follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, May 31, 2011

Golongan Suami Pakat Nak Berguru Mengenai Poligami Dengan Salih Yacob?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Terkejut tak?! Tiba-tiba saja semalam keluar berita bahawa abg Salih Yaacob kita ni dah sah bergelar suami kepada si Emi ni... Humang aihhhh... Bertuahnya badan abg Salih Yaacob kita tu. Cantiknya lah bini nombor 4 kau tu Salih Yaacob. Padan le nak kahwin cepat. Baru saja sejak 2 minggu lepas ceritanya asyik terpampang di muka surat pertama akhbar tempatan terutama sekali Harian Metro. Rasanya, ada terbaca di akhbar sebelum ni bahawa mereka akan bernikah selepas hari raya ni, tapi tub tub, takda angin, takda ribut, dah kawin rupanya kau ya!

'Berdebar luar biasa' - Salih Yacob. Dua kali lafaz barulah sah!

Fakta yang dipetik dari Harian Metro mengenai pernikahan Salih Yacob dan Samihah Sheikh Ali:
  1. Salih lafaz akad nikah dua kali.
  2. Emi terima hantaran RM25,000.
  3. Salih hadiahkan senaskah Al-Quran kepada Emi.
  4. Akan berbulan madu di China bersama semua isteri dan 11 anak.
Ini baru betul-betul ber'bulan madu' sebab semua madu turut serta. Hik3! Semoga berbahagialah kau hendaknya Salih Yacob dengan keempat-empat orang isterimu itu. Aja aja fighting!

Adakah ini yang dikatakan jodoh?! Allah jua yang lebih mengetahuinya. Benarlah bahawa suami itu bukanlah milik mutlak si isteri. Ketaatan seorang isteri adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang suami adalah kepada ibunya. Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda bahawasanya,

"Seandainya ada makhluk lain yang boleh disembah melainkan Allah, akan ku suruh seorang isteri itu menyembah suaminya."

Perghhhh!!! Tingginya darjat si suami. Namun, ketahuilah para suami, tanggungjawabmu juga setinggi darjat yang diberikan kepadamu. No ngelat-ngelat okeh dalam menjalankan tanggungjawabmu!

Alahai... Cantiknya isteri ke-4 mu Salih Yacob. Kau kah yang bertuah memiliki dia, atau diakah yang bertuah memiliki kau?!

Bagi golongan isteri di negara Asia Barat, poligami adalah sesuatu yang boleh diterima. Namun, bagi kebanyakan wanita di Malaysia khususnya, apabila si suami menyatakan hasrat untuk berpoligami, maka akan 'bersayap dan terbang' la segala pinggan mangkuk di dapur tu. Bagi mereka, poligami itu umpama racun yang sangat berbisa. Namun, kenapa diantara isteri yang dipoligamikan itu dipanggil 'madu'?! Bukankah madu itu sifatnya manis dan berfungsi sebagai penawar bagi bermacam-macam penyakit?! Fikirkanlah. Apa yang Allah takdirkan buat kita sebenarnya itulah yang terbaik buat kita walau sebenci mana pun kita perkara tersebut. Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Berkata-kata memang senang bukan?! Owh jangan risau, saya sendiri datang dari keluarga besar yang terhasil dari berpoligami. I got 3 moms! Mak saya adalah isteri pertama. Alhamdulillah, segala-galanya adalah baik setakat ini. Tiada masalah besar yang dihadapi setakat ini. Hasil daripada poligami itu, ayah dikurniakan 17 orang cahaya mata. Kerana terlalu ramainya anak, ayah kadang kala terlupa nama penuh kami. Hahahha... Indahnya apabila kami semua dapat berkumpul sekiranya salah sebuah rumah mengadakan kenduri! Meriah sungguh! Itu baru anak, belum lagi buat koleksi cucu. Hahaha... Sungguh meriah!

Sentiasa muhasabah diri. Sentiasa pelajari ilmuNya. Sentiasa dekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah, segala-galanya akan jadi mudah buat kamu. Allah akan sentiasa lapangkan dada kamu untuk menerima apa jua yang bakal berlaku sama ada kamu suka atau tidak. Daripada memikirkan diri kamu adalah sungguh malang, lebih baik kamu fikirkan hikmah disebalik segala kejadian yang Allah timpakan ke atas kamu. Allah tidak akan berikan kita ujian sekiranya ianya di luar batas kemampuan kita. Sudah Allah jelaskan itu dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Subhanallah... Besarnya rahmatMu pada kami ya Allah.


