follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday - Berhemahnya Pemandu Kenderaan di Sabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Pemanduan pada waktu malam, dengan kenderaan yang kurang di atas jalan... Kelajuan kenderaan di hadapan saya adalah seperti di atas... Ini bukan lori atau pun kenderaan berat okeh! Pesanan ikhlas saya, sila jangan tiru aksi ini okeh! Ambil gambar semasa sedang memandu!


Sunday, September 25, 2011

Ekstrak Daun Betik Sebagai Penawar Denggi (Terbukti Berdasarkan Pengalaman Sendiri)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Semasa bulan Ramadhan yang lepas, adik saya telah dijangkiti demam denggi. Setelah dimasukkan ke wad hospital, saya lihat tiada sebarang ubat yang diberikan oleh doktor melainkan adik dimasukkan beberapa plastik air garam. Menurut penjelasan yang diberikan oleh doktor yang merawat adik, bagi pesakit denggi, sehingga ke hari ini (merujuk kepada tarikh 28 Ogos 2011 lepas) masih tiada sebarang ubat/antivirus yang khusus untuk merawat pesakit denggi. Tujuan dimasukkan ke dalam wad hanyalah untuk membuat pemantauan terhadap keadaan pesakit just incase sekiranya berlaku sebarang kecemasan, tindakan segera boleh diambil dibandingkan jika pesakit tinggal di rumah.

Perkara yang paling penting semasa pemantauan pesakit denggi adalah bacaan kandungan platlet dalam darah pesakit. Bacaan tersebut akan diambil setiap hari sebagai salah satu proses pemantauan. Bagi pesakit denggi, kandungan platlet darah akan berkurang daripada orang yang sihat.

Platlet merupakan struktur-seperti-sel (cell-like structures) yang paling kecil dalam darah dan adalah penting dalam proses pembekuan darah dan penyumbatan pembuluh darah yang rosak. Kandungan normal adalah diantara 150,000 hingga 400,000 platlet dalam setiap microliter darah (150 - 400 x 109 per liter) (sumber: MedicineNet.com). Sebagai contoh fungsi platlet tersebut, sekiranya seorang pesakit denggi mengalami luka yang menyebabkan keluar darah, kekurangan platlet tersebut akan menyebabkan pendarahan yang berterusan.

Keadaan adik di wad semasa hari ke-3. Tak nampak macam orang sakit pun, Katanya bosan sungguh duduk di wad, dia nak balik rumah sebab keesokan harinya adalah 1 Syawal. Dia tak nak beraya di hospital. Katil pesakit denggi akan ditutup dengan kelambu untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan nyamuk aedes tersebut kepada pesakit lain.

Fogging di dalam dan sekitar rumah daripada Kementerian Kesihatan (Hospital Papar) pada hari ke-2 setelah adik dimasukkan ke wad hospital Papar.


Bukan setakat rumah kami yang di'fogging', rumah-rumah lain sekitar rumah kami juga turut di'fogging' sama.

Okeh berbalik kepada adik saya, pada hari ke-3 ditahan di wad, kandungan platlet darahnya telah turun sehingga ke paras <80,000/mm3 darah. Dan bacaannya sentiasa turun dari sehari ke sehari sehingga mencecah ke paras <24,000/mm3 darah pada hari ke-5. Cadangan dari beberapa orang sahabat sebagai kaedah altenatif untuk merawat penyakit tersebut adalah dengan makan sup ketam dan minum air karbonat 100 Plus 2 liter sehari. Setelah diamalkan untuk 2 hari, tiada perubahan yang berlaku. Bacaan platlet tetap turun. Disebabkan kebimbangan daripada ahli keluarga, maka saya pun cuba Google sekiranya terdapat cara lain dan inilah yang saya temui:

Ekstrak daun betik untuk meningkatkan kandungan platlet dalam darah. Saya baca dalam beberapa website/journal/blog/forum kesihatan mengenai penyakit demam denggi. Dan menurut komen-komen responden dalam beberapa forum menyatakan keberkesanan ekstrak daun betik tersebut dalam meningkatkan kandungan platlet darah bagi pesakit denggi. Maka kami pun mencuba kaedah tersebut. 

