri ini?! Somebody should take note okeh!


Monday, December 13, 2010

Berlabuh Bersama Senja Di Sini


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum and Howdy! my readers! Herrmmmm (*clearing throat). Sedang berkira-kira untuk memulakan bicara... Gimana ya?! Sedang kusyuk main Farmville ini. Maka idea susah mahu sampai kerana kurang fokus.. Haha! Okeh, tarik nafassss... Lepas perlahan-lahan.

Baiklah! Sejak dua menjak ini, badan terasa ringan pula untuk cycling round the world! Owhhh tlg jgn percaya. Mana mungkin round the world. Hanya round the campus saja okeh! Pagi, saya rajin. Petang, pun harus merajinkan diri. Sudah terlalu lama rasanya nisbah penambahan lemak kepada pengurangan lemak tdk seimbang. Jisim bertambah setiap hari. Owhhh... Badan jd berat utk buat itu dan ini. Malas mau berjoging, so sdg mrajinkn diri untuk cycling...

Tahukah anda, setiap petang dapat menyaksikan keindahan ini amat menenangkan fikiran okeh! Sekitar 6:40 pm. Ingin keluar awal, tetapi matahari masih terik! Hik3!

Sebenarnya ingin mengambil gambar awan itu. Tapi malas mau beraksi kerana uncle2 guard dr main entrance kampus sedang memerhatikan saya. Terasa segan pulak! Ditambah dgn kenderaan yg melalui lebuhraya LPT di depan situ... Hanya ini yg mampu diambil.

 Dan yg ini berlokasikan sebelah Makmal Kejuruteraan Kimia. Sdg menghala pulang ke hostel.

Misi terlaksana dgn jayanya... Peluh keluar, biarpun sedikit. Kalau ingin mengeluarkan peluh dan terasa pembakaran lemak itu berlaku, harus cycling dgn laju. Jika sekadar cycling makan angin, percayalah peluh itu tidak mau keluar. Tips dr pengalaman. Hehehe...


Saturday, December 11, 2010

Soto @ Bihun Sup - Papar Style

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum dearies... Kepada direct and indirect readers. Sejak pg td sehingga saat ini sebenarnya sdg bertungkus lumus dgn thesis sy. Aduh, sangkut pada bbrp bahagian. Perlukan tunjuk ajar dari mereka yg expert. Sdg cuba dan sdg mencuba utk memahami, namu tidak bisa! Maka saya pun beralih dr microsoft words kepada folder My Pictures. Melihat punya melihat akhirnya terlihat gambar ini, dan sy dgn berbesar hatinya ingin berkongsi kpd para pembaca sekalian...

Okeh, kita lihat gambar ini. Sudah tentulah berkaitan seperti tajuk entri di atas okeh!

Lebih kurang beginilah presentation soto Papar style. Owh sgt sedap! Terliur melihatnya... Totally my peberet. Makanan dr tempat asal saya jugak yg menjadi kesukaan lidah saya.

Fakta penting... Kihkihkih... Sy sungguh jarang melihat restoran2 di Lembah Klang dan Kuantan (antara lokasi yg agak lama saya menduduki) yg mana di atas meja makan mereka menyediakan kicap, cili, cuka, lada putih dan ajinomoto seperti di atas. Kalau di Sabah, mostly restoran ada bahan2 mentah tersebut di atas setiap meja.

Saya jadi lapar melihat gambar ini! Slurrrpppp!!! Cant wait to go back untuk menikmati hidangan ini lagi!


Thursday, December 09, 2010

Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum salam sihat2 semua kepada my direct or indirect readers! Dipanjangkan lg usia utk sy bisa membuka mata pada pagi ini utk terus melihat keindahan alam ciptaanNya. Actually terbangun awal pagi ini jam 3.30 am disebabkan panggilan alam. Huhuhu... Selepas itu, duhhh tidak bisa melelapkan mata kembali. Better sy bgn saja menunaikan sesuatu yg sunat buat umat Islam di pagi2 begini...

Okeh, status FB sudah di'update' pg ini. Profile picture sudah ditukar (bkn setiap hari tukar okeh, cuma ikut mood saja..). Dan kini sdg berkira-kira utk berkata-kata melalui penulisan dlm entri kali ini.

Last 3 days, sudah update something about my hometown, PEKAN PAPAR... Entri kali ini, terfikir untuk berkongsi tentang ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu yg juga dahulunya dikenali sebagai Jeselton. Untuk maklumat lanjut mengenai bandaraya ini, jgn tnya sy.. Hikhikhik... Better anda meng'Google'nya.

Sekiranya anda semua meng'Google' kata kunci ini, 'Kota Kinabalu', sesungguhnya terlalu byk artikel mengenainya. So, untuk entri ini sekadar utk melengkapkan blog sy saja. Seperti yg sudah tercatat pada tajuk di atas, dari KKIA ke 1Borneo. Gambar2 berikut diambil di sepanjang perjalanan tersebut. Mari kita lihat apa yg bisa disajikan...

