follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, June 30, 2011

VIDEO : Serius Cute Giler Saat Selena Gomez Terkejut Berjumpa Dengan Shia LaBoeuf

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Selena Gomez yang tengah hit dengan lagu Who Says dia tu, bukan setakat cantik, bukan setakat pelakon dan penyanyi yang semakin meningkat naik, dia juga merupakan couple kepada fenomena remaja dari Kanada ni, si Justin Bieber. Saya pun suka gak tengok si Selena Gomez ni, suka tengok dia sebab kecantikan dia tu unik, tak macam kebanyakan minah-minah saleh yang lain... Sama macam saya suka tengok muka si Kristin Kreuk (heroin Smallville)...


Selena Gomez semasa bertemu dengan Shia LaBoeuf.

Walaupun Selena Gomez ni seorang artis, walaupun dia ni duk couple dengan fenomena remaja, Justin Bieber, walaupun dia ni memang sentiasa dikelilingi oleh selebriti-selebriti popular, namun dia masih sama seperti remaja-remaja di luar sana yang menunjukkan ke'exited'an dia apabila bertemu dengan selebriti yang sudah lama dia minati. Baru-baru ni, kawan-kawan dia kenakan dia dengan menemukan dia secara surprise dengan Shia LaBoeuf (hero Transformer). Kawan dia cakap kononnya untuk bertemu peminat Selena, tapi bila dia perasan itu adalah Shia, serius comel giler reaksi dia... Tengok je la video ni. Saya serius terhibur tengok telatah dia... Tidak ubah macam kebanyakan remaja lain. Serius cute! Kalau dia ni orang kebanyakan, mungkin saya tak heran sangat kot, tapi oleh sebab dia ni pun selebriti, jarang-jarang la boleh tengok keadaan macam tu...




Budaya 'I Follow U, U Follow Me Back'

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Dengar sini semua, makcik nak membebel jap!

Assalamualaikum... Tentu kamu semua biasa dengan serangkap ayat power ni kan, 'I follow u, u follow me back!'? Fenomena ini seolah-olah telah dijadikan budaya dalam dunia blog. Kebiasaannya dilakukan oleh 'adik-adik' blogger yang baru nak bertapak dalam dunia blog ni, yang baru punya follower cenonet ciput sahaja. Buat blogger yang dah punya ribu riban follower, mungkin masih ada namun bilangannya amat sedikit, yang mengamalkan budaya ini. Ayat tu biasanya akan ditempek pada komen entri mahupun shoutbox setelah seseorang blogger itu menjadi follower sesebuah blog.

Mungkin ada yang beranggapan, budaya itu sangat menjengkelkan dan sangat kebudak-budakan. Seolah-olah  berblog ini hanya untuk mengejar bilangan follower, bukannya mutu/kualiti blog. Apa ada hal?! Biarkan saja lah mereka... Mungkin itu cara mereka untuk membina empayar dan jaringan untuk blog mereka pada peringkat awal. Jika ada yang rasa itu semua sangat menjengkelkan, sila abaikan saja, tidak perlu untuk menghina/menyindir mereka. Serius, tampalan ayat seperti itu pada blog kamu tidak akan mencederakan kamu langsung okeh! Pada saya, saya tidak kisah semua itu. Sebab saya tidak rugi satu sen pun sekiranya saya follow semula blog mereka. Itu salah satu cara saya sebagai menghargai mereka yang sudi menjadi follower saya. Cara saya untuk menceriakan follower saya agar mereka tahu saya amat menghargai mereka. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita balas la semula... Ekekekeke, macam pelik lak peribahasa tu. :

Ada yang berpendapat, 
"kalau nak sangat ramai follower, bagi gempak bagi mantap dulu penulisan dalam blog, secara automatik orang lain pasti akan follow sebab tertarik dengan penulisan kita yang sentiasa berkualiti itu."
Ya, memang tidak dinafikan kenyataan itu ada kebenarannya. Namun ingat, tidak semua manusia lahir dengan bakat menulis tersebut. Bakat itu boleh wujud dalam diri seseorang, tapi pastinya mengambil masa, perlu dipupuk dan diasah dari sehari ke sehari. Kira miracle sangatlah kalau ada manusia lahir-lahir je terus sangat terror dalam penulisan (tidak mustahil sebab itu semua kerja Allah). Lepas tu ada pula pendapat lain yang mengatakan,
"ada je blog yang entri dia entah apa-apa je, entri macam sampah sarap yang layak masuk tong sampah, tapi ramai jer follower dia."
Hey, rilek la... Pastinya mereka punya senjata tersendiri pada blog mereka untuk menarik ramai orang menjadi follower blog mereka. Setiap manusia ada lebih, ada kurangnya. Bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk memanfaatkan segala kelebihan atau kekurangan itu. Apapun, penting sangatkah follower sampai kena berkempen begitu sekali untuk mengajak orang menjadi follower blog kita?! Pandangan saya?! Ya, PENTING! Bagi saya, bilangan follower merupakan first impression seseorang terhadap ke'famous'an blog tersebut. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya, namun itu adalah hak kamu. Saya tidak ingin buat apa-apa huraian mengenainya, ramai blogger otai di luar sana yang sudah pernah membincangkan isu itu.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini, setiap blogger ada cara masing-masing untuk mempromosikan blog mereka. Itu hak mereka. Jika ada yang rasa itu semua mengarut, tak perlulah kamu menjadi hakim tidak bertauliah menjatuhkan hukum bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah mengarut dan sangat menjengkelkan. Hormatilah blogger baru sebagaimana kamu ingin blogger baru menghormati kamu. Jika tiada blogger baru, tiadalah bertambah bilangan follower kamu yang dah lama tu. (Saya pon blogger lama jugak sejak tahun 2008).

Sekian terima kasih...