Daun betik sebagai penawar alternatif bagi pesakit denggi.


Resepinya adalah sangat mudah dah sudah tentunya percuma kerana kita bertuah menjadi penduduk di bumi Malaysia yang mana daun betik sangat mudah diperolehi di mana-mana sahaja termasuklah di bandar besar.

Kaedah:
  1. Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
  2. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
  3. Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
  4. Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.
  5. Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
  6. Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
  7. Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

Selain daun betik, daun pegaga juga dikatakan mempunyai khasiat yang sama dalam mengubati penyakit denggi. Jadi sekiranya susah untuk mendapatkan daun betik, bolehlah cuba dengan daun pegaga dengan kaedah yang sama diterangkan di atas.

Setelah mengamalkan petua di atas selama 5 hari, perbezaan bacaan kandungan platlet dalam darah adik pada hari ke-10 jika dibandingkan dengan bacaan pada hari ke-5 setelah mengalami demam denggi adalah jauh berbeza. Peningkatan drastik tersebut adalah dari 24,000 pada hari ke-5 kepada 280,000 per mikroliter darah pada hari ke-10. Dalam tempoh 5 hari tersebut, adik tidak pernah melakukan pemeriksaan bacaan platlet darahnya walaupun doktor telah pesan untuk melakukannya setiap hari kerana kami sedang bercuti ke Tawau dalam tempoh tersebut.
Jadi begitulah sedikit perkongsian ilmu melalui pengalaman yang pernah kami lalui sendiri. Kita hanya berikhtiar, namun kesembuhan penyakit tu Allah sahaja yang menentukan. InsyaAllah.

*kepada pengamal perubatan, sila betulkan saya sekiranya terdapat fakta yang salah/kurang tepat dalam artikel di atas. Terima kasih di atas perhatian anda.


Tuesday, September 06, 2011

Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah

Assalamualaikum... Jika ke Sarawak, jangan lupa bawak balik kuih lapis Sarawak (jika di Kuching, kuih lapis Dayang Salhah menjadi pilihan), ataupun Tebaloi (makanan ringan/snek tradisional yang dibuat daripada pokok sagu). Bagaimana dengan Sabah?!

Ahhhhh.... Sekejap sungguh rasanya cuti 2 minggu di Sabah ni berlalu! Besok sudah mau kembali ke KL! Belum puas menikmati makanan-makanan yang masih berbaki di rumah ni! Serius sangat bermacam-macam mak saya masakkan untuk saya! Huk3!

Okeh, berbalik kepada perkara tajuk! Ya, inilah dia makanan yang wajib saya bawak balik dari Sabah sebagai ole-ole buat sahabat di semenanjung Malaysia. Produk IKS tempatan di Sabah.




Amplang dan kuih cincin memang menjadi kewajipan untuk dibawa balik! Dan ini kali pertama saya bawak balik belacan Papar seperti dalam gambar di atas (sebelah kanan penjuru bawah).




Kebetulan keluarga saya bercuti ke Tawau minggu lepas, maka saya tidak melepaskan peluang untuk memborong amplang Tawau. Menurut orang Sabah, amplang Tawau is the best! Terdapat tiga jenis amplang yang sempat saya lihat di Pasar Tanjung, Tawau iaitu amplang ikan tenggiri, amplang sotong dan amplang udang. Namun saya hanya beli amplang ikan  tenggiri dan amplang sotong. Amplang sotong serius sedap!


Amplang Ikan Tenggiri (warna putih)


Amplang Sotong (sedikit kemerahan)
 
 
Sekiranya tidak ke Tawau, tempat untuk membeli amplang di pantai barat Sabah (Kota Kinabalu) adalah di pasar amplang bersebelahan dengan Pasar Kraftangan (Pasar Filipin) di jalan Tun Fuad Stephen (anda boleh Google Map kedudukan pasar tersebut dengan kata kunci "Pasar Kraftangan Kota Kinabalu"). Perbezaan ketara yang dapat saya lihat di antara amplang pantai timur (Tawau) dan amplang pantai barat (Kota Kinabalu) adalah saiz bebola amplang tersebut. Ampang Tawau lebih kecil jika dibandingkan dengan amplang Tawau. Rasanya juga punya perbezaan yang mana saya lebih menyukai rasa amplang Tawau berbanding amplang Kota Kinabalu.

