follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, July 30, 2011

Segmen : Bombay Nak Taw Sukan Kegemaran Aku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh, oleh sebab adik ni dengan baik hatinya tela menge'tag' saya untuk sertai segmen beliau, maka saya dengan ini menyokong beliau sepenuh hati... Kiranya ini sebagai moral support buat blogger baru seperti beliau untuk teruskan usaha meningkatkan pencapaian blog! Bagus! Good campaign... Dia ni Bombay sana mari! Egegegegeggehhh!




Maklumat lanjut, boleh klik banner segmen okeh!

Okeh, bila dikenangkan semula tentang sukan-sukan ni.... Dari zaman sekolah lagi, saya ni bukan jenis yang aktif bersukan... Jauh sekali jadi wakil sekolah untuk mana-mana sukan! Hik3!

Tapi kan, kalau nak diimbas kembali sejarah dolu-dolu, antara sukan yang pernah saya berminat sekejap:
  1. Sekolah Rendah : Bola keranjang, sebab bola keranjang memang menjadi sukan utama bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina ni.
  2. Sekolah Menengah : Apa lagi?! Bola jaring la. Tak minat pun, cuma memenuhi undangan kawan-kawan untuk melengkapkan bilangan pemain. Huk3!
  3. Matrikulasi : Sukan apa eh?! Tak ikut mana-mana sukan. Cuma aktif dengan Kelab Ekstrem (something like that la).
  4. Universiti : Bola jaring. Pun sekadar memenuhi permintaan kawan-kawan yang tak cukup pemain. Huk3!
  5. Latihan Industri : Hah, time ni serius gila main futsal. Siap wakil company lagi tuh. Yo yo ooo jer! :P
  6. Sekarang ni?! Seriusly tak berapa minat dengan sukan! Tapi kalau aktiviti outdoor atau extrem! Ya itulah keminatan saya!

Gunung Kinabalu tu, dua kali dah daki. Tapi masih tak puas. Sebab serius sangat minat dengan aktiviti-aktiviti outdoor/extrem begitu... Sebab minat yang mendalam tu la kot, saya sertai Pasukan Askar Wataniah dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Apa-apa pun, meh layankan ajer la gambar saya main futsal ni. Gambar ni jer yang ada. Gambar lain semua dah hilang...

Perlawanan ni berlangsung di gelanggang Total Futsal, Pandan Perdana anjuran Virtualfriends semasa VF Futsal Tournament 2008 lepas. Ya, individu yang dibulatkan itu adalah saya... :P














Amik kau! Hahahahha... Punya la serius bersegamat main futsal. Sekali tak sampi second half dah terpeleot. Dah kena keluar dari gelanggang! Sedeh! Pergelangan kaki bengkak sampai 2 minggu...


15 comments:

Anonymous said...

Wah!!! Sampai sakit2 tu. huhu. Bagus2. :)

bombay said...

tq kak sudi join..sgt2 terharuuuuuu...:)heheheh...

bnyk gak sukan akak nie ye..hehe..cite pasal gunung kinabalu, rase teringin plak nk pergi..hehe..insyaallah satu hari nnty..:)

Kancil 8349 said...

nie main masuk je tak panaskan badan dulu nie...tu pasal jadi macam tu...hehehehe...

Biar Tinggi di Langit said...

ciannyer.. dah betol2 baik ke luna? saya pernah join aktvt la n sampai skrunk masih bg effect,,, dh jd fobia dh :)

red gitarputeh said...

HAHAHA. Apa dahh... XD

Best ke Tayang Muka Kat Facebook Bagi Lelaki Tengok.?[reply]
(jangan baca kalau kuat sentap)

KuNanGKuNanG said...

ni mesti betul2 aktif sukan ni sampi rebah..he3

alepridz said...

alahai kesiannyer dier... terpeleot maen futsal... tapi bagus ada semangat... chaiyok chaiyok...

JANGAN KLIK JIKA ANDA TIDAK PUASA

damha said...

lain kali masa nk bersukan tu kena hati2..moga2 kaki yg terseliuh tu cepat baik...

bombay said...

kak, list yg join segmen dah ade kak..if kakak nk tgk, jomla..:)

http://bombay-913.blogspot.com/2011/08/segmen-bombay-nak-taw-sukan-kegemaran_02.html

Zahirah said...

adeh. sampai macam tu sekali. tak apa, lain kali main elok-elok :D

p/s: datang dari segmen bombay :)

Syeeda said...

jom join

http://twinscraftlife.blogspot.com/2011/08/twinscraftlifes-2nd-lucky-draw.html

YanSaflina said...

hahahha!last2 injured!...btw,majulah sukan utk negara!..:D

Einaz Shah Rizal Thomas said...

salam .
haiy .
ni 1st time einaz singah belog ni .
selmat menjalani puasa yang k5 ;D

miZz_nizZ said...

uish..ingt pgsan dah td..naye je=P

.drakula. said...

uik....hebat ni ....