follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, October 19, 2012

Congratulation Luna!!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

A big congratulation to me on my master convocation... Hehehehe... Masuk bakul! Masuk bakul! Upload gambar yang ni jer dulu k... Yang lain-lain, will be uploaded soon!

After a year of waiting... Finally...

Owh, my 2nd UMP's alumni card... 1st card was during the Bachelor Degree convocation!

Kisah sepenuhnya akan dimuatnaik ke dalam blog dalam masa terdekat... Okeh, saya janji! :)


Friday, October 05, 2012

Sweet Escape Brunei Darussalam Part 6 - Universiti Brunei Darussalam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM

PART 1 : Bandar Seri Begawan
PART 2 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 3 : Masjid Omar 'Ali Saifuddien
PART 4 : Kampong Ayer Brunei
PART 5 : Istana Nurul Iman


Assalamualaikum...

Cherita Brunei Darussalam diteruskan lagi... Kali ini lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang terletak di Bandar Seri Begawan...

Simpang masuk ke universiti...

Untuk pengetahuan, terdapat hanya dua buah universiti di Brunei Darussalam. Selain UBD, sebuah lagi ialah Institut Teknologi Brunei.

UBD merupakan universiti terbesar negara tersebut dari segi pendaftaran pelajar dan kurikulum yang ditawarkan.

Main entrance... Pengawal keselamatan di sini pada masa foto ini diambil, sangat baik dan peramah.

Daripada pemerhatian saya semasa lawatan ke universiti ini, universiti ini tidaklah sebesar mana. Susun atur bangunannya juga tidak terlalu padat.

Owh teringat seorang sahabat pernah berkata kepada saya, "Rakyat Brunei ni, mana pakai kereta Malaysia walaupun kita ni berjiran dengan mereka. Paling busuk pun pakai Honda City..."

Ermmmm, mungkin ada kebenarannya. Semasa lawatan ke Bandar Seri Begawan hari tu, memang saya langsung tidak melihat sebijik pun kereta Malaysia.

Silap la sebab tak tangkap gambar kereta guard masa bergambar kat signboard di atas ni. Musti anda semua tak percaya punya, tak pernah saya tengok guard kat Malaysia ni pakai kereta quite mewah begitu. Lupa dah kereta jenis apa, tapi memang agak jugak lah mewah kereta tu. Orang Brunei kayo-kayo belaka kot... :P

Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam



Maaf, tidak banyak gambar yang mampu dikongsi untuk entri UBD ini. Segan nak posing sana posing sini masa lawatan tu sebab pelajar-pelajar (mungkin ada lecturer jugak) asyik memerhatikan gelagat kami. Ketara sangat yang kami ni bukan pelajar atau staff di sini kerana pakaian yang kami pakai masa ni. Mostly, pakaian pelajar-pelajar perempuan di sini, memakai baju kurung pesen yang sama. Mungkin baju kurung Brunei kot?! Pelajar lelakinya pula berpakaian formal. Itu pasal la segan nak posing lelebih.

Dapat tangkap gambar sikit-sikit, dah la. Bila pelajar-pelajar tu duk memerhatikan kami, kerana ke'segan'an, maka kami pun berambus segera dari situ. Hikhikhik...


Wednesday, October 03, 2012

Sweet Escape Brunei Darussalam Part 5 - Istana Nurul Iman (Istana Terbesar di Dunia)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM

PART 1 : Bandar Seri Begawan
PART 2 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 3 : Masjid Omar 'Ali Saifuddien
PART 4 : Kampong Ayer Brunei
PART 6 : Universiti Brunei Darussalam


Assalamualaikum... This entry should be posted long long long time ago... But since time constraints, maka hari ini saya sambung posting about my holiday to Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam... Seperti tajuk di atas, posting ni akan berkisar tentang Istana Nurul Iman saja...

Main entrance... Pokok bunga itu sepatutnya di'trim'kan sikit. Tidaklah ia menutupi tulisan Istana Nurul Iman itu...

Adakah anda tahu tentang fakta ini?! Istana Nurul Iman memegang rekod sebagai Istana Kediaman Terbesar di Dunia (Largest Residential Palace) menurut Guinness World Record.

