follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, July 26, 2011

Viva Voce - Finally I've Got My Master Degree in Chemical Engineering

BIMISLLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Setelah 6 semester saya berhempas pulas untuk mendapatkan ijazah sarjana ini, akhirnya hari semalam adalah penentu segala-galanya... Orang lain buat 2 semester je Luna weh! hahahha.. Caitttt, ader gak yang buat sampi 8 semester. Dah macam buat bachelor degree lak... Tak kira la lama ke sekejap ke, janji segalanya dah berakhir, untuk master ni jer la.. Untuk PhD?! Saya perlukan masa bertenang sikijap. InsyaAllah, next year. Tengah godek-godek nak cari tempat untuk sambng PhD lak ni. Dalam negara tau luar?! Huk3, ni yang payah nak pikir ni.




Mula-mula tengok nota ni ditampal di luar bilik viva tu, ingatkan saya akan berdebar-debar, memandangkan hari besar ni dah tiba, tapi bila saya cuba amati, aik, mana dub dab dub dab nya ni?! Dah hilang kot?! Sebab dah mengalami dub dab dub dab tu sejak seminggu yang lalu. Serius, tak rasa gemuruh langsung pun masa ni. Alhamdulillah...




Sejak bila lak wujud bilik viva ni?! Rupanya, CGS Meeting Room dijadikan bilik viva tu...




Kau nampak mikrofon tu?! Hahahha.. Ini buka sesi Akademi Fantasia... I'm not going to use that mic. Jangan risau, suara saya cukup kuat untuk didengari oleh sekalian yang ada dalam bilik ni.

Sesi viva tu bermula jam 2.00pm, tapi jam 1.20pm lagi, saya dah masuk bilik tu. Solat Zohor?! Aitttt... Bulan sedang mengambang... Saja masuk awal, nak menyesuaikan diri supaya selesa masa presentation nanti. Selain tu boleh prepare mana-mana yang patut. Takdelah kelam kabut nanti. Gambar-gambar berikut diambil semasa belum ada orang lagi masuk bilik ni... Gegegeegegehh..


Kerusi paling besar ni akan diduduki oleh pengerusi majlis... Hu3!


Beginilah pemandangan yang saya lalui sepanjang tempoh presentation tuh.


Self-captured guna kamera enset cabuk saya! Sedang keluarkan semua senjata!



Nak setup laptop untuk sambung kepada screen kat belakang nunn...



Okeh, done!






Dekat-dekat jam 2.00pm, seorang demi seorang mula masuk dalam bilik ni... Tapi boleh lak external examiner tu sesat dalam UMP yang tak berapa nak besar ni... Hik3... Dia tak jumpa pejabat CGS ni.


Sedang menunggu external examiner...


Masa dalam bilik viva tu, macam-macam bangsa ada... Huk3...
  • Chairperson : Indonesia, Prof. Madya Dr. apa tah nama dia. Lupa lak...
  • Internal Examiner : Bangladesh, Prof. Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan. Kau jangan tengok rambut serabai tu sebelah mata, sikit masa lagi naik profesor dah dia tuh! Nak jadik cam Albert Einstein kot... Dia ni lah yang paling banyak komen thesis saya!
  • External Examiner : Malaysia, Prof. Madya Dr. Thomas Choong Sheaw Yaw. Yang ni dari Universiti Putra Malaysia.
  • Supervisor : Sudan, ni la orang yang paling banyak bagi tazkirah kat saya sepanjang buat master ni. Nanges depan dia, perkara biasa dah tu... Hahahha... Dia cakap saya ni too emosional. Sikit-sikit nanges! Sikit-sikit nanges! Hak3!
  • Wakil dari fakulti dan CGS: Kedua2nya Malaysian. Encik Mazrul (or Dr. Mazrul?) ingat lagi saya rupanya... Beliau lecturer saya masa undergrad kat UMP (dulu dikenali sebagai KUKTEM) ni.

