follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, December 30, 2012

Preloved Cute Dress To Let Go (CD01)








STATUS : AVAILABLE

Kod Item : CD01

Harga : RM50
Harga Asal : RM85.00
Color : Purple
Ukuran (cm) : Length - 88cm, Bust - 77cm, Waist - 68cm
Material : Chiffon
Kualiti Semasa : 10/10



Jika berminat, hantarkan butiran berikut ke alamat email saya:

lanunamyluna@gmail.com

Butiran yang diperlukan:
  1. Nama : 
  2. No Telefon : 
  3. Alamat Penghantaran :

Kos dan kaedah penghantaran : RM6 - Pos Laju


Untuk koleksi preloved item lain, boleh tengok kat page LELONG PRELOVED ITEMS.






Preloved Items (Long Dress, Dresses, Cardigans, Jackets) To Let Go...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Bukak almari pakaian tadi, ya Allah! Padat!!! Meletup je belum almari pakaian tu... Maka dengan melihat situasi itu, saya dengan berat hatinya mengambil keputusan untuk melelong semua pakaian yang jarang-jarang saya pakai!

Ini hanya intro nya dulu ya... Detail tentang item-item berikut akan segera dikemaskini...


Tunggu ya... Sebelum tu, boleh belek-belek page LELONG PRELOVED ITEMS ni...


Saturday, November 10, 2012

"Nasib baik TV3, blh sentuh2 sikit..."

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang tengok Anugerah Skrin kat TV3 malam tadi, pasti anda perasan ayat di atas kan?!


Tak taulah sama ada si polan bin si polan di atas ni terlepas cakap ke, bergurau tak bertempat ke, atau apa saja niat dia mengeluarkan kenyataan sebegitu, Allah saja yang Maha Mengetahui... Nak bergurau pun, agak la! Hukum hakam Allah jangan nak dipersendakan! Yang buat peraturan tu, bukan TV, tapi Allah!


Friday, October 19, 2012

Congratulation Luna!!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

A big congratulation to me on my master convocation... Hehehehe... Masuk bakul! Masuk bakul! Upload gambar yang ni jer dulu k... Yang lain-lain, will be uploaded soon!

After a year of waiting... Finally...

Owh, my 2nd UMP's alumni card... 1st card was during the Bachelor Degree convocation!

Kisah sepenuhnya akan dimuatnaik ke dalam blog dalam masa terdekat... Okeh, saya janji! :)


Friday, October 05, 2012

Sweet Escape Brunei Darussalam Part 6 - Universiti Brunei Darussalam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM

PART 1 : Bandar Seri Begawan
PART 2 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 3 : Masjid Omar 'Ali Saifuddien
PART 4 : Kampong Ayer Brunei
PART 5 : Istana Nurul Iman


Assalamualaikum...

Cherita Brunei Darussalam diteruskan lagi... Kali ini lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang terletak di Bandar Seri Begawan...

Simpang masuk ke universiti...

Untuk pengetahuan, terdapat hanya dua buah universiti di Brunei Darussalam. Selain UBD, sebuah lagi ialah Institut Teknologi Brunei.

UBD merupakan universiti terbesar negara tersebut dari segi pendaftaran pelajar dan kurikulum yang ditawarkan.

Main entrance... Pengawal keselamatan di sini pada masa foto ini diambil, sangat baik dan peramah.

Daripada pemerhatian saya semasa lawatan ke universiti ini, universiti ini tidaklah sebesar mana. Susun atur bangunannya juga tidak terlalu padat.

Owh teringat seorang sahabat pernah berkata kepada saya, "Rakyat Brunei ni, mana pakai kereta Malaysia walaupun kita ni berjiran dengan mereka. Paling busuk pun pakai Honda City..."

Ermmmm, mungkin ada kebenarannya. Semasa lawatan ke Bandar Seri Begawan hari tu, memang saya langsung tidak melihat sebijik pun kereta Malaysia.

Silap la sebab tak tangkap gambar kereta guard masa bergambar kat signboard di atas ni. Musti anda semua tak percaya punya, tak pernah saya tengok guard kat Malaysia ni pakai kereta quite mewah begitu. Lupa dah kereta jenis apa, tapi memang agak jugak lah mewah kereta tu. Orang Brunei kayo-kayo belaka kot... :P

Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam



Maaf, tidak banyak gambar yang mampu dikongsi untuk entri UBD ini. Segan nak posing sana posing sini masa lawatan tu sebab pelajar-pelajar (mungkin ada lecturer jugak) asyik memerhatikan gelagat kami. Ketara sangat yang kami ni bukan pelajar atau staff di sini kerana pakaian yang kami pakai masa ni. Mostly, pakaian pelajar-pelajar perempuan di sini, memakai baju kurung pesen yang sama. Mungkin baju kurung Brunei kot?! Pelajar lelakinya pula berpakaian formal. Itu pasal la segan nak posing lelebih.

