follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, May 25, 2012

Sebab Kenapa Orang Yang MENGUMPAT Perlu DIHARGAI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sedikit tazkirah Jumaat sebagai santapan hati. Seperti tajuk di atas, mengapa?! Inilah antara sebabnya:


  1. Bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita... Hmmmm, terharunya saya...
  2. Orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik' sebab dia nak transfer pahala dia pada kita. Alahaiiii susah-susah aje tau...
  3. Orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan dan kelemahan kita. Jadi secara realitinya, si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. Syukur alhamdulillah...
  4. Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita. Ye ke?! Alahaiiii la engkau...
  5. Si pengumpat nak jadi macam diri kita. Sebab tu dia mengumpat kan?!


Friday, May 18, 2012

Mini Popia Ikan Bilis & Kacang Tanah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Sebelum tu nak say thank you so much kat kawan sekolah menengah saya yang share resepi yang mudah murah simple super duper ringkas ni 12 tahun yang lalu. JURIDAH ATON, kalau kau terbaca entri ni, thank you geng! Hahahahaha... Nostalgia sungguh! Ni masa merasa kuih raya di rumah ko la ni dulu, aku termintak resepi dan balik rumah terus aku buat! Sedap plang!

Okeh, cut the crap! Bahan-bahannya sikit saja. Dan bahan utama tentunya seperti nama resepi di atas. Kulit popia, ikan bilis dan kacang tanah.

BAHAN-BAHAN:
  1. Kulit popia
  2. Ikan bilis (goreng sehingga garing)
  3. Kacang tanah (goreng kering tanpa minyak)
  4. Cili (ikut pedas yang anda suka)
  5. Minyak masak untuk menggoreng
  6. 1 biji telur (sebagai gam kulit popia)

Nisbah ikan bilis dan kacang tanah adalah 1:1. Cili pula ikut kepedasan yang anda suka!

Saya guna brand KG Pastry ni sebab mudah nak handle. Tak melekit.


CARA-CARA:
  1. Potong kulit popia tu kecil-kecil. Pastikan saiz tetap segi empat sama. Untuk saiz kulit popia seperti gambar di atas, saya potong 4 saja. Biar besar, senang nak gulung nanti. Leraikan kulit popia yang telah dipotong dan letak dalam pinggan.
  2. Untuk bahan inti, kisar ikan bilis, kacang tanah dan cili. Pastikan anda gunakan pengisar untuk bahan kering okeh! Kisar sehingga hancur, jangan lama sangat, takut kacang tu berminyak pulak!
  3. Letakkan bahan inti yang telah dikisar di atas kulit popia dan lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan telur.
  4. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api sederhana. Sentiasa kacau semasa menggoreng supaya masak rata.
  5. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.


Ngam-ngam penuh 1 bekas ni untuk  sebungkus kulit popia saiz besar.

Yummie! Yummie! Jemput makan. Selamat mencuba!


Wednesday, May 09, 2012

Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sudah lunch?! Bagus... Meh cuci mata lak dengan gambar ni...

Mee Udang Banjir dari Kuala Selangor.

Ermmmm... Dari pandangan tekak saya, bagi markah 5 out of 10! Tak tau lak tekak orang lain... Menu mee udang banjir ni asal dari negeri mana eh? Kalau dari negeri asalnya, mesti lagi sedap kot. First time ni makan menu ni. Makan kat restoran kat bawah ni.

Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Restoran ni letaknya di tepi jalan utama. Berdepan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor.

Tiba-tiba teringat lak kedai Along Mee Kari kt Gambang, Kuantan. Teringatkan menu bihun kari cendawannya yang menjadi menu kegemaran saya setiap kali berkunjung ke restoran itu! Arghhh, menggiurkan bila teringat menu itu! Serius sangat sedap sehingga menjilat lantai! Kali terakhir makan, setahun yang lepas. Hujung tahun ni konvo master kt UMP, haruslah singgah makan  kat sana lagi.


Sunday, May 06, 2012

Menara Pemerhati Bukit Bendera di Kota Kinabalu


Assalamualaikum...


Menara Pemerhati Bukit Bendera atau dalam bahasa omputihnya, Signal Hill Observatory Platform, merupakan titik tertinggi di bandaraya Kota Kinabalu. Merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan yang mabeles bandaraya Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit memandu dari Padang Merdeka akan membawa anda ke dek berangin di mana anda boleh mendapatkan pemandangan yang menakjubkan sehingga ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdurahman.


Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh menaiki teksi dengan tambang antara RM10-RM15 ke lokasi tersebut. Anda perlu menaiki kenderaan sendiri ataupun teksi sahaja memandangkan ianya adalah di luar laluan biasa bas.


Menara Pemerhati Bukit Bendera dibuka setiap hari dari jam 8.00 am hingga 12.00 am. Masuk adalah percuma.

Gambar dari kaki bukit

Pintu masuk ke menara tersebut

Pemandangan memang superb dari atas ni. Boleh lihat sebahagian besar pusat bandaraya Kota Kinabalu. Tak percaya?! Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni...








Nice view kan? So kalau rasa ada masa untuk jalan-jalan sekitar bandaraya Kota Kinabalu, jangan lupa singgah di sini. For sure tidak menghampakan pemandangannya.