Dari kejauhan... Istana Nurul Iman yang boleh dilihat dari Persiaran Damuan

Untuk rekod, istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1984 (tahun kelahiran saya pulak tu!) dengan kos sekitar USD $1.4 billion (nilai pada tahun 1984). Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai seluas 2,152,782 kaki persegi (200,000 ). Susah nak bayangkan keluasannya?! Ianya menyamai keluasan 28 buah padang bola sepak okeh!

Istana ini mempunyai 1,788 buah bilik, 257 buah bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang.  Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ. (Sumber: Wikipedia)




Menakjubkan bukan?! Bayangkan jika anda adalah orang yang bertuah yang mendiami tempat seperti itu?! Walau dah duduk bertahun pun, mungkin masih ada tempat dalam istana tu yang belum kamu jejakkan kaki. Hahahaha...

Nak masuk melawat atau jalan-jalan dalam Istana ni?! Takyah mimpi la... Istana ini hanya dibuka kepada umum pada masa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selama 3 hari, yang mana istana ini akan menerima kunjungan kira-kira 110,00 pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Istana ini juga dibuka kepada umat Islam sepanjang 10 hari dalam bulan Ramadhan untuk tujuan bertadarus.

Tu yang kami amik gambar kat pagar istana ni je... Kesian kan?! Nak parking pun, takde ruang parkir yang disediakan buat pengunjung di sekitar istana ni (pada lawatan kami tempoh hari). Tapi nasib baiklah guard dia baik hati bagi kami parking sikijap masa tu untuk tangkap gambar jap. Posing la puas-puas depan main entrance istana ni sambil diperhatikan oleh guard2 tu... Nak over posing pun, jadi segan dibuatnya... Hahahha...


Monday, October 01, 2012

After 5 Years... Hari Untuk Meraikannya Akhirnya Tiba!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...



Sudah habis baca?!

4 tahun... 4 tahun... 4 tahun... 4 tahun weihhhhh... 4 tahun yang dipenuhi dengan segala macam warna-warni kehidupan. Suka duka, susah senang, pahit manis, tawa tangis, selama bergelar pelajar pascasiswazah di sini, Allah saja yang Maha Mengetahuinya...

Bermula dengan pendaftaran pada Januari 2008, kemudian fasa literature search and review, masuk fasa bertapa dalam makmal melakukan kerja-kerja penyelidikan (dah terperasan macam dalam drama CSI tu pun ada,  hahaha), sampai ada kalanya terpaksa bekerja berseorangan sampai ke subuh... Bila dirasakan perlu untuk menambah duit poket (untuk shopping, kehkehkeh), harus berkorban masa buat part time job pulak...

Ohw sudah tentu tidak akan dilupa juga saat-saat terindah seperti semasa menerima panggilan temuduga MOSTI NSF yang akhirnya ditakdirnya menjadi rezeki saya (tak pernah seumur hidup aku terima duit sedebuk RM24k dalam akaun bank aku bila MOSTI bayar lumpsum duit biasiswa tu, kayo kojap den!), bergumbira dengan rakan-rakan seperjuangan, ada masanya apabila perlu travel sama ada untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan di luar kampus, atau menghadiri conference, yang mana masa tu bolehlah sambil menyelam sambil minum air! Sambil menghadiri conference, sambil jalan-jalan carik pasal! Sampai ke Brunei Darussalam aku carik pasal masa attend conference kat Miri! Hahahaha... Best! Best! Sebab travel free!

Sometime bila bosan/tension duduk dalam lab dari terbit matahari sampai terbit matahari keesokan paginya (see, doplohempatjam aku terperap dalam makmal), antara cara yang paling mustajab untuk menghilangkannya adalah dengan menikmati udara petang di sekitar kampus. Atau keluar makan mee kari bersama teman. Atau ada kalanya, keluar ke bandar Kuantan untuk shopping (kalau masa tu terasa macam nak mengabihkan duit, hahaha...), tidak pun mengunjungi rumah sahabat-sahabat di sekitar Kuantan dan Kemaman untuk bermesra dengan baby mereka, paling tidak pun, balik Sabah jer... Kompom hilang tension! Terbaikkk!!!

