follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, August 31, 2011

Dulu 'Lone Ranger', Sekarang Sudah Ada 'Escort'

BISMI|LLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Semakin dewasa rasanya semakin kurang menyeronokkan untuk berjalan-jalan berhari raya berziarah dari sebuah rumah kawan ke sebuah rumah kawan yang lain. Memandangkan masing-masing sudah berubah status dari 'lone ranger' kepada 'married'. So nak bergerak sesuka hati sudah tidak boleh lagi. Masing-masing sudah punya escort. Dah takde nak 'huha2' lagi macam dolu2 zaman bujang trang tang tang...

Hari ni merupakan hari ke-2 raya, dan entah dari mana datangnya semangat untuk merajinkan diri menziarahi sahabat-sabahat bekas satu sekolah menengah sampai SPM dulu di SM. St. Joseph, Papar. Cuma hari in itidak seperti dua tahun lepas, saya bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain secara berseorangan. Huk3. Kesian... Padahal dua tahun lepas, sempat jugak meronggeng bersama-sama beraya semasa semuanya masih berstatus 'lone ranger'.

Macam biasa, rumah wajib yang akan diserbu adalah sahabat kencang saya, Diyana Daud.




Sudah punya seorang  baby girl yang berusia 4 bulan dia ni. Nasib baiklah dia beraya di Sabah sebab tahun lepas katanya sudah giliran beraya di rumah suami dia di Kelantan.

Arghhhhh!!! Double chin! Sangat berbeza dengan gambar 2 tahun lepas... Perbezaan yang sangat ketara. Pertambahan berat badan juga amat ketara. Haiyyok!!! Kawan yang dah beranak pun lagi selim melim river dari saya. Owh tidak!

Usai berceritera kisah masing-masing di rumah Diyana, saya pun meneruskan misi ke rumah yang lain pulak. Tak merancang pun ke rumah Ichill, tapi sudah Allah tetapkan pertemuan kami pada hari ini. Maka bertemu la kami di rumah dia. Dia ni pun dah lama sangat tak jumpa. Jumpa kat Facebook jer selalu.

 


Mereka semua  sahabat-sahabat bekas satu sekolah menengah di SM St. Joseph Papar, Sabah dulu. Cepatnya masa berlalu. Semuanya bukan lagi 'lone ranger'.




Hari ni cuma sempat beraya ke 3 buah rumah. Malas dah nak berjalan... Ramai sahabat yang sedang beraya di rumah keluarga suami masing-masing... huk3...


1 comment:

Shafiq said...

Takpe.Janji dapat beraya. :-)