follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, August 09, 2011

SIHIR Part 1- Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Artikel berikut merupakan artikel yang saya terima dari seorang sahabat melalui emel. Maklumat berikut diperolehi daripada kelas Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa (tidak dinyatakan waktu dan lokasi). Mohon dipanjangkan memandangkan kita sendiri terdedah kepada perbuatan sihir setiap hari. Memandangkan artikel tersebut agak panjang, maka saya akan pecahkan kepada beberapa entri agar kamu tidak cepat bosan membacanya..

 
Semoga ilmu berikut boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sihir merupakan perbuatan jin dan syaitan, juga daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain yang kebanyakannya disebabkan oleh perasaan hasad dengki, cemburu, iri hati dan yang sewaktu dengannya. Golongan ini akan berjumpa dengan tukang sihir atau biasa dikenali sebagai bomoh/pawang yang mana mereka akan menggunakan khidmat jin/syaitan sebagai pengantara. Biasanya khidmat jin/syaitan ini adalah bersyarat sebelum 'mereka' melakukan 'tugas mereka'. Contoh: Jin/syaitan akan mengarahkan tukang sihir kencing pada Al-Quran sebelum 'mereka' mahu menjalankan 'tugas'.

Berikut merupakan antara cara-cara untuk mengenali seorang tukang sihir yang dikongsikan oleh Dato' Dr. Ustazah Fatma El-Zahraa dalam kelas beliau. Juga tanda-tanda seseorang terkena sihir.


Cara Untuk Mengenali Tukang Sihir
  1. Tukang sihir akan meminta beberapa barangan seperti gambar, songkok, kain pelikat/batik, asam limau, telur dan juga tarikh lahir anda.
  2. Mereka akan meminta binatang 'pelik' seperti ayam hitam, kambing putih dsb.
  3. Mereka membaca Al-Quran in a funny way, sangat laju dan tidak jelas. Sebenarnya mereka sedang mencampuradukkan/menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan memasukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca.
  4. Penampilan fizikal mereka yang kotor, kuku kotor dengan pakaian yang berbau busuk. Tidak langsung menggambarkan seseorang yang mengamalkan ajaran Islam.

Wallahua'lam...

Artikel berkaitan:

  1. SIHIR Part 2 - Antara Tanda-tanda Terkena Sihir
  2. SIHIR Part 3 - Cara Menghindari Sihir
  3. SIHIR Part 4 - Rawatan Untuk Orang Yang Terkena Sihir



Sudah baca artikel ini?! Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin


7 comments:

Anonymous said...

Betul2. Saya pun ada baca tentang cara mengenali tukang shir ni. huhu. Apa-apa pun nice info. :)

Tak sabar nak tggu bahagian strusnya, tanda2 org trkena shir tu. :)

kasihredha said...

good info...thanks :)

Cik Puan iLa said...

salam perkenalan..singgah sini dan follow blog ni.. ;)

faizbotol said...

info terbaik...akan menunggu post selanjut nye tentang sihir

Oh Oeya said...

Assalamualaikum.
Salam kenal..
Singgah dan follow awak ye :)

Kaio said...

wahhh.. berguna ni.

si para para said...

bahaya ni..