*p/s: Kepada follower saya yang nak saya follow balik tu, tapi saya masih belum follow balik sehingga kini, serius bukan saya sengajakan. Saya juga manusia biasa yang punya aktiviti lain yang perlu dilakukan selain menghadap blog 24 jam. Maaf sangat-sangat kalau saya belum 'follow u back'!


Follower Ke-1111

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Hah! Itulah dia... No yang cantik! Hehehe... Siapa yang menang?! Macam menang nombor ekor pulak dah!



Punya berdebar nak tunggu angka ni... Takut terlajak. Follower ke-999 dan ke-1000 hari tu, tak dapat nak buat entri sebab dah terlajak jauh sangat... Maka untuk Follower ke-1111, Ahmad Munir Moonnear, inilah entri buat kamu... Terima kasih sudi singgah ke blog ini.


Kata tuan punya blog tu, blognya bukan sekadar cerita seposen biasa... Apa yang luar biasa agaknya di blog beliau?! Mari kita buat site visit ke blog beliau tu...


Wednesday, June 29, 2011

Mohon Sebarkan - Gambar Palsu vs Gambar Sebenar Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Anda pernah melihat gambar berikut yang didakwa sebagai Batu Terapung yang dikaitkan dengan peristiwa Isra' Mikraj... Ya, saya pernah menerima email mengenai gambar tersebut. Namun menurut satu artikel dalam blog Qhazanah, gambar tersebut ternyata adalah palsu.


Untuk maklumat lanjut mengenai gamabr sahih batu terapung tersebut, bolehlah merujuk kepada entri dalam blog Qhazanah ini... Semoga kita dapat perbetulkan mana-mana yang silap sebelum ini. Wallahua'lam...


Sedang Malas! Hanya Ingin Blogjogging Saja Sekarang!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Seperti yang tertera dalam tajuk di atas, saya sekarang seriously sedang sangat malas untuk berganjak dari kerusi ini! Ada gambar-gambar menarik dalam laptop ni yang boleh dijadikan entri, tapi sekarang sedang malas untuk mengedit dan mengolah ayat untuk dibuat entri. Maka saya mengambil keputusan untuk jalan-jalan, lari-lari, guling-guling, lompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain.

Senarai blog berikut akan diterjah pada hari ini. Tengoklah boleh blogjogging sejauh mana, selagi masih larat nak blogjogging! Yang lain-lain tu, kalau sedang malas dan sedang bosan macam saya, marilah blogjoging ramai-ramai untuk mengeluarkan peluh agar badan sentiasa sihat... Kehkehkehkeh!

Mari ramai-ramai kita muntah hijau!