Dapat tangkap gambar sikit-sikit, dah la. Bila pelajar-pelajar tu duk memerhatikan kami, kerana ke'segan'an, maka kami pun berambus segera dari situ. Hikhikhik...


Wednesday, October 03, 2012

Sweet Escape Brunei Darussalam Part 5 - Istana Nurul Iman (Istana Terbesar di Dunia)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM

PART 1 : Bandar Seri Begawan
PART 2 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 3 : Masjid Omar 'Ali Saifuddien
PART 4 : Kampong Ayer Brunei
PART 6 : Universiti Brunei Darussalam


Assalamualaikum... This entry should be posted long long long time ago... But since time constraints, maka hari ini saya sambung posting about my holiday to Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam... Seperti tajuk di atas, posting ni akan berkisar tentang Istana Nurul Iman saja...

Main entrance... Pokok bunga itu sepatutnya di'trim'kan sikit. Tidaklah ia menutupi tulisan Istana Nurul Iman itu...

Adakah anda tahu tentang fakta ini?! Istana Nurul Iman memegang rekod sebagai Istana Kediaman Terbesar di Dunia (Largest Residential Palace) menurut Guinness World Record.

Dari kejauhan... Istana Nurul Iman yang boleh dilihat dari Persiaran Damuan

Untuk rekod, istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1984 (tahun kelahiran saya pulak tu!) dengan kos sekitar USD $1.4 billion (nilai pada tahun 1984). Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai seluas 2,152,782 kaki persegi (200,000 ). Susah nak bayangkan keluasannya?! Ianya menyamai keluasan 28 buah padang bola sepak okeh!

Istana ini mempunyai 1,788 buah bilik, 257 buah bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang.  Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ. (Sumber: Wikipedia)




Menakjubkan bukan?! Bayangkan jika anda adalah orang yang bertuah yang mendiami tempat seperti itu?! Walau dah duduk bertahun pun, mungkin masih ada tempat dalam istana tu yang belum kamu jejakkan kaki. Hahahaha...

Nak masuk melawat atau jalan-jalan dalam Istana ni?! Takyah mimpi la... Istana ini hanya dibuka kepada umum pada masa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selama 3 hari, yang mana istana ini akan menerima kunjungan kira-kira 110,00 pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Istana ini juga dibuka kepada umat Islam sepanjang 10 hari dalam bulan Ramadhan untuk tujuan bertadarus.

Tu yang kami amik gambar kat pagar istana ni je... Kesian kan?! Nak parking pun, takde ruang parkir yang disediakan buat pengunjung di sekitar istana ni (pada lawatan kami tempoh hari). Tapi nasib baiklah guard dia baik hati bagi kami parking sikijap masa tu untuk tangkap gambar jap. Posing la puas-puas depan main entrance istana ni sambil diperhatikan oleh guard2 tu... Nak over posing pun, jadi segan dibuatnya... Hahahha...


Monday, October 01, 2012

After 5 Years... Hari Untuk Meraikannya Akhirnya Tiba!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...



Sudah habis baca?!

4 tahun... 4 tahun... 4 tahun... 4 tahun weihhhhh... 4 tahun yang dipenuhi dengan segala macam warna-warni kehidupan. Suka duka, susah senang, pahit manis, tawa tangis, selama bergelar pelajar pascasiswazah di sini, Allah saja yang Maha Mengetahuinya...

Bermula dengan pendaftaran pada Januari 2008, kemudian fasa literature search and review, masuk fasa bertapa dalam makmal melakukan kerja-kerja penyelidikan (dah terperasan macam dalam drama CSI tu pun ada,  hahaha), sampai ada kalanya terpaksa bekerja berseorangan sampai ke subuh... Bila dirasakan perlu untuk menambah duit poket (untuk shopping, kehkehkeh), harus berkorban masa buat part time job pulak...

Ohw sudah tentu tidak akan dilupa juga saat-saat terindah seperti semasa menerima panggilan temuduga MOSTI NSF yang akhirnya ditakdirnya menjadi rezeki saya (tak pernah seumur hidup aku terima duit sedebuk RM24k dalam akaun bank aku bila MOSTI bayar lumpsum duit biasiswa tu, kayo kojap den!), bergumbira dengan rakan-rakan seperjuangan, ada masanya apabila perlu travel sama ada untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan di luar kampus, atau menghadiri conference, yang mana masa tu bolehlah sambil menyelam sambil minum air! Sambil menghadiri conference, sambil jalan-jalan carik pasal! Sampai ke Brunei Darussalam aku carik pasal masa attend conference kat Miri! Hahahaha... Best! Best! Sebab travel free!

