follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, August 11, 2011

SIHIR Part 3 - Cara Menghindari Sihir

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Artikel berkaitan entri ini:
  1. SIHIR Part 1 - Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir
  2. SIHIR Part 2 - Antara Tanda-tanda Terkena Sihir
  3. SIHIR Part 4 - Rawatan Untuk Orang Yang Terkena Sihir

Antara yang kaedah/cara untuk menghindari sihir yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa dalam kelas beliau adalah seperti berikut...

1. Baca sebanyak 3X ayat berikut selepas solat Subuh dan selepas solat Maghrib.
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun. Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim."

Maksudnya:
"Apa yang Allah kehendaki akan berlaku dan yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Tiada upaya melainkan dengan kehendak Allah."
- baca secara lafaz (kuat), bukan dalam hati agar jin/syaitan keluar dari rumah kita.
- apabila tiba-tiba anda jatuh dengan teruk, ataupun anak-anak anda tiba-tiba jatuh, cepat-cepat baca 3 Qul dan ayat di atas kemudian sapu ke seluruh badan. InsyaAllah, jin tidak akan masuk ke dalam badan.

2. Menuruti perintah Allah.
- Sebagai satu contoh perkara yang biasanya kaum Hawa terlepas pandang atau kurang menitikberatkan adalah mempercepatkan mandi wajib selepas kering haid.
- Jangan melengahkan dan bertangguh untuk mandi wajid selepas haid. Mandi sejurus diyakini darah haid sudah tidak keluar.
- Begitu juga halnya dengan mandi junub. Dalam keadaan junub, kita dikelilingi syaitan.
- Jangan menyediakan/memasak makanan dalam keadaan junub.

3. Lebihkan zikir.
- Ayat Kursi mengiringi setiap kali selepas solat fardhu.
- Surah Al-Baqarah ayat 285 dijadikan sebagai wirid harian. Sehari ayat tersebut dibaca di dalam rumah, 3 hari syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah kita.
- Mengamalkan doa-doa harian yang diajarkan oleh Rasulullah seperti doa masuk dan keluar tandas, menghadap cermin, doa sebelum dan selepas makan dan sebagainya.
- Perlu diingatkan bahawa "arasy" atau tempat rehat syaitan adalah dalam lubang najis. Jangan duduk lama-lama di situ, keluar segera setelah 'urusan' kita selesai.
- Jangan amalkan tabiat membaca suratkhabar/majalah di dalam tandas, juga jagan menyanyi di dalam tandas.
- Jin juga boleh menyerang melalui cermin, oleh itu lindungi diri anda dengan membaca doa ketika menghadap cermin.

4. Tegah anak-anak keluar pada waktu Maghrib.
- Taman-taman permainan, halaman rumah dan padang tempat anak-anak kita bermain merupakan antara tempat jin dan syaitan berkeliaran pada waktu Maghrib. Jadi pastikan anak-anak anda sudah masuk rumah sebelum azan Maghrib berkumandang.
- Semasa azan, jin/syaitan akan bertempiaran lari. Antara tempat persembunyian mereka adalah dalam tandas. Maka jangan masuk tandas semasa azan berkumandang. Dikhuatiri akan memudaratkan anda atau anak-anak anda apabila 'dilanggar' jin/syaitan.
- Ubah sikap membuang sampah pada waktu Maghrib.

5. Amalkan meng'ada'kan tamar/kurma di dalam rumah.
- Seelok-eloknya adalah tamar dari Mekah/Madinah kerana jin/syaitan tidak suka kepada tamar dari Mekah dan Madinah.
- Amalkan makan 7 biji tamar Ajwa (tamar dari Madinah) setiap pagi.

6. Sebelum tidur malam dan semasa bangun pagi, amalkan membaca 3 Qul dan tiupkan pada tapak tangan sebelum menyapukan ke seluruh tubuh. Boleh dibaca ketika datang haid dengan diniatkan sebagai zikir.
7. Sebaik-baiknya usahakan untuk mencari tempat sihir dan buangkannya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir adalah Surah al-Kauthar.
8. Sentiasa muhasabah diri, bertaubat dan banyakan beristighfar. Gangguan sihir/jin/syaitan boleh disebabkan oleh tindakan sendiri.
Untuk sambungan akan datang:
  • Cara merawati orang yang terkena sihir.
  • Cara melayan orang yang terkena sihir.


6 comments:

CikLily12 said...

salam..

cik luna , mohon izin copy paster artikel ni di blog ya :)

akan dikreditkan ke blog cik luna

Fresh Company Sdn Bhd said...

sangad bergune ^^

Unknown said...

bagusnye..bermanfaat..tengs..

S.A.I.N.A said...

byk sgt info berguna, tq luna =)

MUZAK said...

cuba try share pasal jin asyik pulak kat next entri

Unknown said...

cik luna, saya nak minta izin post ni kat blog saya yer :D