Harga bagi amplang adalah sama bagi setiap jenis amplang iaitu RM5 untuk bungkusan 200g dan RM10 bagi bungkusan 450g (mengikut harga amplang Tawau). Harga tersebut merupakan harga runcit. Kalau dapat pergi beli di kilang amplang tersebut, harganya jauh lagi murah. Namun memandangkan kami kelam kabut hari terakhir sebelum balik ke Kota Kinabalu semula hari tu, maka kami hanya sempat beli di pasar sahaja.

Selain amplang, kuih cincin juga menjadi kewajipan untuk dibawak balik!




Kuih cincin juga merupakan produk IKS Sabah yang berasal dari pantai barat Sabah. Sekiranya di Pekan Papar (lebih kurang 50km dari Kota Kinabalu) tempat saya tinggal ni, harga runcit bagi kuih cincin dengan bungkusan 44 biji kuih cincin adalah RM10. Namun jika anda pergi ke tempat pengeluaran kuih cincin tersebut, anda boleh dapat harga borong RM6 bagi bungkusan yang sama! Perghhhh saya angkut tiga bungkus untuk dibawak balik ke KL besok! Nak bagi jiran sebelah rumah... Huhuhuu...




Kemudian belacan Papar! Belacan Papar is the best belacan in Sabah, menurut penduduk tempatan. Entahlah, saya pun tidak pasti sebab saya sendiri belum pernah rasa belacan dari daerah lain di Sabah ni. Tapi jika dibandingkan dengan belacan di semenanjung, sorry to say, saya katakan belacan Papar is still the best!

 


Kenapa saya tangkap gambar belacan tu bersebelahan dengan bungkusan putik kapas tuh?! Sebab nak bagi perbandingan kepada anda semua, saiz bungkusan belacan tersebut! Beratnya adalah 400g dan harga runcitnya RM10. Murah ke mahal?!

Selain makanan di atas, makanan laut samaada kering ataupun basah juga sering menjadi ole-ole yang akan dibawak balik ke semenanjung Malaysia sekiranya mereka datang melawat Sabah. Saya belum pernah bawak lagi makanan laut basah tu balik semenanjung. Pada pemerhatian saya, semasa pelanggan membeli makanan laut tersebut di pasar ikan Kota Kinabalu, mereka akan mention bahawa barangan tersebut untuk dibawa balik ke semenanjung (dibawa menaiki kapal terbang), maka peniaga di situ akan membungkus barangan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak lapangan terbang bagi barangan basah tersebut.

Jadi, jika anda melawat Sabah, anda sudah tau apa yang perlu dibeli untuk dibawa balik... Harapnya entri ini membantu anda semua. :) Selamat malam...


Sunday, September 04, 2011

Amalan Sunat Sebelum Melakukan Perjalanan Yang Jauh (Bermusafir)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Memandangkan cuti Raya Merdeka sudah pun tiba ke penghujungnya, yang di kampung pastinya sudah dan mungkin sedang dalam perjalanan balik ke bandar untuk mula bekerja pada besok pagi. Maka di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya petik daripada rangcangan Al-Kulliyyah (TV3) dengan topik Remeh Temeh Di Aidilfitri yang disiarkan pada 02/09/11 yang lepas.

Menurut salah seorang panel jemputan dalam rancangan tersebut, antara amalan sunat yang boleh diamalkan sebelum memulakan perjalanan yang jauh atau dalam erti kata lain ingin bermusafir adalah:
  1. Mendirikan Solat Sunat Musafir
  2. Membaca doa-doa berkaitan sebelum bermusafir
  3. Azan (merupakan sunnah Rasulullah sebelum bermusafir. Boleh dilakukan semasa di tangga rumah atau di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan)

Tujuan amalan-amalan sunat tersebut dilakukan sebelum bermusafir adalah agar ada keberkatan dalam perjalanan kerana perjalanan tersebut juga dikira sebagai satu ibadah kepada Allah.