Sometime bila bosan/tension duduk dalam lab dari terbit matahari sampai terbit matahari keesokan paginya (see, doplohempatjam aku terperap dalam makmal), antara cara yang paling mustajab untuk menghilangkannya adalah dengan menikmati udara petang di sekitar kampus. Atau keluar makan mee kari bersama teman. Atau ada kalanya, keluar ke bandar Kuantan untuk shopping (kalau masa tu terasa macam nak mengabihkan duit, hahaha...), tidak pun mengunjungi rumah sahabat-sahabat di sekitar Kuantan dan Kemaman untuk bermesra dengan baby mereka, paling tidak pun, balik Sabah jer... Kompom hilang tension! Terbaikkk!!!

Selain perkara-perkara indah di atas, tentu tidak akan dilupa perkara pahit/menyedihkan/menyayat hati/ralat dan yang sewaktu dengannya yang pernah berlaku dalam tempoh 4 tahun itu, antaranya adalah semasa sedang outstation ke Seremban. On the way ke Seremban, singgah bersarapan di R&R Seremban, kereta kena pecah kat parking lot! Mau kerugian RM10,000 jugak masa tu. Pasal rugi tu, takdelah ralat sangat, yang bikin hati hancur luluh, my laptop containing all my research work, my thesis, my report, all things related to my Master, gone in a blink! Urghhhhhh....

Selain itu, sepanjang tempoh 4 tahun tu jugak, dah tak terkira berapa banyak kali asyik keluar masuk klinik/hospital. Ade saje sakitnya... Demam selsema la, jangkitan kuman la, sakit tekak la, chicken pox la (time aku busy dengan master aku  ni jugak la dia datang), abih duit PruBSN duk bayar kos perubatan saya. Huhuhu. Jugak tidak mungkin dilupakan tragedi yang hampir meragut nyawa pun ade jugak!

Masuk tahun 2011, setelah 6 bulan melangut selepas penyerahan draf tesis akhirnya dipanggil untuk viva voce, diakhiri dengan penyerahan tesis lengkap! Fiuhhhhhhhh... Rasa macam nak berguling-guling je meraikan saat itu! Setelah berhempas pulas tertunggang langgang tertonggeng terbalik menjalani kehidupan master selama 4 tahun, habis jugak kau akhirnya!

Dan setelah hampir setahun berlalu, masa untuk meraikan saat indah itu akan tiba dalam masa 2 minggu lagi...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Thanks to Allah, thanks to my family, my friends, my supervisor, yang menjadi tulang belakang saya, serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan pencapaian ini. Next mission adalah PhD! Ya Allah, beri aku kekuatan untuk melalui semua dugaan dan cabaran yang bakal aku tempuhi dalam mengejar gelaran 'Doktor' ini... Amin.

Orang bilang, bila kita perolehi sesuatu dengan segala usaha keras susah payah perit jerih kita sendiri, kepuasan akan benar-benar dirasai semasa kita dah berjaya mendapatkannya. Kepuasan yang tidak mungkin dapat dibeli dengan duit kau yang bertimbun itu. Hehehe... Just bear in mind, never ever ever ever ever ever give up! Sebab ada masanya anda mungkin mau berputus asa saja di pertengahan jalan. Sebab saya sendiri pernah melalui. So good luck for those yang sedang berjuang, tidak  kira apa jenis perjuangan yang sedang anda lalui sekarang. Barulah ku sedar maksud di sebalik kata-kata pujangga ini, "BERSUSAH SUSAH DAHULU, BERSENANG SENANG KEMUDIAN."


10 Tips Menjadi Orang Yang Positif
  1. Ambil masa memulakan pagi anda dengan bersyukur dengan kehidupan anda. Bagi yang muslim, sudah tentunya solat subuh. Ia akan mewujudkan minda  yang subur untuk bersedia kepada kejayaan.
  2. Ubah kepayahan kepada kejayaan dengan memutuskan bahawa perubahan bukanlah musuh sebaliknya sahabat kamu.
  3. Membawa perubahan kepada kehidupan orang lain.
  4. Jangan buang tenaga berharga kamu terhadap gosip, isu yang sudah berlalu, pemikiran negatif atau perkara yang diluar kawalan kamu. Sebaliknya, labur tenaga kamu dalam perkara terkini yang positif.
  5. Hidup dengan penuh bertenaga, bersemangat dan memahami orang lain.
  6. Ingat!!! Tiada pengganti untuk kerja keras!
  7. Daripada asyik merungut, lebih baik fokus kepada penyelesaian. Ia adalah kunci kepada inovasi.
  8. Baca lebih banyak buku.
  9. Lebihkan senyuman. Ia merupakan anti-stress semulajadi.
  10. Nikmati perjalanan kamu. Kamu mempunyai satu perjalanan melalui kehidupan, maka jadikan ianya yang terbaik, dan nikmatilah ia.