  1. http://matapenaalsunan.blogspot.com
  2. http://jai-diari.blogspot.com
  3. http://ustazdonut.blogspot.com
  4. http://skytechxtreme.blogspot.com
  5. http://lachicavirgogurl.blogspot.com
  6. http://yuyukstandalone.blogspot.com
  7. http://syahyunx.blogspot.com
  8. http://syahyunx.blogspot.com
  9. http://salimharmanain.blogspot.com
  10. http://sweetsour93.blogspot.com
  11. http://winkletwin.blogspot.com
  12. http://afifiabdulri.blogspot.com
  13. http://fikapunyablog.blogspot.com
  14. http://honeybarneyslife.blogspot.com
  15. http://suhasimplelife.blogspot.com
  16. http://adamnarzuan.blogspot.com
  17. http://metzbujang.blogspot.com
  18. http://akukembojaputih85.blogspot.com
  19. http://selendanqburuk.blogspot.com
  20. http://yien9897.blogspot.com
  21. http://daygkunurhayati.blogspot.com
  22. http://syazanajuzme.blogspot.com
  23. http://myssfana.blogspot.com
  24. http://amalinaali.blogspot.com
  25. http://purnamalie.blogspot.com
  26. http://yuyuakochan92.blogspot.com
  27. http://isyamnmirah.blogspot.com
  28. http://aliajustea.blogspot.com
  29. http://inspirebunny.blogspot.com
  30. http://farrahyong.blogspot.com
  31. http://zaarahayat.blogspot.com
  32. http://oneniezuka.blogspot.com
  33. http://platunkhaz.blogspot.com
  34. http://anysspunyeblog.blogspot.com
  35. http://farabudakbaik.blogspot.com
  36. http://fiepunyerstory.blogspot.com
  37. http://kambengkarbonat.blogspot.com
  38. http://somebodypeace.blogspot.com
  39. http://takkeciksgtpown.blogspot.com
  40. http://pening-pala.blogspot.com
  41. http://nazihanali.blogspot.com
  42. http://imaza93luvgreen.blogspot.com
  43. http://bellamizam.blogspot.com
  44. http://somebodypeace.blogspot.com
  45. http://cahayapetunjuksite.blogspot.com
  46. http://atia-gadismelayu.blogspot.com
  47. http://cheguabbas.blogspot.com
  48. http://kringg.blogspot.com
  49. http://cheksunnyboomboom.blogspot.com
  50. http://thehappyfreak.blogspot.com
  51. http://jejakkakikukecil.blogspot.com
  52. http://nusha1706.blogspot.com
  53. http://shakinahsholehuddin.blogspot.com
  54. http://izara4eva.blogspot.com
  55. http://zaarahayat.blogspot.com
  56. http://risnayatilammu.blogspot.com
  57. http://iekapelik.blogspot.com
  58. http://dasunshinelove.blogspot.com
  59. http://idanurfieyda.blogspot.com
  60. http://aqilahkamarudin.blogspot.com
  61. http://misssabrinaa.blogspot.com
  62. http://efagurlz.blogspot.com
  63. http://thecahayabulan.blogspot.com
  64. http://merahduniamira.blogspot.com
  65. http://www.syafiqah.com
  66. http://afsarothman.blogspot.com
  67. http://cinderellabrutal.blogspot.com
  68. http://cetitasaia.blogspot.com
  69. http://panggilsayafatinainur.blogspot.com
  70. http://qasehqhaleef.blogspot.com
  71. http://ceriterafantasidanrealitisyaada.blogspot.com
  72. http://akuqute.blogspot.com
  73. http://aquarestsadrenalin.blogspot.com
  74. http://pwincesskatak.blogspot.com
  75. http://insanberlagakmatang.blogspot.com
  76. http://nazirah-pieceofmind.blogspot.com
  77. http://hidayahazmi.blogspot.com
  78. http://chayapengawal.blogspot.com
  79. http://eimarusilence.blogspot.com
  80. http://plastik-sampah.blogspot.com
  81. http://ejahashim88.blogspot.com
  82. http://ceritasipenglipurlara.blogspot.com
  83. http://kisahhatiaku.blogspot.com
  84. http://loveroses.blogspot.com
  85. http://eraarusberry.blogspot.com
  86. http://serysuryani.blogspot.com
  87. http://anaivegirlslife.blogspot.com
  88. http://ntira-mirmo.blogspot.com
  89. http://bombay-913.blogspot.com
  90. http://encikpaul.blogspot.com
  91. http://nabelarifin.blogspot.com
  92. http://speckybeezshop.blogspot.com
  93. http://adamnarzuan.blogspot.com
  94. http://thelittlesyieqa.blogspot.com
  95. http://evalovevo.blogspot.com
  96. http://maheraruslan.blogspot.com
  97. http://www.tengkunizam.com
  98. http://xoxohaneyko.blogspot.com
  99. http://belogtauhubakaq.blogspot.com
  100. http://asyraffalrasyid.blogspot.com
  101. http://ceriteracikfarah.blogspot.com
  102. http://lieyda-cacamerbau.blogspot.com
  103. http://www.muazfaris.com
  104. http://lhthebest12.blogspot.com
  105. http://hijau-daunan.blogspot.com
  106. http://illustrasiaku.blogspot.com
  107. http://farahshahirah.blogspot.com
  108. http://eikathecutegirl.blogspot.com
  109. http://blackstar-athirah.blogspot.com
  110. http://wahyuningsihismail.blogspot.com
  111. http://fatin-hidayah.blogspot.com
  112. http://irfan4all.blogspot.com
  113. http://limelog.blogspot.com
  114. http://mataharidua.blogspot.com
  115. http://hqfizulhqkim.blogspot.com
  116. http://sukasukijer.blogspot.com
  117. http://mutiarahati88.blogspot.com
  118. http://ryoazhar.blogspot.com
  119. http://nadiemsharmz.blogspot.com
  120. http://blogbebudakbiasa.blogspot.com
  121. http://shuhaida313.blogspot.com
  122. http://www.rafinamimi.com
  123. http://mimisaja.blogspot.com
  124. http://hitamitumisteri.blogspot.com 
  125. http://www.lailyqaisyirah.com
  126. http://rawkkstylo.blogspot.com
  127. http://snowsakura91.blogspot.com
  128. http://frameandlenses.blogspot.com
  129. http://89shah.blogspot.com
  130. http://annaitoshi.blogspot.com
  131. http://cekedismanis.blogspot.com
  132. http://jayjamilul.blogspot.com
  133. http://yayabelogg.blogspot.com
  134. http://ejahashim88.blogspot.com
  135. http://julianamirul.blogspot.com
  136. http://lalabiela.blogspot.com
  137. http://adamnarzuan.blogspot.com
  138. http://putributterflypunyablog.blogspot.com
  139. http://gula-gulapelangi.blogspot.com
  140. http://qebal.blogspot.com
  141. http://jalinankasihkita.blogspot.com
  142. http://inikisahtia.blogspot.com
  143. http://www.my-shopping2u.com
  144. http://shqpewsqiq.blogspot.com
  145. http://shehanzstudio.blogspot.com
  146. http://kumencarihalatujuku.blogspot.com
  147. http://ouhmagic.blogspot.com
  148. http://akueddie.com
  149. http://lytulip.blogspot.com
  150. http://ainlaxmana.blogspot.com
  151. http://titewtawan004.blogspot.com
  152. http://miss-nadya.blogspot.com
  153. http://anakgadischot.blogspot.com
  154. http://hasrisa.blogspot.com
  155. http://ceritaizzatizakaria.blogspot.com
  156. http://bicaramakdara.blogspot.com
  157. http://qiszana.blogspot.com
  158. http://msyukris.blogspot.com
  159. http://asranorrie.blogspot.com
  160. http://idaida0504.blogspot.com
  161. http://zuezulaina.blogspot.com
  162. http://hdyhdyh.blogspot.com
  163. http://hariskaito.blogspot.com