Selain daripada itu, semasa melakukan perjalanan, jangan lupa untuk mematuhi segala peraturan dan undang-undang di jalan raya yang telah ditetapkan kerana menurut panel jemputan tersebut, peraturan boleh menjadi hukum dan undang-undang boleh  menjadi hukum. Maksudnya di sini, sekiranya seseorang memandu dalam keadaan bahaya, yang boleh membahayakan nyawanya, keluarganya atau orang lain, sekiranya ada nyawa yang melayang akibat kecuaian (disebabkan tidak mematuhi peraturan/undang-undang di jalan raya) tersebut, maka andalah yang harus menjawabnya di akhirat nanti. Anda akan dipertanggungjawabkan di atas kehilangan nyawa tersebut di akhirat kelak.

Selain daripada pemandu, peringatan juga diberi kepada para pengembala-pengembala binatang ternakan seperti kambing, kerbau, lembu dsbg. Pastikan haiwan ternakan tersebut tidak dilepaskan tanpa pengawasan kerana dibimbangi haiwan tersebut akan naik ke atas jalan raya yang boleh membahayakan para pengguna jalan raya. Sekiranya berlaku kemalangan akibat haiwan tersebut yang membabitkan kehilangan nyawa, maka tuan punya haiwan tersebut akan menjawabnya di akhirat kelak.

Jadi pastikan semua orang mempunyai perasaan bertanggungjawab yang tinggi untuk memelihara nyawa sendiri, keluarga dan orang lain agar semuanya selamat untuk sampai ke destinasi masing-masing. Sila patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan untuk kebaikan semua.

Jadi, selamat balik ke bandar semua orang! Besok keja! Besok keja!


Saturday, September 03, 2011

Raya Tour to Tawau, Sabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Syawal ke-3, destinasi adalah ke kampung tempat lahir saya, Sg. Balung, Tawau, Sabah. Memandangkan jika melalui jalan darat, akan mengambil masa selama 12 jam, maka kami putuskan untuk melalui jalan udara yang hanya mengambil masa 45 minit dari Kota Kinabalu ke Tawau.




Tahun ni tema pakaian raya untuk keluarga kami adalah 'pink kaler'! Haisyemennnn... Punyalah susah nak jumpa baju raya kaler pink polos yang cantik-cantik! Mostly adalah warna ungu. Maka kami decide tema untuk tahun depan adalah ungu.








Ketibaan kami di lapangan terbang Tawau disambut oleh sahabat adik. Bayangkan kami dijemput dengan sebuah Proton Alza. Dan kami adalah seramai 9 orang. Hahahahha, jadi ikan bilis kena sumbat dalam kereta tuh!




Tujuan utama ke Tawau adalah untuk menziarahi pusara arwah kakak yang telah dijemput kembali ke rahmatullah sejak 28 tahun yang lalu. Saya sendiri tidak sempat bertemu dengan arwah kerana masa tu saya masih belum lahir lagi. Mak kata arwah meninggal kerana sakit kuning semasa masih bayi. Usia belum menjangkau setahun semasa arwah meninggal dunia.












Inilah Alza yang dimaksudkan... Ditambah dengan pemandu, 10 orang! Serius macam bilis!




Usai ke kubur, destinasi seterusnya adalah ke rumah sahabat adik a.k.a 'driver of the day' sebabbeliau la yang menghantar kami ke destinasi untuk kami bermalam iaitu di rumah makcik (adik kepada mak).




Nasib baiklah tuan rumah hidangkan makanan berat. Memandangkan pagi sebelum melakukan penerbangan tersebut, seawal 5.30am sudah keluar dari rumah, dan masa menunjukkan jam 11am semasa kami tiba di rumah ini. Dalam flight pun tak sempat nak makan sebab masa penerbangan singkat sangat.




Kebetulan pulak tuan rumah ni sekampung dengan mak. Haisyemennnn... Jumpa orang kampung la pulak. Elok cadangan asal nak singgah sekejap jer, jadi lama la pulak sebab mak sibuk bersembang dengan orang kampung dia.

Hampir sejam juga melepak di rumah mereka. Haihhhh sangat penat! Keesokan harinya sudah mau kembali ke Kota Kinabalu semula. Hanya sehari di 2 hari 1 malam di Tawau.