KKIA (Kota Kinabalu International Airport), antara kebanggaan rakyat negeri Sabah. Dulu airport ini kecil sahaja. Skrg ditambah dgn bangunan ini dgn rekabentuknya yg menarik. Menarik bukan?!


Sy sendiri tidak pernah singgah di tempat ini. Hanya lalu sahaja.

City Bus. Dulu zaman sy masih di sekolah menengah, city bas tdk secantik ini. Owh bas ini hanya pusing sekitar bandaraya KK saja okeh. Utk bas antarabandar, ada bas mini lain.

Marina Apartment. Details click here.

CenterPoint. Antara shopping complex utama dlm bandaraya Kota Kinabalu.

Kemudian muncul pula Suria Sabah. Last time (Jun 2010) dtg sini, blm byk kedai yg bukak dlm shopping complex ni...


Jeselton Point. Merupakan jeti utk bot2 ke Taman Tunku Abdul Rahman dan pulau2 berdekatan bandaraya KK. Kalau ingin ke Labuan, juga blh menaiki bot dr jeti ini.

Okeh, kemudian kita teruskan perjalanan yg akan melaui Teluk Likas. Pemandangan sepanjang perjalanan di Teluk Likas memang sangat superb. mari kita lihat gambar2 di bawah...

Jika bernasib baik (keadaan yg tdk berkabus), anda mungkin blh melihat puncak Gunung Kinabalu dari sini. 


Saya bangga saya Sabah mari... Hik3.. Indahnya negeriku..



Dari kejauhan, kelihatan menara Tun Mustapha.


Masjid terapung Likas.


Menara Tun Mustapha juga...

Dan inilah dia Menara Tun Mustapha itu. Mendapat nama sempena Ketua Menteri Sabah ke-3, Tun Datu Mustapha Datu Harun. Bangunan ini dahulunya dikenali sbg Yayasan Sabah. Bangunan 30 tingkat ini pernah menjadi 'Bangunan Tertinggi Borneo' sejak siap pembukaannya pada thn 1977 sehingga 2001 setelah Wisma Sanyan di Sibu menggantikan 'title' tersebut. Bangunan ini menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah. Uniknya bangunan ini, ia merupakan antara 4 bangunan di dunia yg menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Tarikan utamanya menara ni pula adalah restosan "Atmosphere" di tingkat 18 yg merupakan the only  restoran berputar di Borneo.

Selepas ini kita akan melihat "Putrajaya" Sabah. Hehehehe... Percayalah Sabah juga punya "Putrajaya"nya sendiri.

Sebenarnya, bangunan ini merupakan Kompleks Pentadbiran Persekutuan.

 Inilah sebabnya kenapa sy gelar ia sebagai "Putrajaya" Sabah. Rekabentuk serta warna bangunan sama seperti bangunan kerajaan di Putrajaya bukan?!


  Bangunan ini berjiran dgn UMS (Universiti Malaysia Sabah). Betul2 sebelah pagar UMS.

Ini pula adalah 1Borneo Hypermall. Ramai pelancong yg tidak tahu bahawa 1Borneo menyediakan scheduled free shuttle bas 1Borneo-City Center-1Borneo. Ada yg bagitau sy perkhidmatan tersebut hanya utk mereka yg menetap di hotel2 1Borneo. Tapi sy sudah 2X menaikinya tanpa perlu menetap di hotel sana. Untuk maklumat lanjut, blh hubungi pihak 1Borneo okeh!

 Queen Elizabeth Hospital. Bangunan ini sebenarnya tdk termasuk dlm laluan di atas. Saje mahu menyelitkan gambar ini. Hik3! Gambar ni di ambil semasa dlm keluarga saya dlm perjalanan ke Kota Belud.

SILA AMBIL PERHATIAN: Tulisan2 di atas merupakan hasil dari pembacaan saya drp artikel2 dlm buku, petikan akhbar, artikel online sebelum2 ini okeh. Semuanya berdasarkan sumber yg blh dipercayai, cumanya, mgkin ada yg sy tertinggal atau tersalah. Secara umumnya, ianya benar belaka, cuma fakta mgkn ada yg tdk berapa tepat. Sy manusia biasa... Hehehe... Tp mungkin artikel ini dpt membantu...


Tuesday, December 07, 2010

Pekan Papar, Sabah [Episod 2]


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1432 to all bloggers yg follow my blog. Okeh, seperti yg tercatit pd title entri kali ni, Pekan Papar, Sabah. Entri ni sudah pernah post sebelum ni (Pekan Papar, Sabah)... Cuma gambar tidak begitu byk. So, hari ini mau tambah lagi beberapa keping gambar tentang pekan ini.