Sebelum start present tu, pelajar dikehendaki keluar dari bilik sekejap untuk taklimat ringkas buat penilai.


Belek-belek thesis time ni, dah tak masuk dah apa yang dibaca! Redha jer...


Saya diberi masa 35 minit untuk pembentangan sebelum diikuti dengan sesi soal jawab. Amik kau! Saya ambil 1 jam lebih untuk habiskan pembentangan tuh! Hahahahha... Pengerusi majlis pun tegur, katanya sangkaan dia meleset sebab dia ingat sesi ni akan berjalan dalam masa yang lebih singkat. Dah masa pembentangan tu, internal examiner tu sibuk nak bertanya... Lepas pembentangan tu, saya pun duduk la untuk sesi soal jawab. Rasanya tak sampai 5 soalan pun diajukan. Yang lain semua komen untuk penambahbaikan dalam thesis tu. Mana-mana yang perlu dibetulkan.

Selesai sesi soal jawab, sekali lagi saya disuruh untuk keluar dari bilik tu bagi memberi ruang  kepada mereka berbincang mengenai keputusannya, sama ada saya layak atau tidak dianugerahkan Master of Engineering (Chemical) ni...




Lepas dia panggil masuk semula ke dalam bilik tu. Kunun-kunun berdebar, buat muka kesian, supaya saya diluluskan.

Chairperson pun cakap, "Many congratulations for you! You are eligible to be awarded a Master of Engineering in Chemical with minor correction which must be submitted within three months."

Hooooyeeeyyy!!!! Kau tak rasa ingin melompat lebih tinggi kah bila dengan keputusan muktamad itu?! Alhamdulillah... Alhamdulillah... Tiada perasaan yang mampu digambarkan masa tu. Cuma senyum lebar saja sampai ke telinga!

Okeh, lepas ni harus fokus untuk pembetulan pada thesis pulak! Walaupun masa diberi 3 bulan, tapi supervisor saya suruh siapkan dalam masa 2 minggu! Huk! InsyaAllah, sempat la hantar sebelum balik raya nanti!



Thesis yang dipulangkan oleh internal dan external examiner untuk rujukan pembetulan.


Internal examiner la yang paling banyak conteng dalam thesis saya tuh... Huk3... Boleh lak dia suruh saya gunakan persamaan (equation) yang dia bangunkan untuk fitting data-data experimen saya. Huk3! Supervisor saya lak kata, that is beyond her scopes! Selamat saya, supervisor tolong backup!


Tajuk perlu diubahsuai sikit.


Abstract pun dia conteng jugak! Rajin betul dia ni baca thesis saya sepatah-sepatah...


Dan muka surat ni lah yang paling banyak dia conteng! Huk3!


Untuk external examiner, tak berapa banyak yang dia komen...


Chairperson ni memang tak conteng langsung la...


So, itulah bingkisan yang sempat dibawa dari sesi viva voce saya semalam... Alhamdulillah... Again terima kasih Ya Allah... Kau telah permudahkan segala urusan hambaMu ini...


34 comments:

cik dila.. said...

wahh..akak luna lanun dapat smbg kat ump..kira senior la nih..
saya baru nak masuk tahun ke2.
tahniah ye!hebat la..gudluck tau..;D

Shafiq said...

Tahniah! :-) Dapat master pada usia yang muda tu. :-)

Anonymous said...

Takpe2. Teruskan CIk Luna. hee. :)

LUNA LANUN said...

cik dila - xper2... belajar rajin2... hik3!

Shafiq - muda?! dpt master usia 27 thn tak muda dah... yang lain, umo 25 dah dapat.. huk3! klu PhD pada usia 27 thn, yg tu memang sgt muda!

UN - gegegeggegehhh... sdg diusahakan!

Dalila Diela said...

wahh..bestnye TAHNIAH..!!

Fadzillah Kamarudin said...

tahniah...