Fizikal Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Merupakan Klu Kepada Khasiatnya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Sedar atau tidak, tenyata Allah telah memberikan kita petunjuk mengenai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran apabila dimakan mentah, hanya dengan melihat kepada fizikal buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. Cuma terkadang kita saja yang terlalu lembab untuk menyedarinya. Berikut merupakan contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai khasiat untuk beberapa bahagian tubuh manusia sesuai dengan fizikal buahan dan sayuran tersebut.

LOBAK


Hirisan lobak jika kita perhatikan kelihatan seperti hirisan/keratan rentas bola mata manusia. Fakta yang dikemukakan para pengkaji kesihatan telah membuktikan bahawa lobak sangat baik untuk meningkatkan fungsi dan aliran darah ke mata.

TOMATO



Tomato mempunyai 4 ruangan di dalamnya dan berwarna merah. Jantung manusia juga mempunyai 4 ruangan dan berwarna merah. Semua kajian yang pernah dilakukan keatas kandungan tomato membuktikan bahawa tomato sarat dengan lycopine yang bermanfaat untuk jantung dan merupakan 'makanan' bagi darah.

ANGGUR


Segugus anggur kelihatan seperti bentuk jantung. Manakala setiap biji anggur tersebut kelihatan seeprti sel darah dan semua kajian menunjukkan bahawa anggur adalah baik untuk jantung dan makanan yang diperlukan oleh darah.

KACANG WALNUT


Kacang walnut kelihatan seperti otak yang kecil yang mempunyai otak kiri dan otak kanan, cerebrums di atas dan cerebellums di bawah. Malah kedutan dan lipatan pada fizikal kacang tersebut kelihatan seperti neo-cortex. Pada masa kini, diketahui bahawa  kacang walnut membantu membina lebih dari tiga dozen neuron-transmitter bagi perkembangan fungsi otak.

KACANG MERAH


Kacang merah berbentuk seperti buah pinggang manusia. Kacang merah  mampu menyembuhkan dan membantu menjaga fungsi buah pinggang.

RHUBARB

 

Rhubarb, Bok Choy dan saderi kelihatan seperti tulang. Makanan ini khusus untuk mengekalkan kekuatan tulang. Komposisi tulang terdiri daripada 23% natrium dan makanan ini mengandungi 23% natrium. Sekiranya anda tidak mempunyai natrium yang cukup dalam diet anda, badan akan menyerapnya dari tulang dan akhirnya membuatkan tulang menjadi semakin lemah. Makanan ini akan mengisi keperluan kerangka tubuh manusia.

AVOCADO


Avocado, terung dan buah pear tidak ubah seperti rahim dan ianya mensasarkan kesihatan dan fungsi rahim dan pintu rahim wanita. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila seorang wanita makan sebiji avocado setiap minggu, ia membantu menyeimbangkan hormon, mengurangkan berat lahir yang tidak diperlukan dan mengelakkan kanser rahim. Sama seperti tempoh 9 bulan diperlukan untuk mengandung sebelum melahirkan seorang bayi, avocado juga memerlukan 9 bulan untuk mencapai tempoh matang. Terdapat lebih daripada 14,000 unsur kimia fotolitik dalam setiap makanan tersebut namun setakat ini hanya 141 yang berjaya dinamakan.

BUAH ZAITUN



Buah zaitun kelihatan seperti sel telur wanita. Buah zaitun berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan dan fungsi sel telur wanita.

LEMON


Lemon, oren dan buah sitrus yang lain kelihatan seperti kelenjar susu wanita dan membantu dalam nutrisi kesihatan payudara.

BUAH ARA


Buah ara adalah buah yang dipenuhi dengan benih dan ianya tumbuh berpasangan (2 biji) sama seperti buah zakar lelaki. Buah ara membantu meningkatkan jumlah sperma dan membantu kelincahan pergerakan sperma. Ianya juga membantu mengatasi masalah kemandulan pada lelaki.

UBI JALAR


Ubi jalar kelihatan seperti pankreas dan mempunyai khasiat untuk menyeimbangkan indeks glycemic bagi penghidap diabetes. Diabetes atau disebut sebagai penyakit kencing manis adalah dikaitkan dengan gangguan fungsi pankreas untuk mengeluarkan insulin.