Monday, September 24, 2012

CENDOL BAKAR DRIVE THRU KUALA SELANGOR... Memang terbaik biarpun Tipah pernah tertipu olehnya!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...


"Cendol bakar?! Camne agaknya rasa cendol yang dibakar ni?! Ishkkkk musykil aku dibuatnya. Tak penah aku dengar, tak penah aku lihat, apatah lagi pekena resepi cendol yang dibakar!"

Itulah yang bermain di kepala setiap kali melalui gerai Cendol Bakar ni yang terletak di Bukit Rotan, Kuala Selangor. Gerai ni terletak betul-betul di tepi jalan utama. Bagi mereka yang mengadakan perjalanan KL-Kuala Selangor atau sebaliknya, pasti anda tidak akan terlepas pandang pada banner seperti dalam gambar di atas.

Gerai asal yang terletak tidak jauh dari tapak gerai yang ada sekarang. Foto ini dipinjam dari blog Nida Husna.


Siapa yang tak excited bila melihatkan situasi seperti gambar di atas?! Dengan bunting-bunting yang meng'highlight'kan perkataan "PERCUMA", selain font pada perkataan "BAKAR" seperti dibakar (membuatkan anda akan tertanya-tanya, bagaimana agaknya cendol yang dibakar), serta gerai yang dipenuhi oleh pelanggan, pastinya seperti ada kuasa yang menarik anda untuk singgah merasakan keunikan "cendol yang dibakar" ini....

Situasi perbualan berikut berlaku semasa kali pertama  saya singgah untuk makan cendol bakar di gerai ni:
Saya   : Tang mana yang dorang bakar cendol ni bang?! Macam mana agaknya cendol ni dibakar ye?!
Abang : Tanyalah tuan punya kedai... (Sengih sampai ke telinga....)
Saya     : Ishhhkkkk... Kot kot la abg tau...
Abang : Nama tuan kedai ni, En. Bakar la! (Pastu gelak guling-guling, puas hati tengok saya dah terkena!) 
Saya     : (Caittttttt... Tipah tertipu rupanya!!!!)

Awal-awal lagi saya dah tertipu dengan Cendol Bakar ni! Caittttt!!! Rupanya bukan saya sorang je yang terkena, beberapa sahabat yang pernah singgah makan cendol bakar ni pun mengalami situasi yang sama. Hahahahahha... Padan muka aku! Dan juga mereka yang pernah "tertipu"...

Namun lain pula fakta di sebalik gerai Cendol Bakar ini yang dikupas dalam blog Ondscene, yang diperolehi melalui temubual ringkas bersama pemilik gerai Cendol Bakar itu sendiri. Menurut penulis blog itu, tercetusnya idea untuk menamakannya sebagai nama Cendol Bakar adalah kerana gula merah yang digunakan dalam resepi cendol tersebut dibakar semasa proses pencairan gula merah tersebut.

Gerai baru yang ada sekarang, menggantikan gerai lama seperti foto #2 di atas.

Bukan saja nama "Cendol Bakar" yang memberi kelainan, satu lagi keunikan yang pasti menggamit anda untuk singgah sambil bergambar-gambar (macam saya ni, hahahha...) untuk dikongsi dengan sahabat lain, adalah kemudahan DRIVE THRU di gerai cendol ni. Untuk rekod, gerai asal (foto #2) tidak mempunyai kemudahan pandu lalu ini.


Kau pikir cincai ka?! Ingat McD Kuala Selangor tu sja ka ada drive thru... Huhuhu...

Foto-foto seterusnya di bawah ini dirakamkan pada petang 1 September 2012 yang lepas. Hari Sabtu, cuti hujung minggu yang panjang (cuti Hari Kebangsaan), kenduri kendara berleluasa (open house, kenduri kahwin, etc.) yang mengundang ramai pengguna jalan raya melalui jalan tersebut, ditambah dengan  cuaca yang panas, perghhhhhhh, beginilah situasi yang boleh dilihat....


Foto dirakan dari dalam kereta. Sedang beratur untuk membuat pembelian melalui pandu lalu.

Bukan setakat pandu lalu yang panjang sampai ke jalan besar, parking kat dalam pun penuh!

Sampai ke tepi jalan besar, di kiri dan kanan lorong untuk masuk ke gerai cendol ni, penuh dengan kenderaan yang diparkir!

Q yang boleh tahan panjangnya...

Antara pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembelian...


Fully occupied!