  164. http://princessfeyqa.blogspot.com
  165. http://www.pwencessyuyue.co.cc
  166. http://kimheerulstory.blogspot.com
  167. http://salimharmanain.blogspot.com
  168. http://www.adybudika.com
  169. http://gurlgemini.blogspot.com
  170. http://writetordib90.blogspot.com
  171. http://accidental-rt.blogspot.com
  172. http://pening-pala.blogspot.com
  173. http://lzulxocraxme.blogspot.com
  174. http://colourshidup.blogspot.com
  175. http://sayurlemak.blogspot.com
  176. http://revalova.blogspot.com
  177. http://87fasha.blogspot.com
  178. http://www.benashaari.com
  179. http://takkeciksgtpown.blogspot.com
  180. http://2octobersecret.blogspot.com
  181. http://sweetsour93.blogspot.com
  182. http://nysnyesa.blogspot.com
  183. http://smalamariinimasadepan.blogspot.com
  184. http://adzriel.blogspot.com
  185. http://santaigedik.blogspot.com
  186. http://nadznur.blogspot.com
  187. http://msredcheesecake.blogspot.com
  188. http://www.areliff.com
  189. http://garyasip.blogspot.com
  190. http://edrina-dafinites94.blogspot.com
  191. http://www.mohdkhairi.com
  192. http://wydaz.blogspot.com
  193. http://kheeyutohid.blogspot.com
  194. http://lipslikesugar87.blogspot.com
  195. http://laman-ayahsu.blogspot.com
  196. http://aiedasyid.blogspot.com
  197. http://ayuinsyirah.blogspot.com
  198. http://cik-emma.blogspot.com
  199. http://anysspunyeblog.blogspot.com
  200. http://idafirdausi79.blogspot.com
  201. http://qasehsaifudin.blogspot.com
  202. http://sophieisa.blogspot.com
  203. http://littlequeenstory.blogspot.com
  204. http://misskamalia.blogspot.com
  205. http://pendambamawar.blogspot.com
  206. http://noraamila.blogspot.com
  207. http://sboyzlife.blogspot.com
  208. http://thecahayabulan.blogspot.com
  209. http://adramycien.blogspot.com
  210. http://yanayassin.blogspot.com
  211. http://adramycien.blogspot.com
  212. http://yanayassin.blogspot.com
  213. http://cropstrawberikuning.blogspot.com
  214. http://itsmedayuekumieko.blogspot.com
  215. http://gegeriuhgegeombak.blogspot.com
  216. http://lemonribena.blogspot.com
  217. http://segalanyaaku.blogspot.com
  218. http://qasehdindakanda.blogspot.com
  219. http://aizamia3.blogspot.com
  220. http://namakufadhillah.blogspot.com
  221. http://mamaemacyg.blogspot.com
  222. http://missfrog12.blogspot.com
  223. http://yien9897.blogspot.com
  224. http://fizalinolie-buahhatiku.blogspot.com
  225. http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com
  226. http://laverarafflya.blogspot.com
  227. http://winkletwin.blogspot.com
  228. http://kisahkauakudankancil.blogspot.com
  229. http://ceriterahmad.blogspot.com
  230. http://bicarasigadisdesa.blogspot.com
  231. http://sitishafur.blogspot.com
  232. http://wawaluvaddien.blogspot.com
  233. http://atia-gadismelayu.blogspot.com
  234. http://duniasaya2001.blogspot.com
  235. http://cahayawanita.blogspot.com
  236. http://ceriagurlz.blogspot.com
  237. http://safiyahezora.blogspot.com
  238. http://heziqamushadadlee.blogspot.com
  239. http://nadihati.blogspot.com
  240. http://kasutkaripap.blogspot.com
  241. http://aqilaqilahduniaku.blogspot.com
  242. http://farhanafifah.blogspot.com
  243. http://sempoi-zone.blogspot.com
  244. http://keunikanhidup.blogspot.com
  245. http://galeridaleel.blogspot.com
  246. http://areda91.blogspot.com
  247. http://skytechxtreme.blogspot.com
  248. http://www.tehuzz.com
  249. http://desamahsuri.blogspot.com
  250. http://bidadari-kayanganku.blogspot.com
  251. http://ch0ch01ic.blogspot.com
  252. http://didagodida.blogspot.com
  253. http://si-polarbear-cute.blogspot.com
  254. http://pinkdotsribbon.blogspot.com
  255. http://platunkhaz.blogspot.com
  256. http://www.alyaesprezzo.com
  257. http://www.borakkosong.com
  258. http://kiwiblurr.blogspot.com
  259. http://blognizamlaa.blogspot.com
  260. http://misssabrinaa.blogspot.com
  261. http://budakshumort.blogspot.com
  262. http://cthaslinda.blogspot.com
  263. http://giragiraromantic.blogspot.com
  264. http://islandgurlz88.blogspot.com
  265. http://citationlife.blogspot.com
  266. http://maduheart.blogspot.com
  267. http://maduheart.blogspot.com
  268. http://blurrr4evablurr.blogspot.com
  269. http://isyamnmirah.blogspot.com
  270. http://wangorgeous.blogspot.com
  271. http://quratulmazani.blogspot.com
  272. http://cahayapelangie.blogspot.com
  273. http://shazanahanisnamadiberi.blogspot.com
  274. http://nazihanali.blogspot.com
  275. http://angelzjourney.blogspot.com
  276. http://kierasakura.blogspot.com
  277. http://nureenina.blogspot.com
  278. http://mynamealia.blogspot.com
  279. http://thenurulsyifa.blogspot.com
  280. http://angahiera87.blogspot.com
  281. http://noradadilla.blogspot.com
  282. http://mrandmrsgembun.blogspot.com
  283. http://anakgadischot.blogspot.com
  284. http://syazanajuzme.blogspot.com
  285. http://melaskarpelangi.blogspot.com
  286. http://cahayakeharumanku.blogspot.com
  287. http://incikaskar.blogspot.com
  288. http://white-plain-me.blogspot.com
  289. http://bungabungaputeh.blogspot.com
  290. http://lulu-pages.blogspot.com
  291. http://writingbynienyz.blogspot.com
  292. http://theglitterglamour.blogspot.com
  293. http://sesukehatikuu.blogspot.com
  294. http://solomolo.blogspot.com
  295. http://nadiadania.blogspot.com
  296. http://operasihitam.blogspot.com
  297. http://norhafeezah.blogspot.com
  298. http://intromoshimushi.blogspot.com
  299. http://xxenaphobiax.blogspot.com
  300. http://zaarahayat.blogspot.com
  301. http://penglipurlarafasola.blogspot.com
  302. http://momentsthatreplaced.blogspot.com
  303. http://adrianaizat.blogspot.com
  304. http://syeedasaniey.blogspot.com
  305. http://faqarabduljalil.blogspot.com
  306. http://ummiluv.blogspot.com
  307. http://annscape.blogspot.com
  308. http://trioseposen.blogspot.com
  309. http://songsboutlife.blogspot.com
  310. http://embunmenitis-yaya.blogspot.com
  311. http://naklempang.blogspot.com
  312. http://shafiq-asimplelife.blogspot.com
  313. http://www.massaari.com
  314. http://lunalanun.blogspot.com
  315. http://tamingsari79.blogspot.com
  316. http://eynalollipop.blogspot.com
  317. http://aqilahkamarudin.blogspot.com
  318. http://rabiatul-adawiyahcute.blogspot.com
  319. http://liyanayusof92.blogspot.com
  320. http://aida4eva.blogspot.com
  321. http://haffizmohdnoor.blogspot.com
  322. http://chanteksukekacak.blogspot.com
  323. http://kei-seichi.blogspot.com