BAWANG


Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh manusia. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bawang membantu membersihkan bahan-bahan sisa yang tidak diperlukan di seluruh sel tubuh. Bawang juga boleh membuatkan mata mengeluarkan air mata yang boleh mencuci lapisan luar mata. Manakala bagi bawang putih, ia juga membantu menyingkirkan bahan-bahan sisa dan berbahaya seperti radikal bebas dari dalam tubuh.




Keychain Giveaway by Luna Lanun

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


UPDATE 03 JULY 2011

>>>>> SENARAI PESERTA <<<<<

>>>>> PEMENANG <<<<<


Assalamualaikum... Setelah sekian lama asyik menyertai contest dan giveaway blogger lain, maka dengan ini saya ingin membuka peluang kepada blogger yang lain pula untuk menyertai giveaway anjuran Luna Lanun, itu saya la tu :).




Wednesday, May 25, 2011

My 700th Follower - Syieda

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Sekejap pula rasanya menunggu dari Follower Ke-666 ke Follower ke-700 ni. Tapi masa untuk menunggu Follower Ke-777 pasti akan ambil beratus tahun (perumpamaan yang agak melampau pulak!). Mesti lama mau tunggu tu. Baiklah, inilah dia adik manis kita yang berjaya merampas kedudukan Follower Ke-700 saya...

Siapa dia?! Itulah seperti yang tertera di atas ni dan juga banner blog beliau di bawah ni. Maka diumumkan, Follower ke-700 saya ialah SYEIDA... Mari terjah blog beliau. Klik banner di bawah untuk menerjah beliau!

 

Berapa tahun pula mau tunggu untuk Follower ke-777 ni agaknya?!


Petua Mengatasi Bibir Merekah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Bahan-bahan:
  1. 1 gelas air kelapa muda
  2. 1 biji kuning telur
  3. 2 sudu madu

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Amalkan meminumnya sekali sehari.


Holy Water - Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Tentu ramai di antara kamu semua, termasuk saya, yang pernah terdengar atau terbaca penyebaran cerita mengenai 'holy water' yang dianggap boleh memurtadkan orang Islam apabila terminum air tersebut bukan?! Sejauh mana kebenaran cerita tersebut?! Berikut merupakan artikel yang diterbitkan dalam laman web iluvislam.com yang ditulis oleh saudara Muhamad Na'im B. Ab Razak mengenai perkara tersebut. Benar atau tidak dakwaan itu, Allah jualah yang Maha Mengetahui.
Foto didaptasi dari laman web Central Basin.
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran

"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".

Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.

"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.


Doa Menyertai Peperangan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Tuesday, May 24, 2011

Petua Melebatkan Bulu Kening

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


1. Bakar dua biji buah keras sehingga hitam.

2. Kemudian tumbuk halus.

3. Sapukan pada kening setiap  hari sebelum tidur.

4. Bersihkan dengan air pada keesokan harinya.

5. InsyaAllah, kening akan nampak lebih lebat dan menarik.


Unsur "JANGAN DIBUAT" Pada Blog Untuk Menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Adakah blog kamu boleh dikategorikan sebagai "BLOG MESRA PENGUNJUNG"? Apa itu "BLOG MESRA PENGUNJUNG"? Yang paling ringkas untuk mentakrifkannya adalah, blog yang tidak menyusahkan pengunjung dan pengunjung merasa selesa membuat kunjungan ke blog tersebut. Saya pasti tujuan kamu mewujudkan blog dan menulis segala entri dalam blog adalah untuk dibaca oleh orang lain selain untuk menjana pendapatan sampingan. Namun jika tujuan kamu adalah sebaliknya, better tak usah berblog. Pentingkah blog yang mesra pengunjung?! YA!!! Memang PENTING! Untuk menarik trafik ke blog kamu, blog mesra pengunjung memang penting.

Baiklah, perkara-perkara di bawah adalah antara perkara yang sepatutnya "JANGAN DIBUAT" pada blog kamu untuk mengelakkan pengunjung atau bakal pengunjung blog kamu berasa fed up untuk membuat kunjungan semula, atau mungkin yang lebih teruk adalah, belum sempat page blog kamu habis loading, pengunjung sudah memangkah page kamu kerana menyusahkan mereka saja.

Berikut saya senaraikan antara perkara yang membuatkan saya fed up untuk berkunjung ke blog yang mempunyai unsur-unsur seperti di bawah. Menurut pengalaman saya semasa melakukan blog walking. Ambil la tindakan yang selanjutnya sekirannya kamu rasa apa yang saya utarakan di sini ada kebenarannya.