Rasanya pekerja-pekerja di gerai ni dah tak heran dah dengan pelanggan-pelanggan yang sibuk nak ambil gambar di gerai ni. Buktinya, Google sajalah kata kunci "Cendol Bakar" ni, berderet blog yang buat entri mengenai Cendol Bakar dengan gambar-gambar dari setiap sudut, setiap penjuru gerai ni! Memang terkenal la Cendol bakar ni. Tidak mustahil jika ada program makan-makan TV seperti Jalan-jalan Cari Makan TV3, atau Best in The World 8TV atau rancangan Makan Angin TV9 tu buat penggambaran di sini.


Senarai harga cendol serta bahan-bahan campuran bagi jenis-jenis cendol yang dijual.

Selain refill percuma yang ditawarkan kepada pelanggan biasa, bagi pelanggan OKU dan fakir miskin, mereka boleh menikmati Cendol Bakar dengan percuma. Mereka hanya perlu menunjukkan kad JKM sebagai bukti kepada juruwang di sini. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki tuan punya gerai ni di atas kemurahan hati beliau untuk bersedekah kepada golongan tersebut.


Maka kepada mereka yang di luar sana, jika anda berkesempatan melalui jalan KL-Kuala Selangor ni, jangan lupa singgah untuk membasahkan tekak anda dengan Cendol Bakar ni.

Entri ini sekadar perkongsian pengalaman penulis dengan pembaca. Penulis tiada langsung kaitan atau share dalam perniagaan Cendol Bakar ini. Hehehe...


Wednesday, September 12, 2012

Penyebaran Lagu Oppa Gangnam Style Hina Islam Ialah Satu Penipuan Bodoh Daripada Orang Melayu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... 

Sekarang ni lagu PSY - Oppa Gangnam Style bukan main lagi meletup-letup kat Malaysia ni kan?! Tarian dalam lagu tu pun dah jadi fenomena, sama macam tarian Nobody oleh Wonder Girl dulu. Sampaikan DJ-DJ Fly FM pun siap buat videoklip pakai lagu tu, cuma lirik ditukar dan disesuaikan dengan resepi orang Malaysia jadi Super Kampung Style.




Anyway, pernah tak baru-baru ni anda semua terbaca, terlihat, terdengar atau yang sewaktu dengannya yang menyatakan bahawa PENYEBARAN LAGU OPPA GANGNAM STYLE MENGHINA ISLAM?! Saya sendiri baru 2 atau 3 hari kebelakangan ni baca kenyataan seperti di bawah ni, yang dikongsi oleh seorang sahabat kat wall Facebook saya.




Then petang ni, saya terbaca artikel dari website beautifulnara.com seperti tajuk entri di atas. Saya konsikan sedikit berkenaan artikel tersebut:

Abang Nara tak tahu apa dah jadi dengan mentaliti orang kita ini. Asalkan sesuatu benda itu popular dan femes, mesti menghina Islam. Banyak kali dah kejadian seperti ini terjadi. Yang peliknya tuduhan mengarut ini cepat pula tersebar dan diterima pakai oleh mereka yang rendah tahap pemikirannya. Memang ajaib sungguh.
Kadang-kadang rasa malu dengan orang Melayu yang bukannya nak fikir macam mana nak berjaya seperti PSY dengan lagu Oppa Gangnam Stylenya. Sepatutnya kita belajar teknik promosi yang digunakan oleh PSY sehingga lagunya yang sebenarnya tak adalah menarik sangat boleh ditonton sehingga ratus juta manusia. Ini tak pasal-pasal dikaitkan dengan binatang burooq dan hina Nabi. Ada yang Abang Nara baca siap cakap maksud “Oppa Gangnam Style” itu ialah “Saya Ingin Menjadi Yahudi”.

Untuk baca artikel penuh, boleh ke laman web beautifulnara.com ni. My comment, ermmm saya taknak komen apa-apa sebab saya tak tahu apa-apa dan tiada apa-apa bukti untuk menyokong komen saya, so better saya simpan aje la komen saya untuk kegunaan akal waras saya ni. Hahaha...


Thursday, September 06, 2012

Apa guna... Kalau...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Quick update untuk santapan rohani...



Monday, August 06, 2012

Nasihat Kubur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hanya perlu luangkan waktu tidak sampai 3 minit untuk membacanya...




1. Aku adalah tempat yg paling GELAP di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJJUD.

2. Aku adalah tempat yang paling SEMPIT, maka luaskan aku dengan berSILATURRAHIM.

3. Aku adalah tempat yang paling SEPI, maka ramaikanlah aku dengan perbanyak BACA AL-QUR'AN.

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan, maka racunilah ia dengan SEDEKAH.

5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak Solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)


Sunday, August 05, 2012

Lee Chong Wei, Kau Tetap Wira Di hati Rakyat Malaysia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum....