Acam's Wedding

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum.... Tahniah buat Acam Baik dan pasangannya Hazziem yang selamat melangsungkan persandingan pada 25 dan 26 Jun 2011 yang lepas di Klang, Selangor... Antara gambar yang sempat dirakamkan pada hari kejadian...

Sedang menanti kedatangan pengantin lelaki. Owh baju ini membuatkan saya kelihatan sangat 'sihat walafiat'.

Yea! Yea! Dia sudah datang... Suka ye kamu Hazza!

Terpancar keserian di wajah si pengantin perempuan saat melihat si pengantin lelaki sudah tiba...

Si pengantin lelaki apa kurangnya... Sengeh lebar sampai  ke telinga!

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu dalam melayari kehidupan berumahtangga ini.

Tahniah sekali lagi...

Baju tersebut telah membuatkan saya betul2 kelihatan saaaaaaangat 'sihat'! Owhhh tidak!!! Diet! Diet!

Sangat kesal tak dapat untuk hadir untuk persandingan di rumah pihak pengantin lelaki untuk menyaksikan acara sword barrel (jalan di bawah pedang)! Ingatkan sword barrel buat kt rumah pengantin perempuan. Caitttt... Takpelah, tunggu pegawai yg lain pulak kawin.


Tuesday, June 28, 2011

Bukan Nak Jaga Tepi Kain, Cuma Prihatin Pada Orang Lain


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum… Okeh sebelum tu, cuba anda bayangkan 2 situasi berikut:

Situasi pertama…
Anda sedang memandu kenderaan anda ditemani beberapa orang teman. Semasa sedang memandu, anda melihat tidak jauh di hadapan anda, seorang pejalan kaki wanita sedang bergelut dengan dua orang peragut yang ingin meragut beg tangan wanita tersebut. Persekitaran ketika itu sedikit lengan dengan dengan beberapa kenderaan yang silih berganti melalui kawasan kejadian. Setelah berjaya mendapatkan beg tangan wanita terbabit, peragut tersebut melarikan diri menunggang sebuah motosikal.

Jika anda berada dalam situasi di atas, apakah tindakan anda?!

Gambar hiasan yang dilakonkan oleh saya dan adik-adik. Huhuhuhu... Lakonan tidak berapa menjadi!

Situasi kedua…
Anda dan beberapa orang teman baru selesai bersarapan pagi di sebuah kawasan R&R. Semasa dalam perjalanan menuju ke arah kenderaan anda, anda dan teman anda melihat tidak jauh di hadapan anda, seorang lelaki sedang memecahkan tingkap sebuah kenderaan dan mengambil beberapa buah beg dari dalam kenderaan tersebut, manakala seorang lagi sedang bersiap sedia di atas motosikal menunggu temannya untuk melarikan diri. Dengan jelas, anda boleh melihat nombor pendaftaran motosikal pencuri terbabit.

Jika anda berada dalam situasi itu, apakah tindakan anda?!

Kebanyakan sikap ‘orang kita’, apabila melihat situasi-situasi di atas, hanya akan mengambil langkah selamat dengan bersikap tidak ambil peduli. “Biar je la… Tak yah nak sibuk jaga tepi kain orang lain.” Mungkin itu yang anda fikirkan. Mungkin juga, “Tak yah nak carik pasal!”

Baiklah, jika dilihat dari sudut faktor keselamatan, ya tidak dinafikan, itu perlu dititikberatkan. Anda tidak perlu menjadi superhero dalam situasi-situasi di atas dengan bertindak berhadapan dengan peragut/pencuri terbabit. Namun berapa ramai yang akan berhentikan kenderaan untuk menolong mangsa ragut seperti dalam situasi pertama di atas?! Sekurang-kurangnya untuk menghantar mangsa ragut ke balai polis untuk membuat laporan. Berapa ramai yang akan menuju ke balai dan melaporkan kejadian yang anda saksikan seperti dalam situasi kedua di atas?! Berapa ramai yang bersikap prihatin?! Tahukah anda, keperihatinan anda biarpun sedikit mungkin mampu memberi perubahan yang besar kepada mangsa-mangsa dalam situasi-situasi di atas. Mungkin anda merasakan anda tidak perlu masuk campur kerana itu bukan urusan anda. Namun, cuba letakkan diri anda sebagai mangsa dalam kejadian di atas. Apa perasaan anda?!

Fikirkanlah… Mungkin ada perkara yang boleh dimanfaatkan agar anda tahu apa tindakan yang sewajarnya diambil sekiranya anda berhadapan dengan situasi-situasi di atas.


Saturday, June 25, 2011

7 Tips Menjadikan Artikel Blog Anda Lebih Mesra Pembaca

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sedang bersiaran secara langsung dari Restoran McDonald Kuala Selangor. Wireless di sini sangat menyakitkan hati. Lemmmmmmbat! Soket tidak banyak disediakan di ruangan yang beraircon. Kebanyakannya di ruangan terbuka. Pelanggan agak ramai pada petang ini, mungkin memandangkan ianya adalah petang hari Sabtu. Okeh, itu sedikit situasi di persekitaran saya pada masa ini. Sila teruskan pembacaan anda berkaitan perkara tajuk di atas.