Soalan... Kenapa saya re-post semula entri ini?!

Jawapan... Sebab dari analisa my feed burner, agak byk jugak hit entri Pekan Papar ni.

Maka diharapkan entri kali ni, blh la bg sedikit gambaran mengenai pekan tempat asal sy ini. Gambar kali ni cuma sedikit tambahan saja, dalam fikiran sy, sy akan ambil lg bbrp keping gmbr terutama bangunan2 utama di pekan ini kelak bila sy balik kampung. Okeh, mari kita jalan2 di sekitar Pekan Papar...

Cuma sempat captured gambar bas sahaja. Hehehe... Malas mau interprem berdiri d tengah2 parkir bas tersebut utk snap gambar using my phone. Next time la, snap gambar guna DSLR. Nampak seperti pelancong pulak nanati.. Hahahaha... 

Ini adalah main road. Masa muda2 zaman skolah menengah, blm ada divider jalan dgn tiang lampu ni, but since jalan selalu sgt jam sbb kenderaan yg berhenti utk belok ke kanan, maka pihak MDP (Majlis Daerah Papar) adakan divider serta roundabout di hujung jalan ini.

Bangunan baru (konkrit) serta bangunan lama (papan). Dulu bangunan kedai hanya bangunan kayu seperti bangunan bercat hijau ini. Dan bangunan konkrit tersebut dibina setelah bangunan lama di tapak tersebut musnah dlm kebakaran. Rasanya dah 2 blok bangunan kayu yg musnah dlm kebakaran.

Gerai2 di pasar malam Pekan Papar. Pasar malam diadakan setiap sabtu, dr ptg hingga ke malam. Dan keesokan harinya adalah tamu (pasar tani). Tamu bkn sekadar menjual barangan makanan, barangan yg dijual di tamu ni lebih kurang seperti pasar malam jugak.


Jambatan Sungai Papar. Sepanjang hidup sy, jambatan ini sudah 2 kali runtuh, if i'm not mistaken. Many rumors came out dr penduduk tempatan, kononnya penunggu jambatan ini perlukan korban. Harus tanam tengkorak manusia dlm tiang konkrit jambatan ini. Bangunan putih di tebing sungai itu pula adalah pasar ikan.

Sungai ni agak lebar jugak. Airnya keruh sebab kedudukan di sini terletak hampir ke kuala sudah.. Dan bot2 nelayan berulang alik dr laut melalui sungai ini untuk memasarkan hasil laut mereka di pasar ikan yg terletak di tebing sungai ni.

So yang ini sajalah yg ada untuk sy post. Okeh, lain kali sy tambah lg. Mau jugak mempopularkan pekan saya ni. Hehehe... Terutama sekali stesen keretapi yg sudah dinaiktaraf.

Monday, December 06, 2010

Cerita Tentang My 1st Messnite

Photobucket

Sebelum ni cuma selalu dgr saja dr kwn2 tentang messnite atau makan beradab tentera ni... Then pada suatu hari di mgu yg lepas, my AO (admin officer), Lt.M Muadzam suddenly asked me to be his partner on this nite. Sy on saja memandangkn sy sendiri tak pernah involved dgn messnite sblm ni. Mau jugak merasa pegi messnite. Tapi nak dijadikan cerita, ptg sblm messnite tu, si Acam ni menyuruh sy jd partner kwn dia pulak, Kapt. Ahmad dot dot dot (nama sebenar dan gambar dirahsiakan kerana menghormati permintaan dia, takut nnt ada yg marah katanya). Mula2 tu geram gak, majuk dah tak mau pergi. Tp memandangkn si Acam ni pun tdk pernah menolak klu sy mintak tlg, so, baiklah sy tlg dia mlm tu dgn menghadirkan diri sbg pasangan kwn dia.

Soalan saya: Memang wajib ke kna bwak partner berlainan jantina utk messnite ni?!

Baiklah, kita biar saja gambar2 di bawah menceritakan segalanya... Gambar tak brp nk berkualiti dan tak berapa nak byk. Sbb once dah duduk kt meja makan, tak blh nak byk bergerak.. Mau ke tandas jugak tidak boleh?! Aduhhh!!!



PhotobucketCaptured on the stage. Para tetamu belum masuk dewan lagi...




Photobucket
Side view... Arrangement memang begini kalau mess nite... Tak pakai round table... Askar punya protokol pn agak ketat...

Photobucket
Me and my partner duduk kt row ni.. Row A.

Photobucket
Kek yg dipersembahkan kpd Sultan Pahang. Simple saja...



Photobucket



Photobucket

PhotobucketAturcara majlis...



Photobucket

Photobucket
Photobucket
Menu pembuka selera, hidangan utama serta pencuci mulut...