1. Blog for invited readers only!

Adeh, tingglkan komen pada shoutbox saya untuk follow dia semula, namun bila saya klik link blog beliau, ini pulak yang terpapar pada skrin! Hurmmm... Tiada pilihan lain melainkan pangkah terus tab tu!


2. Tiada paparan pautan blog pada profile.

Bila seseorang sudah menjadi follower saya, menjadi kebiasaan saya untuk membuat lawatan balas ke blog mereka demi menghargai mereka, namun apabila saya klik saja untuk melihat profilenya, tiada paparan pautan ke blog beliau. So, tak dapatlah saya nak membuat lawatan balas tersebut!

Cara untuk membuatkan link blog anda visible pada profile:
Dashboard > Edit Profile > Show my blogs > Select blogs to display > tick pada blog anda > Save settings


3. Content warning.
 
Ni pulak mesti kes tak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan "Adult Content" semasa edit setting blog. Adik... Option "Adult Content" pada Setting blog adalah bermaksud, kandungan blog mempunyai unsur-unsur yang hanya boleh dilihat oleh orang dewasa, contoh paling mudah, unsur-unsur 18sx yang keterlaluan.

Cara untuk disable option ini:
Dashboard > Settings > Basic > Adult Content? > No 


4. Pop Out Window

Grrrr.. Yang ini memang bikin panas saja! Kadang kala ada blog tu, setiap klik pada blog dia, mesti keluar 'menatang' ni. Kau ingat aku rajin sangat ka mau klik beribu kali hanya untuk baca entri kau?! Urghhhh... Biasanya, saya pangkah terus blog ni. Fed up la nak baca entri dia kalau macam ni. Tak usah la nak bubuh widget mengarut ni!


5. Autoplay song.

Engkau saja yang suka lagu tu, pengunjung tak semestinya suka! Lagi bikin panas hati adalah. Bayangkan kalau seseorang tu sedang blogwalking, tentunya akan buka beberapa blog sekaligus. Jika semua blog yang dibuka tersebut mengandungi autoplay song, tak ke pecah gegendang telinga, pusing kepala otak terutamanya apabila kebetulan memakai earphone.

Dik, winamp adik kan dah install kat laptop tu. Adik bukak lagu kat situ, dengar sendiri-sendiri sudahlah. Janganlah nak menyusahkan orang lain pulak! Ini semua adalah mengarut untuk blog.


6. Bahasa 'ewwwwww' a.k.a bahasa rempit.

"HEy kOrunx? apew kabOw? hrp sumew sehad saja meyh . lamew gileww ta update blOg nie an? rsew2 da na dkt 1 mOnth ta update. mish gilew kt blOg nieyh. bz lha skunk nieyh. dats y lha ta update. eyh2 sbnr nyew adew bnyak stOry nie nk share nan kOrunx. na tawu err? kem. Of cOzz lha besh. t'sanad lha besh."
Planet mana punya bahasa ni, saya pun tak tahu la! Ni kebanyakan budak-budak punya blog la ni! Sebelum ni saya dah pernah menulis artikel mengenai pandangan saya tentang bahasa 'ewwwwww' bahasa makhluk asing ni.


7. Word verification


Yang ini lagi satu hal. Maaf, saya tidak berkerusi roda seperti gambar kecil di atas ni. Tolonglah disable 'Word verification' tu. Tau tak, bila orang dah taip verification word kemudian tekan 'Post Comment', page awak tu akan reloading semula tau tak?! Kalau loading page awak tu sekejap, boleh tahan lagi la. Biasanya, saya batalkan saja niat saya untuk post komen. Pangkah juga buat blog yang begini.

Cara untuk disable 'Word verification':
Dashboard > Settings > Comments > Show word verification for comments? > No

Cara untuk menapis komen sebelum dipaparkan kepada umum:
Dashboard > Settings > Comments > Comment moderation > Always


Nasihat saya, jangan susahkan pembaca/pengunjung yang pada mulanya berniat baik untuk melakukan kunjungan ke blog kamu seterusnya memberikan trafik kepada blog kamu. Pastikan blog kamu sentiasa menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG".

Senarai di atas akan saya update dari semasa ke semasa untuk rujukan para blogger terutama sekali blogger-blogger baru.