Baiklah, menjadi impian setiap blogger untuk menjadikan setiap artikel yang dimuatkan dalam blog mereka dibaca. Anda mungkin mempunyai pelbagai strategi untuk mempromosikan blog anda. Namun tidak dapat dinafikan bahawa kandungan sesebuah blog sama pentingnya sebagai ‘alat pemasaran’ blog anda. Alasannya amat mudah: anda ingin pembaca kembali semula ke blog anda. Anda mungkin mampu membawa pembaca datang ke blog anda, namun sekiranya mereka tidak menikmati pembacaan pada kandungan blog anda, kemungkinan untuk pembaca kembali ke blog anda adalah nipis. Menulis artikel untuk dimuatkan dalam blog memerlukan latihan melainkan anda memang dilahirkan sebagai seorang penulis yang hebat. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan artikel dalam blog anda ‘mesra pembaca’.



1. Pastikan struktur artikel adalah tersusun
  • Apabila menulis sesebuah artikel, pastikan artikel tersebut mempunyai pengenalan, isi dan kesimpulan. Pengenalan harus menyatakan idea utama yang ingin diutarakan. Isi untuk mengembangkan hujah anda sama ada dalam satu atau beberapa perenggan. Kesimpulan harus pendek dan merumuskan keseluruhan artikel.
 
2. Gunakan sub-tajuk
  • Pembaca online adalah kurang bersabar. Teks yang terlalu panjang mudah membuatkan pembaca bosan untuk meneruskan pembacaan mereka yang menyebabkan mereka meninggalkan blog anda dalam masa yang singkat. Sub-tajuk adalah cara terbaik untuk membuatkan artikel anda lebih mudah dibaca. Ia membolehkan pembaca untuk mendapatkan idea ringkas tentang isu yang diutarakan dalam artikel anda.

3. Pastikan artikel blog anda rasional
  • Tetapkan idea-idea anda ke dalam perenggan-perenggan dan jangan melompat dari satu topik ke topik yang lain ataupun keluar topik. Semua hujah dan idea perlu mengalir secara logik dan rasional agar pembaca anda tidak ‘sesat’ dalam memahami artikel anda.

4. Gunakan gambar
  • Tidak semua artikel blog boleh diilustrasikan melalui gambar, namun kebanyakannya boleh. Tidak dinafikan, gambar boleh menarik perhatian pembaca dan membuat teks kelihatan lebih mesra pembaca.

5. Elakkan menggunakan nombor dan butiran teknikal
  • Jangan peningkan pembaca anda dengan istilah-istilah saitifik atau butiran teknikal melainkan jika anda sedang menulis untuk sejumlah pembaca yang sangat khusus. Cuba gunakan bahasa perbualan sepanjang artikel anda. Jika ingin menggunakan bahasa saitifik, pastikan anda mempunyai bahasa yang mudah untuk menjelaskannya kepada pembaca.

6. Jangan silap menghakimi pembaca (overestimate/underestimate)
  • Anda tidak perlu menjelaskan tentang sesuatu yang umum telah diketahui oleh pembaca, tetapi jelaskan hal-hal yang mungkin pembaca ingin fahami. Jika anda tidak yakin bagaimana untuk membezakan perkara mana yang perlu diperjelaskan dengan perkara yang tidak memerlukan penjelasan, fikirkan jika teman anda akan memahaminya. Jika mereka faham, perkara tersebut mungkin pengetahuan umum, jika tidak, jelaskan atau sediakan pautan (link) di mana pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

7. Jangan gunakan terlalu banyak kata kunci (keywords) ataupun menyertakan pautan (link) yang tidak berkaitan
  • Adalah difahami mengapa anda ingin menggunakan kata kunci yang banyak dalam penulisan anda. Namun ingat, pembaca akan mudah membezakan antara teks yang ditulis dengan tujuan memberi maklumat kepada pembaca dengan teks yang ditulis untuk tujuan SEO semata-mata. Letakkan kata kunci dengan strategic, sesuaikan dengan teks, dan jangan sesekali meletakkan pautan yang tidak relevan. Pembaca akan marah sekiranya mereka klik pada pautan dan dibawa ke laman yang tidak relevan.

Semua perkara di atas adalah antara cara yang baik untuk membina keyakinan pembaca blog anda untuk berkunjung semula ke blog anda kerana mereka yakin blog anda sentiasa menyajikan artikel yang bermutu untuk pembacaan mereka. Jangan terlalu fokus kepada pulangan yang banyak dalam masa singkat, tapi fokus terhadap pulangan yang sederhana namun berpanjangan.


Wednesday, June 22, 2011

Farmville Memang Wujud di Papar, Sabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Tentunya umum ketahui pasal game Farmville yang sangat hebakkk sampai membuatkan para gamers yang bermain Farmville boleh lupa dunia... Hahahaha.. Ya ka tu?! Saya juga peminat tegar game tu okeh! Bila dah mula main tu, memang boleh membuatkan seseorang tu ketagih!

Kegilaan saya di waktu lapang... Waktu tak lapang pun main jugak!

Okeh cut the crap! Berbalik kepada perkara tajuk di atas... Saya jumpa gambar berikut dalam laman Facebook kawan saya. Menurut mereka, restoran ni terletak di sebuah kampung dalam daerah Papar, Sabah. Serius!!! Namun kesahihan tentang lokasinya, saya tak boleh jamin sebab saya pun tak pernah tengok lagi restoran ni semasa saya balik Papar. Tengoklah masa raya nanti balik kampung, kalau rajin saya g cari restoran ni!