El said...

congratela...dah master rupanya...nampak macam sebaya jer..haks

damha said...

syukur alhamdulillah telah berjaya dlm pembentangan tu....tahniah diucapkan n semoga terus berjaya dimasa hadapan...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah sis!!

syiok je tgk sis..

Sr. Maryam Fatanah said...

kak luna !!! congratz..akk mnjadi sumber inspirasi sy...

Shafiq said...

Tak nampak umur 27 pun..

LUNA LANUN said...

gegeggegegehhh!!! terima kasih semua... muahhhh kat sorang2...

shafiq - petuanya, murahkan senyum. don't be tension2! ekekekeke...

Zahirah said...

wah. congrates! boleh sambung phd lepas ni. wehooo~ seronoknya :D

ciksu said...

tahniah

siti zarizza said...

congratess kak luna :D bestnyee. cuak seyh nak dapat master cmni. MSB baru degree. nak masok tahun kedua. hukhuk. buley mintak advise luna lah cmnih kan. bydway, u r great lah kak luna. awesomee. not easy to do degree in chem engine kan.

maszull said...

tahniah luna...:)

Azreen Shafila Abdullah said...

congrate kak luna..
mcm ssh jer nak dpt master :D

Naz said...

Tahniah Luna. Macam best je dpat Master. Saya degree pun xabih lg nih.

Unknown said...

tahniah kak luna...bukan senang nak dpt master. chemical engineering pulak tu..huhu

Unknown said...

Pakar pn tgh buat MSc in Materials Engineering part time. Tkde masa nk berblog, tp hari2 dok tgk blog.....Anyway, CONGRATS....

Unknown said...

tahniah luna..dh dapat master. akak nie x tau bile nak smbg amik master...

Cikrosecute said...

Tahniah Luna...Usaha Luna selama nie...tidak sia-sia...Tentang Followers tue...memang makin bertambah...Thanks sekali lagi...Good luck!!! semoga Allah mempermudahkan Hidupmu Di dunia dan Akhirat Amin...

ku-cit said...

tahniah kak lanun...bestnya tak lama lagi convo lagi la ehh

Najib Big Boss said...

8 sem tu mcm aku tau sapa jer ko refer....hehehehe

Anonymous said...

congrate kak luna.. :)

N A T A S Y A ツ said...

as salam,

singgah sini :)

hehe, tahniah kak ! :DD

bez.amin said...

thniah kak luna!lps ni PhD lak,insyaAllah :-)

bombay said...

terbaikla kak..congratz!

btw nk ajak kakak join segmen pasal favourite sport nie..:)

http://bombay-913.blogspot.com/2011/07/segmen-bombay-nak-taw-sukan-kegemaran.html

tq kak..:)

LUNA LANUN said...

terima kasih semua org untuk ucapan tahniah tu... :)

cik tEmah said...

wah!!!! beznye kak luna... da dpt master da!!! hebat! civil engineering pulak tue... cayalah... semoga akak lebih sukses.... doakan kiter jugak yer.... baru nak masuk 2nd year... da gaser mcm nak putus urat otak... hehe =.=

Muhammad Fahmi Bin Masarudin said...

wah, bestnye!!!
tahniah la kak luna!!!
lagi 1 tahap je nak habis belajar dah....

;]

Anonymous said...

Kak luna bg lah tips utk writing..sy pun dh byk sem dah tak hbs2 lg..Adoi

LUNA LANUN said...

Anonymous - blh rujuk blog Dr OT ni untuk any tips regarding postgraduate...
http://drotspss.blogspot.com/

sufie said...

wow! akak under Dr. Abdurahman ke??? kagum dengan akak. tahniah. tadi terbaca pasal akak konvo master tym konvo ump ke-7. same la~ Kite konvo sesi yang sama plak tu. SY last group sesi I. chemical engineering (gas technology). tahniah untuk akak.