The 666th Follower - Mrs. Asida

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Siapa dia?! Jeng! Jeng! Jeng! Itulah dia seperti yang dah terpampang dalam gambar di bawah ni. Maka dengan ini diumumkan bahawa Follower Ke-666 saya jatuh pada Mrs. Asida.

 


Mrs. Asida sedang menganjurkan 4th Giveaway ilovecontestblog. Untuk ke blog Mrs. Asida, boleh klik banner beliau di atas ni.

Lepas ni promosi untuk Follower ke-700 pulak. Tunggu aje okeh!


Doa Nabi Nuh A.S.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Monday, May 23, 2011

Bahasa "Ewwwwwwwwww" Bahasa Makhluk Asing?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

"HEy kOrunx? apew kabOw? hrp sumew sehad saja meyh . lamew gileww ta update blOg nie an? rsew2 da na dkt 1 mOnth ta update. mish gilew kt blOg nieyh. bz lha skunk nieyh. dats y lha ta update. eyh2 sbnr nyew adew bnyak stOry nie nk share nan kOrunx. na tawu err? kem. Of cOzz lha besh. t'sanad lha besh. kite kite Owg g kem ta lamew. 3 ary 2 mLm jewp. na tawu tk, kite Owg g kt smpadan ThaiLand tuwh nan apew? jLn kaki beb. jaOh gilew. smbiL2 jLn uwh adew aktiviti yg kami kenew buad. na tawu apew? kenew singahh umh Owg 'buad mokew ta maLu' then, mnx brg b'harga dy Owg. lawaksz an? bud kite Owg tadep feel maLu pOwn. grOup kami dpt sbtg 'kaYu'. kirew brg b'harga lha tuwh. kami ta kesah pOwn dpt apew. asaL kn dy e-klaz bg mnda tuwh. msew kami OTW nk g sane, ujn taO. lbat gileww. hbes bsah bju. tpi kami ttap sabO. redOh jewp ujn tuwh. nsek baek tadep kilat Or papew. na tawu grOup mnew last skaLi smpai? fasi2 kami sumew nyew spOtim + baek taO. bak katew abg rOy 'becy aquw'...."

Saya mohon maaf sekiranya ada pembaca yang terkial-kial membaca perenggan ayat di atas dan saya mohon maaf kepada adik yang menulis artikel di atas dalam laman blognya kerana salin sebahagian penulisannya untuk dijadikan contoh dalam entri saya ni.

Baiklah! Pernahkah kamu terbaca sama ada dalam blog, social network, sms, dan medium yang lain menggunakan bahasa "ewwwwwww" seperti atau yang sewaktu dengan perenggan ayat di atas?! Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa seperti itu?! Menurut pemerhatian saya, 99% penggunaan bahasa seperti itu datangnya dari generasi remaja yang bersekolah. Bersekolah?! Iya! Adakah generasi remaja masa kini tidak diajar dengan penggunaan Bahasa Melayu yang betul?! Adakah sekolah telah menarik semua subjek Bahasa Melayu dari diajar di sekolah?! Adakah guru-guru tidak menggunakan bahasa yang betul semasa sesi pembelajaran?! Adakah ibu bapa menjadi faktor?! Persekitaran?! Dari mana sebenarnya asal usul bahasa seperti itu?!

Sebelum itu, mari saksikan pesanan dari Anuar Hadi mengenai isu ini seperti dalam video di bawah:


Comel?! Saya tidak rasa begitu. Menyampah. Ya, saya akui. Mungkin ada yang berpendapat, itu hanya untuk suka-suka sahaja. Namun percayalah, dari suka-suka itulah boleh membawa kepada habit (kebiasaan). Pernah terdengar ceramah Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di radio suatu ketika dulu, menurut beliau, "perkara atau perbuatan yang dilakukan selama 40 hari berturut-turut akan menjadi amalan kebiasaan kita." Bila sudah jadi kebiasaan, maka penulisan secara rasmi pun akan bercampur aduk dengan bahasa 'makhluk asing' tersebut. Jangan buat begitu dik! Yang susah nanti, kamu.

Bahasa melambangkan bangsa. Rosak bahasa, rosaklah bangsa. Jangan kita menjadi salah seorang pemankin ke arah kerosakan itu. Hargailah bahasa kita.

Sumber fotografik : Mohdisa Abd Razak

Entri ini tidak mewakili mana-mana institusi atau apa juga bentuk pertubuhan/persatuan. Ianya hanya dari pandangan kaca mata penulis sahaja.