Restoran Farmville

Agak-agak pemilik restoran ni mesti kaki Farmville jugak ni! Hahahaha... Agak-agak bukit belakang restoran ni dah jadi macam ladang Farmville kot?! Semua bahan mentah (tanaman dan ternakan) diusahakan sendiri macam dalam game Farmville tu. Owhhh dasyat itu! Hahahhaha... Tapi kalau restoran ni dilengkapi dengan wifi untuk memudahkan pengunjung restoran main Farmville, itu lagi dahsyattttt!!!!


Doa Nabi Ibrahim A.S. 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Tuesday, June 21, 2011

Petua Mengubati Cekam Kuku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Baiklah saya tambah sedikit info mengenai apa itu cekam kuku yang dikongsikan oleh damha melalui komen pada entri ini. "Cekam kuku biasenye terjadi pada ibu jari kaki. Kuku itu akan mencengkam dalam isi ibu jari kaki hingga terasa bengkak dan sakit. Kadang kala juga boleh bernanah isi ibu jari kaki tu." Terima kasih kepada damha untuk informasi itu.

Petua ni saya ambil dari sebuah majalah, saya lupa majalah apa. Namun menurut majalah tersebut, kuku yang terkena cekam boleh mendatangkan akibat yang lebih buruk jika diabaikan. Maka untuk mengatasinya, petua berikut bolehlah dicuba.

Gambar diambil dari blog HPA CAWANGAN MACHANG...
  1. Sediakan beras pulut dan ibu kunyit yang telah dibasuh.
  2. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehingga lumat.
  3. Tempek bahan yang telah lumat pada kuku yang terkena cekam.
  4. Petua ini elok diamalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk melihat hasilnya.


Grapevine Pertama - Dapat Jugak Akhirnya!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sebelum ni asyik duk menumpang kat Grapevine orang lain, dan akhirnya pada petang ini, saya direzekikan dengan Grapevine pertama ni.


Melalui Grapevine, selain empunya blog di mana Grapevine ini terpamer, pembaca juga diberi peluang untuk mendapat ganjaran dengan mempromosikan iklan tersebut. Caranya amat mudah. Pembaca hanya perlu klik pada ikon-ikon (platform promosi) seperti dalam STEP 1 untuk dikongsi dalam media sosial mereka, seterusnya masukkan emel kamu dalam ruangan STEP 2 untuk menerima earning kamu tu.

Perincian mengenainya akan diemelkan kepada alamat emel yang dimasukkan tadi. Earning boleh dilihat dalam akaun Churp Churp kamu. Kalau tak faham tentang Grapevine ni, boleh baca pada blog Churp Churp mengenai Grapevine.


Kompleks Sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Baik seperti yang dijanjikan dalam entri semalam, dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tarikan yang terdapat di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Kota Malawati telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977.

Pintu gerbang masuk ke kawasan Kompleks Sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor

Replika Rumah Api Kuala Selangor yang terletak bersebelahan dengan hentian trem.

Untuk pengetahuan, selain menjadi tumpuan pelancongan kerana tinggalan sejarah yang ada di sini, Bukit Melawati juga menjadi kawasan beriadah buat penduduk tempatan untuk bersenam atau berjoging sambil menikmati keindahan alam di sini pada waktu pagi dan petang. Kenderaan persendirian adalah dibenarkan untuk dipandu mengelilingi bukit ini pada hari biasa. Namun pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, kenderaan persendirian adalah tidak dibenarkan melepasi pintu gerbang seperti dalam gambar pertama di atas.

Pada cuti umum termasuk Sabtu dan Ahad, terdapat perkhidmatan trem yang disediakan buat para pelancong yang ingin mengelilingi kompleks ini tanpa perlu berjalan kaki. Bayaran yang dikenakan adalah RM3.00 seorang bagi dewasa dan bagi kanak-kanak, saya kurang pasti, tapi harga adalah berlainan bagi kanak-kanak dan tentunya lebih murah dari harga orang dewasa.

Perhentian trem.

Perkhidmatan trem Bukit Malawati yang disediakan pada Hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

 Saya lupa untuk kanak-kanak berapa hengget.

Jangan nak mengelat tak beli tiket okeh! Tengok betapa tebalnya misai pakcik ni, satgi ada yang kena tibai dengan pakcik ni kalau naik trem tak beli tiket. Huhuhuh...

Keadaan jalan di kawasan bukit ni boleh tahan sempit jugak, bila trem ni amik selekoh, fuhhhhh, seram jugak bila kita perhatikan tayar trem tu betul-betul di atas garisan putih jalan terutama sekali bila berada di lereng bukit.

Okeh, berbicara sedkit mengenai Sejarah Bukit Malawati ini....

Bukit Malawati ini merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782 - 1826) sebagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau. Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan ‘Kota Altingsburg’, bersempena nama Gabenor General Belanda. Walau bagaimanapun kejayaan Belanda tidak lama kerana julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan telah  menawan semula kotanya daripada kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27 Januari 1785, dengan bantuan orang Pahang dan Penggawa Permatang, baginda Sultan telah menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya menghalang kemaraan musuh.

Di kompleks ini terdapat berbagai tinggalan sejarah antaranya ialah tembok kota yang masih berdiri teguh, bekas tapak istana, rumah api, makam diraja, perigi tujuh, batu hampar tempat memancung kepala pesalah, tangga seratus, perigi beracun serta beberapa buah  meriam yang diletak menghala ke muara Sungai Selangor. Dipercayai juga di sini terdapat sebuah terowong menyimpan harta.

Peta bergambar untuk menunjukkan lokasi beberapa tarikan sejarah di kompleks ini.

Jambatan yang berlatar belakangkan bangunan Muzium Permainan Tradisional. Namun muzium ini telah ditutup. Melalui pemerhatian saya pada minggu lepas, saya boleh lihat atap genting muzium ini sudah banyak yang pecah dan bumbung banyak yang berlubang. Keadaan pasu-pasu di sekitar muzium ini juga banya yang pecah dipercayai angkara monyet-monyet di sini. Menunjukkan muzium ini sudah lama terbiar tanpa penjagaan atau sebarang pembaikpulihan. Sayang sungguh...