Sedih?! Bohonglah kalau tak sedih... Sebab Impian Emas Olimpik Malaysia yang disandarkan kepada pemain perseorangan badminton negara, Dato' Lee Chong Wei nampaknya punah di tangan Lin Dan.


Keputusan perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik 2012:
  • SET 1 : Lee Chong Wei 21-15 Lin Dan
  • SET 2 : Lee Chong Wei 10-21 Lin Dan
  • SET 3 : Lee Chong Wei 19-21 Lin Dan


*mood : aku berhenti berharap untuk makan eskrem Baskin-Robbins for free this wednesday... Hukhukhuk!


Thursday, August 02, 2012

3 Stories Sandwich (Sandwich 3 Tingkat)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Selamat menjamu selera berbuka puasa semua readers... Cuma ingin kongsi menu berbuka puasa yang simple tapi cukup mengenyangkan, menyihatkan, nutrisi lengkap dalam satu hidangan. Ada sumber karbohidrat dari roti untuk menggantikan nasi untuk membekalkan tenaga. Ada sayur, ada lauk, tidak berminyak, bla... bla... bla... Dalam satu pinggan.

Waweeee... Meleleh air liur tengok lelehan sos dan mayonis itu...

Saje je bagi nama sandwich 3 tingkat sebab saya guna 3 keping roti sandwich. Keh3... Baiklah, menu ni senang je nak sediakan. Main susun bertingkat-tingkat jer... Okeh, mari tengok susunan bahan-bahan menu di atas... Bermula dari tingkat bawah ke tingkat atas okeh...


  • roti sandwich
  • helaian sayur kobis (boleh gantikan dengan daun salad)
  • daging burger yang digrill menggunakan non-stick pan (ayam/daging ikut suka tekak engkau org)
  • keju keping
  • sos cili dan mayonis
  • roti sandwich
  • helaian sayur kobis (boleh gantikan dengan daun salad)
  • telur mata kerbau
  • sos cili dan mayonis
  • roti sandwich

Daging burger tu saya masak atas non-stick pan untuk mengelakkan penggunaan minyak. Tapi kalau rasa kering sangat, leh buh minyak zaitun sikit. Pastu tabur lada hitam atas daging tuh!

Nak modified untuk tambah menatang lain pun boleh, janji kena dengan tekak engkau orang. Selalunya saya buat dua tingkat je macam gambar kat bawah ni... Tapi mungkin sebab nafsu/lapar, tu yang buat sampai 3 tingkat. Masa nak makan tu, engkau orang nganga la seluas-luasnya. Hahahaha... Serius sangat mengenyangkan!



Jemput makan...


Wednesday, August 01, 2012

Rahsia Trafik Blog Naik Sehingga 2500 Unique Visitors Sehari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Analytics from Nuffnang untuk seminggu sehingga semalam...

Apa macam?! Mabeles kan?! Boleh bandingkan sendiri UV dalam masa seminggu ni dengan semalam! Tiba-tiba mencanak sampai berkali2 ganda! Empunya blog Luna Lanun ni pun terperanjat beruk sebentar dibuatnya!

Punca trafik datangnya dari artikel yang menjadi bak goreng pisang panas itu semalam adalah:


Apa sebenarnya yang berlaku?! Dari mana datangnya UV yang tiba-tiba sahaja membanjiri artikel/entri tersebut?! Mari lihat analytics from Nuffnang berikut...

Punca trafik untuk hari ini... Yang semalam punya tak sempat nak captured!

Punca trafik semalam juga adalah dari laman yang sama seperti berikut:

Terima kasih banyak-banyak buat penulis blog-blog di atas (rasanya penulis yang sama untuk semua blog tu), sebab tolong beri trafik yang banyak itu kepada blog saya.

Namun, setelah melihat sendiri entri-entri yang dipautkan (backlink) ke entri dalam blog ini seperti yang dinyatakan di atas, cuma ini komen balas saya...

Penggunaan gambar-gambar dalam entri tersebut terang-terangan cuba MENGAIBKAN dan MENFITNAH penulis (Luna Lanun) serta sahabat-sahabat penulis yang terbabit dalam gambar-gambar tersebut, sedang melakukan pesta maksiat, PERGAULAN BEBAS TANPA BATASAN antara lelaki dan wanita bukan muhrim, tak solat dan lain-lain tuduhan negatif, di waktu berbuka puasa.

Tindakan tersebut sangat TIDAK PROFESIONAL dan TIDAK BERETIKA buat seorang penulis blog.