Photobucket

Para pramusaji pun harus berpakaian yg sungguh semat! Each couple got their own steward okeh..



Photobucket

Dan para jemputan dgn pakaian seragam mereka, juga sgt semat kelihatan mereka ini.



Photobucket

Saya hanya dtg sebagai pasangan kpd jemputan. Hehehehe...



Photobucket

Masa ni sdg berarak masuk ke tempat duduk masing2. Dan sy snap gmbar ini ketika berada di blkg kerusi. Blm blh duduk.



Photobucket

Semua masih sedang berdiri mengadap meja makan VVIP, masa ni Sultan Pahang sdg masuk ke dlm dewan. Dan kata org sebelah sy, jgn duduk dulu sblm sultan duduk. Baiklah!



Photobucket

Setiap pasangan kpd jemputan diberi cenderahati dan sekuntum bunga mawar.. Sgt romantik itu. Hahaha.. Dan semasa mau duduk, pasangan harus ditarikkan kerusi. Hik3! Itu pun termasuk dlm protokol kah?!



Photobucket

Dan makan adalah candle lite dinner.



Photobucket

Suasana dewan yg malap. Hanya ada nyalaan lilin, chandelier serta lampu yg malap.



Photobucket

Para pramusaji pun harus berkawad masuk dewan utk setiap kali hidang makanan. Sgt comel!



PhotobucketAPPETIZER

Caesar Salad
Romaine Lettuce with Chopped Crisp Turkey
Shaved Parmesan & Phyllo Pastry
Amende la yg dimaksudkan dgn nama menu ni. Huhhh. Sy tdk perlu tau. Telan saja. Janji hahal.



Photobucket

MAIN COURSE
Pan Fried Cod Filled with Mashed Potato
Seasonal Vegetable
on Rosemary & Garlic Flavoured Sauce
Tak sedap lgsg! Tidak sesuai dgn selera tekak Melayu ini. Huhuhu...



Photobucket

DESSERT
Chocolate Moist Cake, Chocolate Sauce, Pistachio Nuts
Marble Dark White Chocolate Stick
with Exotic Fresh Cut Fruits



Photobucket

Dan mknn adalah provided by them.



Photobucket

Disebabkan ketidaksedapan main course itu.. Maaf sy tdk mampu utk menghabiskannya..

Owhh... Begini rupanya messnite itu! Protokol sana sini. Ini tak blh itu tak blh. Makan macam robot. Abih tak abih makanan tu, tetap perlu stop bila pramusaji tu dah berkawad masuk dewan utk mengutip pinggan2 itu.. Sungguh takut utk bergerak yg tidak perlu pd mlm tu, takut melanggar protokol dan memalukan pasangan sy. Duhhh... Selesai sesi mkn beradab, sesi persembahan pulak. Sy sgt enjoy dgn persembahan2 dr Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD). Pandai buat lawak jugak rupanya askar ni eh?! Hehehe, sy tdk tau tentang itu.

Photobucket
Persembahan lakonan adaptasi Dil To Pagal Hai?! Hahaha.. Sgt lucu lakonan mereka. Totally terhibur semua penonton.



Photobucket

Persembahan penutup, tarian Wonder Girl, lagu Nobody. Pun sgt comel! Ada modification sedikit dlm tarian ni.



Photobucket

Semua yg terlibat dlm persembahan pd mlm itu...
Si pari-pari itu sungguh comel!
Pelakon yg memegang watak wanita pun dr golongan lelaki.

Selepas selesai saja majlis, sesudah keberangkatan pulang Sultan Pahang, then barulah blh berganjak dr tempat duduk. Barulah blh bgambar dgn bebasnya...



Photobucket



Photobucket

Photobucket
Photobucket
Hanya terserempak dgn Nurul sesudah habis majlis. Sbb kami semua duduk meja berasingan sepanjang majlis berlangsung.


Photobucket

Dan dress ini, sudah 3x dinner sy memakainya.. Sbb dress ini sgt selesa. Tot to buy a new one.


Majlis ended at 12.30am, but after that, baru lah we all nk gambar sakan. So plus minus semua2 tu, akhirnya bergerak balik pukul 1.30am dan selamat tiba di UMP at 2am... Dah sampai bilik, rasa lapar pulak, pekena mi Maggi.. Huk3!

Owh, dan tentunya sy ingin beritahu apa yg terkandung di dlm box comel cenderahati kami itu...



Photobucket

I got this rose and this cute little box.. Wanna know wat inside?!


Photobucket
Apakah ini?! Compact powder kah?! Medal kah?!




Photobucket

It is a mirror! Hehehhe... Oklah tu...

Anyway, I really enjoy the nite.. TQ la to my AO for this invitation.. Thn dpn blh invite lg.. Hahaha...