follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, September 06, 2011

Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah

Assalamualaikum... Jika ke Sarawak, jangan lupa bawak balik kuih lapis Sarawak (jika di Kuching, kuih lapis Dayang Salhah menjadi pilihan), ataupun Tebaloi (makanan ringan/snek tradisional yang dibuat daripada pokok sagu). Bagaimana dengan Sabah?!

Ahhhhh.... Sekejap sungguh rasanya cuti 2 minggu di Sabah ni berlalu! Besok sudah mau kembali ke KL! Belum puas menikmati makanan-makanan yang masih berbaki di rumah ni! Serius sangat bermacam-macam mak saya masakkan untuk saya! Huk3!

Okeh, berbalik kepada perkara tajuk! Ya, inilah dia makanan yang wajib saya bawak balik dari Sabah sebagai ole-ole buat sahabat di semenanjung Malaysia. Produk IKS tempatan di Sabah.




Amplang dan kuih cincin memang menjadi kewajipan untuk dibawa balik! Dan ini kali pertama saya bawak balik belacan Papar seperti dalam gambar di atas (sebelah kanan penjuru bawah).




Kebetulan keluarga saya bercuti ke Tawau minggu lepas, maka saya tidak melepaskan peluang untuk memborong amplang Tawau. Menurut orang Sabah, amplang Tawau is the best! Terdapat tiga jenis amplang yang sempat saya lihat di Pasar Tanjung, Tawau iaitu amplang ikan tenggiri, amplang sotong dan amplang udang. Namun saya hanya beli amplang ikan  tenggiri dan amplang sotong. Amplang sotong serius sedap!


Amplang Ikan Tenggiri (warna putih)


Amplang Sotong (sedikit kemerahan)
 
 
Sekiranya tidak ke Tawau, tempat untuk membeli amplang di pantai barat Sabah (Kota Kinabalu) adalah di pasar amplang bersebelahan dengan Pasar Kraftangan (Pasar Filipin) di jalan Tun Fuad Stephen (anda boleh Google Map kedudukan pasar tersebut dengan kata kunci "Pasar Kraftangan Kota Kinabalu"). Perbezaan ketara yang dapat saya lihat di antara amplang pantai timur (Tawau) dan amplang pantai barat (Kota Kinabalu) adalah saiz bebola amplang tersebut. Ampang Tawau lebih kecil jika dibandingkan dengan amplang Tawau. Rasanya juga punya perbezaan yang mana saya lebih menyukai rasa amplang Tawau berbanding amplang Kota Kinabalu.

Harga bagi amplang adalah sama bagi setiap jenis amplang iaitu RM5 untuk bungkusan 200g dan RM10 bagi bungkusan 450g (mengikut harga amplang Tawau). Harga tersebut merupakan harga runcit. Kalau dapat pergi beli di kilang amplang tersebut, harganya jauh lagi murah. Namun memandangkan kami kelam kabut hari terakhir sebelum balik ke Kota Kinabalu semula hari tu, maka kami hanya sempat beli di pasar sahaja.

Selain amplang, kuih cincin juga menjadi kewajipan untuk dibawak balik!




Kuih cincin juga merupakan produk IKS Sabah yang berasal dari pantai barat Sabah. Sekiranya di Pekan Papar (lebih kurang 50km dari Kota Kinabalu) tempat saya tinggal ni, harga runcit bagi kuih cincin dengan bungkusan 44 biji kuih cincin adalah RM10. Namun jika anda pergi ke tempat pengeluaran kuih cincin tersebut, anda boleh dapat harga borong RM6 bagi bungkusan yang sama! Perghhhh saya angkut tiga bungkus untuk dibawak balik ke KL besok! Nak bagi jiran sebelah rumah... Huhuhuu...




Kemudian belacan Papar! Belacan Papar is the best belacan in Sabah, menurut penduduk tempatan. Entahlah, saya pun tidak pasti sebab saya sendiri belum pernah rasa belacan dari daerah lain di Sabah ni. Tapi jika dibandingkan dengan belacan di semenanjung, sorry to say, saya katakan belacan Papar is still the best!

 


Kenapa saya tangkap gambar belacan tu bersebelahan dengan bungkusan putik kapas tuh?! Sebab nak bagi perbandingan kepada anda semua, saiz bungkusan belacan tersebut! Beratnya adalah 400g dan harga runcitnya RM10. Murah ke mahal?!

Selain makanan di atas, makanan laut samaada kering ataupun basah juga sering menjadi ole-ole yang akan dibawak balik ke semenanjung Malaysia sekiranya mereka datang melawat Sabah. Saya belum pernah bawak lagi makanan laut basah tu balik semenanjung. Pada pemerhatian saya, semasa pelanggan membeli makanan laut tersebut di pasar ikan Kota Kinabalu, mereka akan mention bahawa barangan tersebut untuk dibawa balik ke semenanjung (dibawa menaiki kapal terbang), maka peniaga di situ akan membungkus barangan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak lapangan terbang bagi barangan basah tersebut.