Saya bukan tidak setuju 100% dengan pendapat yang saudara utarakan dalam penulisan saudara. Ya mungkin ada benarnya, mungkin berlaku, atau memang berlaku, namun saudara tidak seharusnya menjadikannya sebagai asas untuk melabelkan kesemua pengunjung yang berbuka puasa di padang itu sedang melakukan maksiat. Kalau pun ingin menggambarkan suasana maksiat yang berlaku di padang tersebut, sepatutnya penulis blog tersebut mengambil gambar sendiri (gambar-gambar yang menunjukkan maksiat berlaku, PERGAULAN BEBAS antara lelaki dan wanita, tak menutup aurat, pasangan yang bercumbuan dsb), dan bukannya menjadikan gambar-gambar dari blog Luna Lanun tersebut sebagai rujukan untuk menggambarkan keadaan tidak senonoh itu.

Sebagai seorang penulis blog yang PROFESIONAL dan BERETIKA, walaupun anda mengambil gambar sendiri yang menunjukkan keadaan maksiat tersebut, gambar-gmbar tersebut sepatutnya di'blur'kan pada bahagian muka untuk tujuan TIDAK MENGAIBKAN MANA-MANA PIHAK. Sebagai seorang yang beragama ISLAM, ditambah pula dibulan yang mulia ini, tentunya saudara sudah maklum, bukankah agama kita melarang kita membuka aib orang lain?! Ingin menegur, ingin mengutarakan pendapat melalui penulisan blog, tidak salah, namun biarlah mengikut landasan yang betul.

Selain MENGAIBKAN penulis dan rakan-rakan penulis yang terlibat dalam gambar-gambar tersebut, saudara juga sedang menyebarkan fitnah terhadap kami, takut sia-sia puasa Ramadhan saudara nanti...

Di bulan yang mulia ini, penulis blog Luna Lanun (tidak termasuk rakan-rakan yang terlibat dalam gambar-gambar berkenaan) MEMAAFKAN saudara atas tindakan itu, namun TIDAK MENGHALALKAN penggunaan gambar-gambar tersebut dijadikan sebagai rujukan saudara untuk menggambarkan keadaan maksiat yang ingin saudara utarakan dalam penulisan saudara.

Mohon kerjasama dari pihak saudara untuk menurunkan kesemua gambar-gambar dan juga link-link entri serta artikel yang ditampalkan dalam beberapa buah forum demi menjaga maruah sahabat-sahabat penulis yang tidak bersalah sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

Sekian terima kasih.

Kepada semua pembaca yang membaca entri tersebut dan entri dalam blog Luna Lanun yang dikaitkan dengan pesta maksiat tersebut, sila guna akal waras anda untuk menilaikannya sendiri.


Saturday, July 21, 2012

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Salam 1 Ramadhan 1433H semua pembaca blog LUNA LANUN... Sempena bulan yang mulia ni, marilah kita rebut semua ganjaran yang ada di dalamnya.


Banyak kan?! Cuma terpulang pada kita sama ada nak rebut atau nak biarkan ia berlalu begitu saja. Atau nak tunggu Ramadhan tahun depan pula baru nak rebut?! Seyakin mana kita akan masih hidup sehingga Ramadhan seterusnya?!


Friday, July 20, 2012

Welcome Ramadhan 1433H

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh-Nya sehingga ke hari ini dan semoga sentiasa dipanjangkan umur untuk bertemu dan bersama Ramadhan 1433H hingga ke penghujungnya. Amin.


Semoga Allah berikan kekuatan fizikal dan mental buat kita untuk meningkatkan saham akhirat dengan melakukan segala ibadah-ibadah sunat yang dianjurkan untuk melakukannya di sepanjang penghulu segala bulan ini. Amin.

Mungkinkah kita akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya?! Atau mungkin inikah Ramadhan terakhir buat kita?! Semua jawapan ada pada-Nya. Maka, rebutlah segala peluang untuk menambah pahala.

Mesej ringkas dari empunya blog LUNA LANUN,

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Tuesday, July 17, 2012

Follower Ke-3131 - Norfatiha

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hah! Dapat jugak akhirnya captured best follower no. ni... 3131, that is not the 4D no okeh! jangan nak mengada gi tikam kat kaunter 4D tu! Haremmmm!

Okeh, okeh, shut the crap! This lucky no goes to..... Jeng! Jeng! Jeng!




Adik Norfatiha... Mau jalan-jalan di blog beliau?! Boleh klik banner blog yang comel kat bawah ni...



Okeh, sedikit komen ye buat adik Norfatiha kita ni... Kak Luna Lanun nak bagi komen ikhlas ni setelah meninjau blog adik tu. Cuma pendapat dan pandangan kak Luna saja... Terpulang pada empunya blog untuk menerimanya bagaimana. No heart feeling okeh!