Segmen Kreatif Ben Ashaari Kembali

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Untuk maklumat lanjut mengenai segmen ni, sila klik banner... Terima kasih!



Nama Pena Blogger : LUNA LANUN


Kalau Dah Dasar Monyet, Perangai Pun Macam Monyet!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Owh jangan salah faham pulak dengan tajuk entri ni! Haha! Saja mau bikin kontroversi... Tapi kalau dah monyet, perangai mestilah macam monyet kan?! Jom layan monyet-monyet di Bukit Melawati, Kuala Selangor ni. Owh, Bukit Melawati merupakan kawasan sejarah okeh. Tempat ni adalah a must visit place jika kamu berkunjung ke Kuala Selangor. Nanti full review mengenainya, saya akan buat di entri yang lain. Buat masa ni, kita tengok gambar-gambar berikut dulu. Siapa orang Kuala Selangor?! Angkat tangan... :)

Alahai lah monyet....

Suasana begini hanya boleh dilihat di waktu hujung minggu ataupun cuti umum. Jika hari biasa, cuma orang berjoging saja.
 
Bau di sini boleh tahan jugak la. Mak saya quite tak tahan dengan bau. Bau-bau yang datang dari haiwan ni dan juga bahan-bahan kumuhan mereka.

Seriously sangat banyak monyet di sini. Dan semuanya baik-baik belaka. Ya ka?! Oklah tu, jika dibandingkan dengan sesetengah monyet tu, suka curi barang orang macam di kampung saya. Ganas-ganas monyet tu!

Dan mereka semuanya jinak-jinak belaka. Tengok saja la dia ni, tidak segan silu datang kepada saya apabila melihat ada makanan dalam gengaman tangan saya. Mereka tak akan rampas makanan tu tau, tapi akan tunggu kita hulurkan pada mereka. Baik kan mereka?!

Lihat la dia ni... Tapi bila dia dah pegang kacang tu, no way dia akan lepaskan. Kamu pegang sekuat mana pun, pasti mereka akan tarik sampai dapat. Saja mau buat nakal dengan mereka ni. Kesian pun ada kalau mereka mengalah.

Lihatlah si dia ni pulak! Sangat tamak ya kamu! Banyak dah tu dalam tangan dia, tapi masih lagi nak ambik yang kat tangan adik saya tu. Owh, muka saya dengan adik saya, sama tak?! Hikhikhik!

Yang ni pulak monyet yang lain. Tengok sahabat dia sekor tu dapat banyak kacang panjang dari adik saya, dia pun duk datang kepada adik saya, nak jugak! Adik saya dah kata takde, dia duk carik jugak! Comel jer tengok perangai monyet mereka ni!

"Nah amik ni, gi makan jauh-jauh. Ajak kawan-kawan yang lain okeh!" Kononnya la dialog saya.

Baiknya yang sekor ni, dia bagi abih dulu yang kat tangan dia, dah habis baru dia mintak lagi pada saya.

Masa ni bagi kacang tanah pulak. Sangat comel la! Dia tak amik guna jari macam kita akan buat kalau kutip kacang tanah sebiji, tapi dia kaut guna kesemua jarinya macam jengkaut! Walaupun hanya mangambil sebiji kacang tanah pada permukaan tangan saya tu.

Dia kutip sebijik sebijik dari tangan saya. Comel!

Ewahhhhhh... Sedap jer dia letak tangan kat atas peha saya eh! Kalau abang tengok, sudah tentu dia akan kata, "Bertuahnya monyet tu." Hahahahha.. Haishhhh... Nakal kamu  ya!

Lihatlah gelagat dia ni. Dia akan lihat dulu kacang tu sebelum masukkan ke dalam mulut. Comel lagi!


Yang ni lagi sekor, tamak haloba juga! Kiri kanan tangan dia penuh dengan kacang tanah.

Ohhh... Posing mu itu tak boleh blah! Hahaha.. Bukan main lagi!

Tapi kan, risau juga dengan kutu-kutu dari monyet ni. Tak pun mana lah tau kan bulu mereka tu boleh menyebarkan bakteria ke, kuman ke, atau apa-apa penyakit seumpamanya. Tapi alhamdulillah, sehingga ke hari ni, tiada apa-apa pun yang kesan penyakit  bermain-main dengan monyet tu.

Alahai la kau monyet!