Jadi, jika anda melawat Sabah, anda sudah tau apa yang perlu dibeli untuk dibawa balik... Harapnya entri ini membantu anda semua. :) Selamat malam...


41 comments:

Unknown said...

amplang tawau terbaik..kuih cincin sedap...^^V

eton said...

waaa borong abis ni.. hehehe

Kancil 8349 said...

memang macam tu kalau dah balik ke semanjung...benda2 nie lah yang selalu dibawa balik...

kasihredha said...

selamat hari raya
akak suka kuih cincin tu :)
menurut akak..belacan tu mahal...tp kalau sedap tak kisah mahal pun kan :)

budak.mata.empat said...

kuih cincin tu nampak cam pelikk jaaa kann..heeeee

Ken Wooi said...

nice snacks :)

CikLily12 said...

kuih cincin adalah terbaek..hehe. luna..inti apa sebenarnya kuih cincin tu ek?

CikLily12 said...

kuih cincin adalah terbaek..hehe. luna..inti apa sebenarnya kuih cincin tu ek?

Aziz Network said...

aku bese bawak kurma je, bekalan ke sekolah...xde org nak mintak punya..kalau bawak makanan cam donat, konfem dah kena balun habis,haha

Anonymous said...

kita suka kuih cincin tu,sedap nak boleh?

CayZal said...

tanda aku semakin tua..
menyepetkan mata bila baca tulisan kecik..
anyway,nice info about sabah..

eliyaezlinalias said...

belacan sabah tu cam sedikit gelap kaler nyer dr belacan melaka eh!

Xavi De said...

amplang n kuih cincin...hehe...
bez nya jejalan kat negeri bawah bayu... perghhh

Cik Orkid said...

wah wah ~

Kaio said...

wah sedapnye. haha .

jemput singgah. www.kaio.my

exora said...

salam kenal, terliur tgk amplang n belacan ni..

Anonymous said...

pehh semua tak penah makan, kecuali balacan. hehe. new follower. :)

Mohamad Rivai said...

belum pernah ke sabah.

tapi kalau ke sabah mau mampir rumah kamu saja

duniaanita74.blogspot.com said...

wau..sodap kueh cincin ti..kak ita suka kueh tu....

afY fiYuNa said...

kuih cincin 'peberet' saya tue...even x pergi sane pun, mst pesan bli dgn kawan2..hehehe ooppss
salam perkenalan..baby lanun BW n follow luna lanun ;)

zahidah seran said...

tak pernah makan lagi amplang & kuih cincin tu....teringinnya nak rasa..=)

KuNanGKuNanG said...

tringin sgt nak gi sabah tp xde rezki lg..kalau dapat gi leh gak borong semua cam kat atas tu.he3

Wanita2u said...

Wah, sedapnya tgk kerepek2 ni. :)
Akak teringin nak mencuba Belacan Papar tu. :)

Piweet said...

tersangatlah suka kuih cincin....bl pulak la nk dpt g sabah ni...hehehe

Cappuccino Lover said...

Ooooooh... kuih tu namanya kuih cincin. Hari tu sepupu sy pergi melancong kat sabah n bwk balik. hampir habis sy mkn. Kuih cincin=Sedap!!!!

Nana afLs said...

follow u~ wahh pernah dtang sabah ka?? btw im sabahan hihi ^^

Dyla Zaman said...

Wahhh.. Kuih Cincin n Amplang.. da lama makan.. nakkkkkkkkk

lynenotsocute said...

lyne suka kuih cincin...sdp2

Anonymous said...

sume bnda ni ak dah list kan jp g nk bli....2 days in kk,,,)

Unknown said...

jom lar kongsi dengan akak suasana disana .. akak dlm perancangan terdekat akak pergi kk ... tp ada sikit gusar ni ...

LUNA LANUN said...

izan - kak izan, even sy ni org sabah, org kk, but psl touring guide ni, jgnlah ditanya sy, mmg fail! huk3... sbb sy sndri x pnah pakai keta sewa teksi public transport semua tu kt sana, sbb travel pkai kete sndri... hu3... but mgkn akak leh tgk kt website ni, mn tau blh mbantu... SABAH TOURISM

Anonymous said...

Klu nk order sya bole tolong jd agent kt sabah... 0145538464

Anonymous said...

Nk borong bole kontek saya..0145538464

Anonymous said...

0145538464 klu nk borong

Anonymous said...

0145538464 klu nk order...sya kt sabah

Anonymous said...

Nak order bole...murah2 jek klu borong..0145538464

Anonymous said...

Klu nk order bole...0145538464..bole jual balik kt smnnjung

Anonymous said...

Klu nk booking sya bole tolong..0145538464

Anonymous said...

Klu nk borong bole bah..0145538464..bole jual kt sna..

Anonymous said...

Klu nk order sya bole tolong..0145538464..sya pnjual

Anonymous said...

Klu nk order sya bole tolong..0145538464..sya pnjual