Untuk menjadikan blog kita mesra pengunjung, segala perkara yang tak perlu letak dalam blog, rasanya tak perlu letak. Bukan apa, ianya akan melambatkan loading page blog. Bila ada pengunjung datang untuk menjenguk blog kita, masuk je blog kita, loading nye lembab bagai siput ba alif ba ya. Belum sempat habis loading, pengunjung tu dah close your page. Hilang mood nak jalan-jalan kat blog trus.

Melainkan kita da mencapai tahap blogger selebriti yang mempunyai puluhan ribu follower di mana pengunjung akan sentiasa membanjiri blog kita walau apa "makhluk" sekalipun yang kita letak dalam blog kita. Ianya tetap tidak menjejaskan kehadiran pengunjung ke blog. Namun bagi blogger yang masih baru, jangan "syiok sendiri" kalau rasa kita nak blog kita dikunjungi oleh blogger lain.

Mungkin artikel ini boleh membantu sedikit... Unsur "JANGAN DIBUAT" Pada Blog Untuk Menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG".

Again, no heart feeling ye. Itu cuma pendapat kak Luna yang dah menjadi blogger sejak 2008.


Monday, July 16, 2012

Jesselton Point Waterfront

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


MENARIK SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
  1. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
  2. Pasar Malam Filipino
  3. Menara Pemerhati Bukit Bendera
  4. Menara Jam Atkinson
  5. Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
  6. Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah


Assalamualaikum...

Sebelum ini dikenali sebagai Terminal Ferri Kota Kinabalu sebelum penjenamaan semula sebagai Jesselton Point Waterfront setelah penswastaannya pada Februari 2006. Tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati semasa berada di bandaraya Kota Kinabalu. Kenapa?!


Pintu gerbang utama Jesselton Point Waterfront.

Berlatarbelakangkan pintu gerbang yang diambil dari dalam kawasan Jesselton Point




Terletak di bahagian utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, berada di Jesselton Point Waterfront tentunya memberi sedikit sentuhan sejarah awal bandaraya Kota Kinabalu kepada anda. Terdapat beberapa potret-potret lama bandaraya Kota Kinabalu (dahulu dikenali sebagai Jesselton) yang terpapar di dinding-dinding bangunan  di sepanjang laluan pejalan kaki. Juga terdapat 2 buah pondok telefon vintaj Inggeris berwarna merah. Bukan kat Genting  Highland je leh jumpa pondok tepon tu. Kih3...


Potret lama bandaraya Kota Kinabalu dipaparkan di dinding bangunan. Adapted from Sabah Tourism

Antara potret lama bandaraya Kota Kinabalu yang terdapat di sini.

Ingat kt Genting Highland je ke ada pondok tepon ni? KK pun ada maaa... Adapted from Sabah Tourism


Jesselton Point Waterfront berfungsi sebagai satu-satunya terminal ferri penumpang untuk laluan air terus dari Kota Kinabalu ke Labuan. (Laluan alternatif kalau nak ke Labuan, boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Terminal Ferri Menumbok selain menaiki kapal terbang). Untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman dan Pulau Gayana, juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot penumpang di sini.


Kaunter tiket ferri dan bot penumpang.  Adapted from Sabah Tourism

Platform untuk menaiki bot penumpang ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman

Gambar diambil dari atas bot sekembalinya kami dari pulau-pulau Taman Laut Tunku Abdurahman


Selain berfungsi sebagai terminal ferri dan bot penumpang, Jesselton Point Waterfront juga menawarkan tempat makan yang bersifat santai dan riadah dengan deretan gerai/kedai F&B, gerai-gerai kraftangan serta pusat futsal empat gelanggang.


Gerai kraftangan yg menawarkan pelbagai hasil kraftangan tempatan. Adapted from Sabah Tourism 

Adapted from Sabah Tourism







Bagi kaki pancing pula, anda turut dialu-alukan untuk menghabiskan masa memancing di jeti yang terdapat di sini yang dibuka dari jam 6.00 pm hingga 6.00 am dengan bayaran RM10 sekali masuk (bayaran boleh dibuat di Suria Futsal Center). Walaubagaimanapun, peralatan memancing tidak disediakan, maka anda perlu membawa peralatan memancing anda sendiri.





Alang-alang berada di sini setelah penat bersuka ria seharian di Taman Laut Tunku Abdurahman, apa kata anda nikmati pemandangan matahari terbenam di sini?! Sangat.... Sangat... Sangat... Subhanallah cantik, indah dan menenangkan! Ditambah dengan bayu laut petang yang menyamankan setelah seharian berpanasan di pulau. Pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan berada di sini!





Jesselton Point Waterfront dibuka setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 2.00 am, manakala terminal ferri pula beroperasi setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 6.00 pm.

Proud to be Sabahan! There are so much things to explore! Jom melawat Sabah! Kih kih kih... Tak menyesal wa cakap lu... :D