Laman budaya.

Muzium ini hanya dibuka untuk lawatan pada cuti umum. Namun saya masih belum berkesempatan untuk melihat kandungan di dalam muzium ini.

Muzium Sejarah Kuala Selangor

Bangunan ini kelihatans eperti sebuah dewan terbuka, terletak dalam kawasan dan bersebelahan dengan bangunan Muzium Sejarah Kuala Selangor.

Beginilah suasana di kawasan ini pada cuti umum. Kawasan ini yang terletak di hadapan Muzium Sejarah Kuala Selangor merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk beramah mesra dengan monyet. Nak bagi makan monyet-monyet Bukit Malawati, inilah tempatnya. Terdapat beberapa orang peniaga yang akan menjual makanan monyet berupa kacang tanah dan kacang panjang di sini. Jadi jangan risau jika kamu tidak membawa sebarang makanan untuk 'mereka', bolehlah membelinya di sini.

Namun berbeza keadaannya pada hari biasa, sunyi. Cuma mereka yang joging kelihatan di sini pada waktu pagi dan petang. Owh lupa, dan mereka-mereka yang sedang bercengkerama macam cengkerik. Huhuhuh..


BAITULHILAL BUKIT MALAWATI

Kalau kamu perasan, apabila tiba Bulan Ramadhan, pasti ada hebahan di media cetak atau elektronik mengenai tempat mencerap anak bulan untuk menentukan tarik bermula puasa dan tarikh bermula Syawal. Di Bulit Melawati ni merupakan salah sebuah tempat yang ada di Malaysia ni untuk mencerap anak bulan. Penerangan lanjut boleh baca pada papan tanda bangunan di bawah ni okeh.

Tempat mencerap anak bulan pada Bulan Ramadhan.

Boleh baca kan?

Meriam-meriam tersebut adalah menghala ke muara Sungai Selangor.

Muara Sungai Selangor. Gambar berikut dirakan di tepi meriam seperti gambar di atas.

Perkampungan nelayan yang terdapat di pinggir Sungai Selangor. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan memandangkan hanya menggunakan kamera telefon bimbit yang canggih ni! :P

Sisa runtuhan istana yang masih wujud sehingga kini di Bukit Malawati.

Kalau buat photoshoot di sini memang cantik!


BATU HAMPAR

Batu Hampar ini terletak di hujung halaman Istana Sultan. Ia terletak di atas kawasan lapang dengan menuruni tiga anak tangga menghala matahari terbit. Ia berupa seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan batu ini adalah sebagai tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor.


Batu hampar

Kedudukan batu hampar di hadapan pintu kota.


BUSUT MALAWATI

Terletak kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota. Terdapat pohon sena yang kini telah berusia 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Keadaan di puncak busuk ni memang rata. Serius. Siap boleh didirikan pondok rehat lagi tu. Pokok di sebelah kanan gambar ini merupakan pokok sena yang dikatakan berusia 200 tahun.

Namun pokok sena ni bagi saya, sekilas pandang tak macam pokok yang berusia ratusan tahun pun...


PERIGI BERACUN

Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga ke paras dagu penderhaka. Dijadikan tempat penyiksaan penderhaka. Namun semasa kunjunagn saya ke sini, menurut penduduk tempatan, perigi ni hanya mengandungi air hujan saja. Sudah tidak beracun lagi.

Perigi beracun yang telah ditutup dan dikunci. Takut ada lak yang terjun bunuh diri nanti.


MAKAM DIRAJA SELANGOR

Terdapat 3 buah makam diraja bagi 3 Sultan Selangor yang ada di sini iaitu:

  1. Sultan Selangor Pertama - Sultan Salehudding (1766 - 1782)
  2. Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1782 - 1826) 
  3. Sultan Selangor Ketiga - Sultan Muhammad (1826 - 1857)


Makam-makam tersebut terletak di dalam bangunan ini.

 


Sebelum ni, makam ini dibuka untuk lawatan, namun atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan di sini, pengunjung hanya dibenarkan untuk melihat dari luar pagar.

Ermmmm... Batu yang berbalut kain putih tu, saya tidak pasti namun kelihatannya seperti sebuah kubur. Siapa punya?! Juga tidak terdapat sebarang informasi mengenainya.


MERIAM PENGGAWA

Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak di dalam kawasan makam Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya adalah ‘Petoi Boga’ yang bermaksud Puteri Putih.


Kedudukan Meriam Penggawa yang diletakkan di hadapan makam diraja.

Berikut merupakan beberapa lagi gambar pemandangan di kawasan Bukit Malawati. Gambar kurang memuaskan kerna pakai kamera enset cabuk lagi...



Gambar pokok ni saya ambil pada March 2010 yang lepas. Namun pada minggu lepas semasa datang untuk berjoging di sini, kelibat pokok ini sudah tiada. Ditebang agaknya memandangkan keadaan pokok ni yang sudah tua menunggu mati. Tapi serius, photoshoot berlatarbelakangkan pokok ni juga pasti hebat! perasan tak bongkah-bongkah seperti bati di bawah pokok tersebut?! Itu adalah kubur cina lama... Tak berani datang dekat untuk melihat jika terdapat tarikh pada makam tersebut. Seram pulak!
  
Pemandangan menara pemancar ini juga menggamit pandangan saya. Sangat cantik!

Maka, itulah saja.Namun lokasi perigi tujuh dan tangga seratus tidak dinyatakan dalam peta. Saya pun tak tau kat mana. Dan juga terowong menyimpan harta?! Siapa anak jati Kuala Selangor?! Tolong carikkan... Huhuhu...