Selain perkara-perkara indah di atas, tentu tidak akan dilupa perkara pahit/menyedihkan/menyayat hati/ralat dan yang sewaktu dengannya yang pernah berlaku dalam tempoh 4 tahun itu, antaranya adalah semasa sedang outstation ke Seremban. On the way ke Seremban, singgah bersarapan di R&R Seremban, kereta kena pecah kat parking lot! Mau kerugian RM10,000 jugak masa tu. Pasal rugi tu, takdelah ralat sangat, yang bikin hati hancur luluh, my laptop containing all my research work, my thesis, my report, all things related to my Master, gone in a blink! Urghhhhhh....

Selain itu, sepanjang tempoh 4 tahun tu jugak, dah tak terkira berapa banyak kali asyik keluar masuk klinik/hospital. Ade saje sakitnya... Demam selsema la, jangkitan kuman la, sakit tekak la, chicken pox la (time aku busy dengan master aku  ni jugak la dia datang), abih duit PruBSN duk bayar kos perubatan saya. Huhuhu. Jugak tidak mungkin dilupakan tragedi yang hampir meragut nyawa pun ade jugak!

Masuk tahun 2011, setelah 6 bulan melangut selepas penyerahan draf tesis akhirnya dipanggil untuk viva voce, diakhiri dengan penyerahan tesis lengkap! Fiuhhhhhhhh... Rasa macam nak berguling-guling je meraikan saat itu! Setelah berhempas pulas tertunggang langgang tertonggeng terbalik menjalani kehidupan master selama 4 tahun, habis jugak kau akhirnya!

Dan setelah hampir setahun berlalu, masa untuk meraikan saat indah itu akan tiba dalam masa 2 minggu lagi...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Thanks to Allah, thanks to my family, my friends, my supervisor, yang menjadi tulang belakang saya, serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan pencapaian ini. Next mission adalah PhD! Ya Allah, beri aku kekuatan untuk melalui semua dugaan dan cabaran yang bakal aku tempuhi dalam mengejar gelaran 'Doktor' ini... Amin.

Orang bilang, bila kita perolehi sesuatu dengan segala usaha keras susah payah perit jerih kita sendiri, kepuasan akan benar-benar dirasai semasa kita dah berjaya mendapatkannya. Kepuasan yang tidak mungkin dapat dibeli dengan duit kau yang bertimbun itu. Hehehe... Just bear in mind, never ever ever ever ever ever give up! Sebab ada masanya anda mungkin mau berputus asa saja di pertengahan jalan. Sebab saya sendiri pernah melalui. So good luck for those yang sedang berjuang, tidak  kira apa jenis perjuangan yang sedang anda lalui sekarang. Barulah ku sedar maksud di sebalik kata-kata pujangga ini, "BERSUSAH SUSAH DAHULU, BERSENANG SENANG KEMUDIAN."


10 Tips Menjadi Orang Yang Positif
  1. Ambil masa memulakan pagi anda dengan bersyukur dengan kehidupan anda. Bagi yang muslim, sudah tentunya solat subuh. Ia akan mewujudkan minda  yang subur untuk bersedia kepada kejayaan.
  2. Ubah kepayahan kepada kejayaan dengan memutuskan bahawa perubahan bukanlah musuh sebaliknya sahabat kamu.
  3. Membawa perubahan kepada kehidupan orang lain.
  4. Jangan buang tenaga berharga kamu terhadap gosip, isu yang sudah berlalu, pemikiran negatif atau perkara yang diluar kawalan kamu. Sebaliknya, labur tenaga kamu dalam perkara terkini yang positif.
  5. Hidup dengan penuh bertenaga, bersemangat dan memahami orang lain.
  6. Ingat!!! Tiada pengganti untuk kerja keras!
  7. Daripada asyik merungut, lebih baik fokus kepada penyelesaian. Ia adalah kunci kepada inovasi.
  8. Baca lebih banyak buku.
  9. Lebihkan senyuman. Ia merupakan anti-stress semulajadi.
  10. Nikmati perjalanan kamu. Kamu mempunyai satu perjalanan melalui kehidupan, maka jadikan ianya yang terbaik, dan nikmatilah ia.